Friday, October 23, 2009

A to Z




Boleh la kan? Tak sekolah lagi and tak refer ABC pun.

Iffah tak suka tulis huruf J, S dan nombor 5. Huruf J dan S mesti nak tulis terbalik. Susah katanya nak tarik ekor ke kiri.

Tak pe la sikit-sikit belajar.


Thursday, October 15, 2009

Wiring Telefon




Dah lama x menjenguk blog. Now tgh dok kat bengkel.

Tak tau nak letak gambar apa. This week belajar buat pemasangan dan pengkabelan RSB dan MSB. Mengajar student kemahiran... So kenalah buat kerja2 bengkel kan? Tak sangka juga. Inilah hasil kerja bersama Sadilah (ILP Mersing) dan Amirul (ADTEC Melaka). Kursus SKM tahap 2 dan 3 ni insyaAllah tamat Disember.

Erm chow la...



Sunday, September 20, 2009

Hari Raya Hari Jadi




20 Sept 2009 hari raya pertama dan hari jadi pertama Ahmad Luqman. Tak potong kek lagi. Tak sempat beli.

Hari ni hari raya kedua, now kami sedang dlm perjalanan ke Muar daripada Semanggol Perak.


Thursday, September 17, 2009

Feri




Now atas feri. Pergi Pulau Pinang nak jemput angah dan anak2 dari kuching kat Airport Bayan Lepas. Tahun 2009 ni kali kedua naik feri. Ketiga-tiga anak mula-mula naik feri, last januari. So ni kali kedua.


Sunday, September 13, 2009

Balik kampung




Topeng...Adakah mereka memahaminya?

Hari ni tengahari isnin 14 sept 2009. Jap lg nak kuar balik kg Perak. Balik awal sbb ada urusan yg belum selesai nak diselesaikan.

Raya kedua kami gerak ke Muar pula.

Selamat Hari Raya to all my fren. Maaf zahir batin.


Saturday, August 22, 2009

Inai




Ini budak memang hantu inai. Sama dgn aunty Suharni Saidin. Kalo cuti semester je, Si Su tu balik mesti tempek inai. Lg satu bila nk raya. Dia sure punya tempek.

Siapa yg rajin melayan? Tentunya si opah bukan si emak. Semalam masa pergi buka puasa (1 ramadan) kat umah Iqa di Bukit Damansara, sempat tu opah tumbuk daun inai. Pakai dr pukul 6 sampai pukul 8.30. Iffah tak puasa pun.

Menu? Bihun, nasi putih and nasi minyak along.


Thursday, July 30, 2009

Rajuk Luqman 8 hari




Alhamdulilah akhirnya Luqman direct breastfeed. 8 hari dia tak mau bf. Pukul 12.50noon 31 Julai 2009 tadi sejarahnya. Ni gambar dia tertido selepas 1 jam 'membalas dendam'.

Apa yg berlaku 8 hari lalu khamis jam 8.00pm pd umur luqman bru masuk 10mo, mak telah trtampar pipi dia kerana menggigit. Sejak dr tu dia x mau langsung nenen. Atau mungkin lain2 sbb spt mak makan BBQ kambing mlm sblmnya? Ia memberi kesan pada rasa susu.... Or nk tumbuh gigi yg ke 5 nya?

Selama 8 hari ni. Luqman mengamuk, kurus, terpaksa bg formula milk, mensua nenen pdnya lalu digigit, emaknya kesakitan spt nak hantuk2 kepala kt dinding, tekanan drh maknya rendah (girl yg check tu tnya...'akak stress ke?')... Oo stres rupanya aku. Tapi itulah satu2 situasi stress yang amat dibanggakan kerana si emak masih menaruh harapan utk anaknya bf kembali.

Insyaallah ni antara tips yg boleh dikongsi bersama:-

1) ambil masa lepak dgn anak. Cthnya cuti selama 5 hari. Anak hndaklah dijaga sendiri bkn hntr nursery (mcm slalu buat je bila cuti? Hehe).

2) keep pumping and bg ebm dgn botol. Bila susu x abis bg dgn straw. Luqman dh pandai guna straw tau! Mmg susah sbb biasa pengasuh yg bg kan? Bak kata mama ealyie. Sbg mak kena kreatif.

3) ketika lepak dgn anak, selalu2 'selak' dan cuba sua2kannya pada anak. Walaupun dia x mau. Gigit! Sakit! Lalu si emak terkilan dan akan berasa sedih. Namum jgn putus asa. Tips skin-to-skin ini dari Harita ibu kepada Umar Rayyan.

4) akhir skali sudah pasti doa pada Allah. Insyaallah.

Luqman...Luqman... Jangan mcm-mcm lg ye.. Letihnya.

Tamatlah coretan emak yg sdg berbunga riang. Hehe x bgn lg Luqman...


Sunday, July 26, 2009

Habis sudah....




Habis sudah kursus yg telah dilalui selama 3 bln. Gambar diambil ketika majlis penutup di KSM, Putrajaya pada 24 Julai 2009. Dari kiri Tilla, Najah, Dora the explorer and Reen.

Tapi perjuangan kita belum selesai.... c u.


Friday, July 17, 2009

Tepung kurma special!




Mak kat dapur, kakak datang bgtau yg abg main bedak dalam bilik.

Rasa nak marah pun tak jadi tengok muka si adik. Satu badan abis.

Cepat2 amik gambar and mandikan si adik. Walaupun kakak kata abg yg buat tapi maknya tau, ini adalah aktiviti pakatan bersama kakak and abg utk menggulingkan si adik. Setelah dipaksa, si kakak mengaku terlibat sama.

Grrrr...


Monday, June 22, 2009

Fridge Magnet




'fridge magnet pangkor satu!'

Itulah sms yg dihantar kepada Cila (my sis) yg kini berada di Pangkor berkursus induksi selama 2 minggu. Good luck 4 ur exam pada 24hb. Aku pulak 25hb. Hee kebetulan pulak saing induksi.

SMS dihantar dgn harapan dpt lah fridge magnet dr Pangkor. Dua minggu lepas lupa nak kirim fridge magnet masa along n famili n opah pegi Sarawak.

Antara koleksi yg ada dr London, Vietnam, Barcelona, Madrid and tentunya Malaysia Negaraku Yang Tercinta. Dan teristimewa Upin,Ipin dan Kak Ros.

So kalau ada kawan-kawan yg nak bagi souviner boleh la bg fridge magnet ye!! Hee... Byk sangat dah keychain, and kalo bole nak adjust keychain2 tu jadikan fridge magnet. Nak guna sayang. Semua dr kawan tmpt kerja lama...

Nampaknya selain koleksi didalam fridge (ebm la tu), diluar fridge pun ada manfaatnya.

Lepas ni bole la buat karangan 'aku sebuah peti ais' pulak. Kesinambungan 'aku sepasang swiming suit'.

Ok dah la.


Monday, June 8, 2009

Luqman botak




Khamis lepas 4 jun, Luqman telah dibotakkan oleh Mak Longnya. Masa tu Opah jaga Luqman kat rumah Mak Long, maknya pegi kursus, manakala abah, kakak dan abgnya pegi kenduri Cik Me tunang di Trganu.

Dah 8 bln bru nak cukur. Nampak putih melepak. Kelakar... Along kata mcm patung plastik. Cikgu kat nursery pulak kata mcm patung model pakaian mcm kat supermarket.

Jumaat dan Sabtu lepas Luqman minum formula milk. Tak cukup stok sbb Sabtu mlm baru dpt jumpa Luqman. Hari ni Isnin. Iffah, Yusuff and Abah on the way balik ke Shah Alam. Lama tak jumpa! 8 hari!


Wednesday, June 3, 2009

M16 lagi




Now on the way blk. Bertolak kul 6ptg dr Lapang Sasar. Nampak signboard Shah Alam rasa nak terjun je dari bas.

Seperti biasa ke'PENGKOR'an ku terselah dgn 26 mata saje. Semuanya dlm dlm kedudukan meniarap ala-ala Mat Terap dgn 20 butir peluru hidup.

Paling seronok masa lawan Falling Plate. Satu kumpulan 4 org, setiap sorang 10 butir. Lari dlm jarak 7meter bawa M16, ambik tempat, pasang kelopak dan tembak jatuhkan 10 plate. Siapa cepat menang. Lawan kalah mati.

Dpt gak menang saringan pertama. Tapi kesimpulannya KALAH la juga. Namun KALAH BERMARUAH coz kami dpt jatuhkan semua plate walaupun lambat. Erm okla tu kan? Dapat gak main M16.


Tuesday, June 2, 2009

M16




Dari kiri Ainun, Soleha, Aishah and Mariyam. All from ADTEC Batu Pahat.

Hari ni masuk hari ke 4 Modul Asas Ketenteraan. Now di Lapang Sasar, Batu Hampar, Bukit Jugra, Banting. Jarak dekat2 3 jam dr Kem Sg. Tenggi, Batang Berjuntai.

Kalau kat Polis hari tu pistol Viktor. Kali ni M16 buatan US tahun 1949. Berat 2.97kg tanpa kelopak. Kelopak tu benda yg isi peluru tu. Kali pertama digunakan pada perang dunia ke2. Dan digunakan sepenuhnya ketika perang vietnam. (Ntah bila leh sampai vietnam lagi...Kerja dulu leh le slalu g oversea).

Dekat kem x berapa ada line. So x de la update.

Kisah ebm pulak, nasib baik ada staf CIAST bertugas ambil gambar. So tiap2 hari kirim ebm balik Shah Alam. Cuma esok masuk hutan, jumaat balik kem. Selamat la ebm buat facial...hik hik confirm hilang sunburn.


Sunday, May 17, 2009

Family Day




Family day CIAST di Bukit Cerakah area Camar Rimba pd 17 Mei.
Tiada satu game pun yg kami main sbb Iffah dan Yusuff gedik2 nk masuk swimming pool.

Hadiah cabutan bertuah best2 tp dpt yg x best. Lotion body shop.




Thursday, May 7, 2009

Menembak




Selamat la sudah aktiviti menembak di kompleks Lapang Sasar Briget Tengah PGA, Cheras.

Pistol yang digunakan adalah jenis Vektor buatan Africa Selatan dgn peluru hidup bersaiz 9mm.

Markah lulus 50. Tapi hanya perolehi 29. Hanya masuk 9 butir drpd 20 butir. Teruknya!! Masih pengkor tangan gua rupanya. Teringat kata2 Atuk jurulatih softball. 'kalo tangkap bola mengalahkan lelaki... Bila baling PENGKOR!'. Sbb tu la alu dok 1st base.

Apa2 pun puas hati dpt menembak dgn pistol betul. Maybe ni peluang pertama dan terakhir.

Best! Walaupun GAGAL!



Monday, May 4, 2009

Denda 2 round!




Now kat Maktab Polis di Cheras. Tadi tghari kul 2.30pm berkawat. Tiap2 hari. Tapi semua kena denda lari 2 round pdg kawat tu! (Spt gambar) Sebab ada yg jawab hp masa kuliah pagi tadi.

Asrama cantik tapi tingkt 3. Kadang2 mcm putus asa nak daki. 4 kali sehari lak tu turun naik.

Nasib baik 1 week je.

Koleksi ebm 47oz. Esok Mr.boan dtg amik. Letih. X byk produce.




Friday, May 1, 2009

Malang!




Ceh! malang rupanya nasib dpt dok sblh mamat2 bang-a dr Panasonic yg baju kelabu topi putih.

Hangit!!! Bila dia sorak angkat ketiak. Huhu.

Perhimpunan Hari Pekerja 2009




Now kat dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Tak penah terfikir pun pegi perhimpunan hari pekerja. Sebenarnya ia salah satu aktivti peserta kursus yg semuanya 79org ni. Almaklum la kami ni kan bawah Kem Sumber Manusia and KSM la yg anjur tiap2 thn.

Baju kami x siap so pakai baju batik and x seragam. Tak best.

Dari kejauhan tercari2 rakan CIDB. Mereka berbaju merah putih. Nampak Faz! Then sms-sms. Hehe i miss u faz.


Thursday, April 30, 2009

Ben 10 menang!




Masa tulis ni tgh atas bas balik ke NIOSH Bangi dr Pulau Carey.

Ben 10 nama kump kami. Terdiri drpd 10 org peserta dr gred Peg Latihan Vokasional (J41) dan Peg Perhubungan Perusahaan (S41). Azami, azizi, akmal, ramnath, nonie, joan, emma, najah n tilla.

Kami menang apa? Menang persembahan sketsa n nyanyian.

Minggu ni enjoy2 la, icebreaking.... Mmm start ahad ni. Haa! Ambik kau! Modul Polis...
Sikit update pasal ebm 4 luqman, now dlm beg ada 35oz. Selasa kelmarin mr.boan dtg pulau carey ni amik stok dlm 30oz. Dia dtg dgn opah, iffah n yusuff.

Insyallah mlm ni blk shah alam jap (reason kukuh nak hantar ebm...hehe) and esok pg2 dtg blk Bangi coz kami kne terlibat dgn perhimpunan hari buruh pada hari sabtu nanti. Tak aci!! Kira kerja la tuh!

Huhuhu!!!

Happy Birthday to mr.boan (1 mei 1978).


Monday, April 27, 2009

Pulau Carey, Klang




Apa kaitan susu perah ni dgn pulau carey, klang?

Ini kerana sejak semalam berada di pulau ni dah 4 botol (21oz) buang kat sinki. Huhuhu.

Sbb agak jauh mr.boan nk dtg amik. Pulau ni dibgnkan sejak 100thn lalu oleh Sir Valentine Carey. Kedudukannya 2 kaki dibwh aras laut waktu air surut kalo air pasang 6 kaki dbawah aras laut. Pelik kan??? Tapi memang kami dikelilingi bentang tahan air laut. So kalo air pasang tinggal 2 kaki. Ia dihubungi dgn 100m jambatan. 13k hektar drpd 15k hektar dimiliki oleh Sime Darby. Kami now di Sime Darby Academy. Jarak dr guard kt dpn tu hingga academy ni, jauh tau. 20km. Dikelilingi ladang kelapa swt. Cantik academy ni, dijaga rapi, bilik stndard hotel.

Tapi start tghari tadi simpan juga susu. Coz tanya2 staf kt sini, pelawat dibenarkan dtg. So mr.boan akan dtg amik susu.


Saturday, April 25, 2009

Telok Kemang, PD




Jam 7.30am bertolak dr Shah Alam. Dalam pukul 9 sampai PD. Pegi satu kereta je. Kami sekeluarga dan Opah je. Yang lain2 tak free.

Sakan la budak 2 org bermain air. 2 jam. Lepas main air terus minta makan. Sandwch, makaroni, sosej, jajan, naget n ayam goreng BFC (BFC???) Heee..


Sunday, April 19, 2009

Musim bunga




Macam biasa pagi2 Ahad konon nak lepak kat tasik. Tapi melencong tmpt lain. Tapi tak jauh la sblh kg je... Sec 8 from sec 7 ada la 10min. Biasa org panggil Bkt Cerakah.

Tmn Pertanian Malaysia kat rumah 4 musim tgh musim bunga. Gambar ni diambil oleh Opah.


Friday, April 17, 2009

Luqman and Puting




16 april, 1st time bg Luqman puting. Tapi dia x nak. Dah tu sebab apa nak bg pulak? Kakak dan abg tak pernah bg pun.

Sbb nak biasakan dgn puting. Akhir2 ni luqman tak nak minum susu sgt kat rumah cikgu. Lg satu nanti malam2 tak boleh nenen sbb maknya akan berkursus dr 26 april to 25 julai. 3 bulan. Weekend insyaallah boleh balik.

So kalo luqman bole botol malam2 ok ler. Sian kat abah dan opah kalo luqman ngamuk. Thanks very-very much to Opah coz sudi bantu mr.boan hantar dan jemput budak2 ke rumah cikgu. Dan tolong jaga malam2. I love you both of u.


Friday, April 10, 2009

Ebm for Luqman




Ambik gambar...ambik gambar...lagi2 ambik gambar. Lalu tepi peti ais then tengok stok ebm. Pastu tutup peti ais. Sambil tersenyum.

''Adakah itu 'penyakit' normal?''

Ada ruangan lagi tapi takut nanti Mr.Boan marah plak, itu 'jajahan' dia.

Tapi hakikatnya si mak x berapa rajin memerah.

Luqman now 6mo++. Alhamdulilah.


Wednesday, April 1, 2009

iffah's handwriting



untuk seorang budak yang berumur 4 thn dan belum bersekolah....

"i give u full mark....i love u iffah...."

and iffah pun dah pandai taip namanya di komputer bila dapat ranking game memory block...



hasil kerja iffah di nursery ketika aktiviti bermain sambil belajar bersama cikgu di Taska Aspirasi.



hasil kerja guna water color yang agak kemas kerana dah biasa main water color dgn Abah dirumah. Dan aktiviti kolaj yang tak sempat dihabiskan kerana iffah terlalu teliti, menurut cikgunya la..."sambung esok Mak...sambung esok"...kata Iffah ketika ambilnya di nursery...mmmm padahal cikgu dah tak larat tunggu...

itu antara hasil kerja yg sempat diambil yang cikgu gantung didepan nursery utk tatapan parents...



gambar kat WOG (world of geng) at sec 13...



bulatnya Abang...plus gerak geri lasaknya...bak kata Abah ala-ala BJ (barney's friend)....



(21 Februari)gambar iffah tindik telinga....tak nangis pun..cayala...iffah. Rasanya 2@ 3 bulan gak dia minta nak tindik telinga...survey cari yang ada 2 gun. Tapi tak jumpa. At last tindik kat Giant shah alam. Satu gun jer...nak cantek punya pasal...tahan jer...terkebil-kebil gak mata bila nak tindik satu lagi....

Tuesday, March 31, 2009

Sakit mata




Macam artis nk pegi mahkamah je. Hehe. Sakit mata berjangkit dr anak2. Baby dan yusuff dah baik. Iffah kena saing Emaknya. Mrboan tak kena lg.

Biasala virus dr nursery. Buat masa ni virus2 yg pernah anak2 terjebak ialah kutu, chicken pox n sakit mata. Selain drpd selsema dan batuk. Tapi nak buat mcmana biasala tu.


Thursday, March 26, 2009

Birthday bulan Mac

Dalam famili ramai yang birtday bulan Mac iaitu:-

3hb Iqa (adik no 5)
4hb Farisah (anak Angah kat S'wak)
5hb Abang Asari (suami Angah)& Fizah (anak Kak Nah)
7hb Abang Long (suami Along)
8hb Mamat (adik yang bongsu)
14hb Iffah (anak mak yang comel)
23hb Izzah (anak Kak Arah)
27hb Yusuff (anak mak yang ensem)

Yang sebelah Abahnya maybe ada lagi tapi tak tau semuanya. Iyela cucu ajer dah 32. Adik beradik, ipar duai tak larat nak hafal.
3 Mac yang lalu Iqa buat makan2 birthday dia (venue: Rumah Along la mana lagi). So tumpang la sekaki potong kek Iffah dan Yusuff. Beli topi, belon, hadiah and bla..bla utk kanak2 yang tidak ingat makan bila mendapatnya. Awal sangat sambut kan? Mcm tak best pulak....tapi makanannya best-best...



Ini adalah menu Iqa dan suaminya. Selain ini ada juga roti jala (opah buat), mee goreng (abah buat)....seperti biasa..ehem..ehem..tolong makan ajer..



Gambar mr.boan menolong cik fadil (suami Iqa) ber BBQ didepan rumah along.



Disebabkan tiada gambar yg menarik masa kejadian, sbb budak2 sibuk dgn hadiah2 kecil yang dibungkus oleh mr.boan....maka letak gambar2 ni la...



whoa!...jatuh (kata-kata Abang Yusuff)

Pada 14 Mac (hari sebenar harijadi iffah). Kami bercadang utk pergi ke Ulu Bendul, Kuala Pilah (Philahdelphia bak kata Mamat). Pagi sabtu tu bertolak ke Seremban utk berkumpul di rumah Kak Mei (my SIL). Kebetulan ramai pula yang ada iaitu Kak Nah dan anak serta Busu Ijah yang memang duduk situ kerana bekerja disebuah sekolah di Seremban.

Malangnya tengahari tu teramat lebat hujan...



maka mandi di Tepi Bendul ajer la. Pada malamnya pula sekali lagi potong kek. (Venue: rumah kak mei, seremban)



inilah keknya. sila perhatikan betul-betul. terdapat kesan tikaman ke atas kek itu. yusuff la punya kerja. masa potong kek pulak, berebut-rebut dengan kakak, sampai kakak nangis guling-guling atas lantai...




ini ajerla gambar yang ada. itu pun ada gaya-gaya tidak puas hati....



Namun pada keesokkan harinya, sampai juga hajat kami nak pegi Ulu Bendul. Yusuff bersama Busu Ijah dan sepupu2nya kakak ima, kakak fiza dan kakak sabrina.



bermain bola dalam air

Monday, February 23, 2009

Aku sepasang Swimming Suit

Aku sepasang swimming suit (adaptasi karangan ketika di Sek Keb Bakri Batu 2, Muar iaitu Aku sepasang kasut)



Aku sepasang swimming suit yang yang berjemana Ogival. Kawan2 yang ada bersamaku adalah swimming goggles dan cap. Aku dibeli di Jusco Bukit Raja pada Jun 2006, tiga tahun yang lalu. Ketika itu tuan aku berhasrat untuk belajar berenang. Tuan aku telah belajar berenang sebelum lahirnya anak keduanya Ahmad Yusuff. Dalam pada berhasrat belajar berenang (nak kurus la tuh!!!) dia juga berhasrat ingin mengandung anak ke2 walaupun Nurin Iffah baru berusia 1 thn 3 bln. Akibatnya sblm habis 10 sesi dia telah mengandung.

Dia bukannya tak tau berenang (ala apung badan ajer sebenarnya boleh…ala2 kuak lentang gitu), tapi dia fobia air. Ini adalah kerana gara2 lemas di Sungai Kesang di belakang rumahnya di Telok Rimba Muar (Sg. Kesang adalah sempadan Melaka & Muar). Ketika umur tuan aku 18thn. Setahu aku, adiknya Cila yang menyelamatkannya..hik hik apa daaa…

Aku tahu dia amat bersungguh2 ingin menghilangkan rasa fobia itu (selain ingin menguruskan badan!!!). Dia ingin cuba utk belajar berenang ditempat yang lebih dalam iaitu kedalaman yang tidak boleh dicapai oleh kakinya. Dapat ku rasa degup jantungnya bila berada didalam air. Dia juga amat teruja bila Along dan adiknya Cila boleh berenang ditempat yang dalam dengan membuat lap 50meter (panjang kolam) beberapa kali. Tapi dia hanya mampu berenang pada kelebaran kolam itu dengan beberapa kali menjejakkan kaki ke lantai kolam....Paling kelakar sekali bila coach suh berenang kat tempat dalam, (tapi berenang kat tepi2 jer la....) bukan fizikalnya saja tidak bergerak (= melekat tepi kolam) ...tapi jantungnya juga bagaikan terhenti..hahaha..

Selain degup jantungnya....dapat ku rasakan juga lemak2 bahagian perut dan punggungnya yang pada ketika itu beratnya 60kg iaitu 10kg lebih ketika dihari persandingannya.

Tapi mengapakah gambarku diambil? Masih ku ingat gambarku diambil pada bulan Disember 2008. Dua bulan yang lalu….Itupun setelah berkurun lama ditempatkan aku didalam drawer no. 2 bersama-sama pakaian dalam tuan aku…apakah taraf aku seperti pakaian dalam??? Namun ku tahu pakaian dalamnya lebih banyak berjasa daripada aku. Setiap hari dibuka laci ini tanpa menghirau atau menegur aku disitu.

Oh! Rupa-rupanya tuan aku berazam ingin’menggunakan’ aku kembali bagi menunaikan azam tahun 2009nya untuk mengurangkan lemak2 berlebihan. Tidak! Aku tidak sanggup bersekedudukan dengan lemak2nya yang melekat dan sebati pada tubuhnya yang kini 65 kg….tidaaaaak!!...

Argh! Aku terjaga dari mimpi…lega. Rupa-rupanya aku masih berada didalam drawer no. 2. Dia telah meletakkan aku kembali disitu. Takpe la and biarla aku bersekedudukan dengan pakaian dalam. Janganla dia datang amik aku ...ok tidur...tidur...la la la la la...

Wednesday, February 18, 2009

Mari belajar Bahasa

Dah lama tak memblog. Sibuk bangat. Dekat 2 bulan mengajar. Best juga. Tapi sakitla nak kena study balik. Lama dah tinggal iaitu kira-kira 7 tahun lepas. Kena ajar Control System. Erm... ingat lagi? Gambarajah blok...rangkap pindah...signal flow graft...freq response...bode plot...nyquist...root locus method...laplace...steady state error...and bla...bla.. Sampai malam2 pun bawa balik nota study...control kan byk mate...kadang-kadang mate basic pun dah entah kemana...suami menjadi mangsa menjadi cikgu mate a.k.a pengembala kambing (his new bussiness)...

Kalau dulu la study mcm tuh...peh sure result gempak punya. Kalo dulu paham sikit2 pun jadila janji lepas. Ni plak kena paham betul betul...Nanti kena tanya...tak ke pucat lesi...

Wei... apa ni lari tajuk. Si Hawa memang tak pandai mengarang. Markah karangan hancus. Masa kat sekolah hanya sorang ajer kawan yg pernah (dibenarkan) baca karangan dia masa Form 3 selain cikgu yang menanda. Tak tau la kawan dia tu ingat lagi ke idak...wah! sekarang dengan x malu mempublish pula karangannya ke internet...adakah kerana tulisannya semakin baik...oh tentunya tidak...ini kerana tiada siapa yg akan memberi markah..la la la la...so suka hati makcikla nak tulis apa....

Ok mari belajar berbahasa dari Ustaz Ahmad Yusuff bin Ahmad Borhan yang kini berumur 1 thn 11 bulan. Cepat sikit berbanding kakak yg 2 thn baru berbutir.

1) mmpah = tumpah (makann or minuman)
2) mmpah = muntah yg diproduce oleh Luqman (sinonim)
3) abah = abah
4) abah = mak (susah betul nak sebut mak)
5) abah = cikgu kat nursery (hentam ajerla)
6) mpah = opah
7) tatak = kakak
8) abang = abang (dirinya telah menjadi abang)
9) maman = Luqman (mmm...sedapnya jeruk maman yg Noorizatul Farita bawa)
10) nak CD = nak CD
11) a.a.ni = Barney
12) cucu = susu
13) andi = mandi
14) akan = makan
15) kan = ikan
16) acik = nasi
17) e.e.yen = aeroplane
18) bo = ball
19) dan banyak lagi.........


Cerita 1 (Doa)

Suatu hari Iffah bermain2 rambut mak dan cuba mengikat rambut emak.

Emak: Tak payah la Iffah...sakitla...iffah tak pandai...
Iffah: Iffah pandaiiiii (ayat yg kerap digunakan). Mak doa la...

Tanpa berlengah mak melayan ajer kerenah si kakak lalu berdoa dengan penuh perasaan.

Emak: Ya Allah Ya Tuhan ku... pandaikanlah Iffah ikat rambut mak. (boleh pulak macam tu). Mak menunggu.

Iffah: Mak doa la. Doa. Macam ni..macam ni (sambil mendongakkan kepalanya)
Emak: Laaa...

Kesimpulan: Doa = Dongak



Cerita 2 (Tengok)

Ketika abah tiada dirumah, bermain-mainlah si emak bersama 3 org anaknya diatas katil. Tidak berapa lama kemudian si emak nak pegi ke toilet.

Emak: Iffah tengok Luqman ye..Jangan bagi abang kacau.
Iffah: Ok.

Didalam toilet kedengaran suara Luqman menangis seperti dibuat abang. (macam biasa). Lalu bergegas si emak masuk ke bilik dan mendukung Luqman yang selak kesakitan.

Emak: Iffah ....kenapa ni Luqman.
Iffah: Yusuff tu...dia duduk atas perut Luqman macam ni (sambil menggayakan dgn bantal ...ala ala naik kuda) ..pastu tu dia duduk atas kepala.... Nasib baik kakak tengok.

Emak: (Berkata didalam hati sambil rasa nak marah..tapi tak marah)...Tak paham rupanya kakak apa itu tengok.

Kesimpulan: tengok = hanya tengok shj tanpa bertindak kerana mata sibuk melihat TV.

Tuesday, February 10, 2009

Ngam ngam LULUS

Ngam ngam LULUS. Siapa yang amik exam?


Bukan Hawa, bukan Mr.Boan. Tetapi dia adalah Opah. Iaitu emakku yang bernama Khairani binti Hj Mohd Sidik. Wah bukan calang-calang tau! Opah yang kini berumur 54 tahun telah LULUS ujian undang2 memandu dengan 42 markah. Hanya SEKALI sit exam...bukan 2 @ 3 kali. Fuiyoo...terer la Opah.


Eh..eh...tak mainlah ujian bertulis yang utk pakej warga emas. Ni yg org muda2 gak amik. Opah betul2 menunjukkan kesungguhan apabila study selama seminggu dan belajar MEMEGANG MOUSE kerana menduduki ujian berkomputer pada 7 Februari 2009. Berulang-ulang kali dia membuat latihan. Bukan TER lulus tapi betul2 hafal punya.....TAHNIAH AND ALHAMDULILLAH...


So..nanti kita tengok ujian memandu lak macamana...hehehe..