Monday, January 30, 2012

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Sempana bulan Rabiul Awal bulan kelahiran Rasulullah S.A.W, terpanggil Mrs.Boan nak letakkan lirik lagu ini untuk sama-sama dihayati.

Ceduk daripada intenet aje ye....dikala Mrs.Boan rasa mengantuk amat sangat kerana sedang menjaga student-studentnya yang sedang bertungkus-lumus menjawab soalan ujian yang disediakan oleh Mrs.Boan. Hehe susah ke soalannya?...Kesian korang...Selamat Berjuang!!

Maka entry kali ini tiada gambar la ye.

Ya Rasulullah
Artist: Raihan
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Thursday, January 12, 2012

2012: Kisah Baru Sekolah Baru Orang Baru

Dah tiga bulan menyepi...macam tak lengkap rasanya kalau tak bercerita pasal 'Budak Tahun 1'. Banyak cerita yang diperam menjadi pekasam...(erm sedapnya pekasam)..dek kerana rasa 'tak lalu dengan laman sosial'. Kenapa? Nanti cerita...

Cerita pasal Nurin Iffah binti Ahmad Borhan yang dah masuk Darjah 1 di Sekolah Rendah Integrasi Dato' Mufti Yusof Shabuddin, Seksyen 7, Shah Alam. Kat SINI kisah dia duduki exam.

26 Dis 2011: Orientasi Darjah 1
 Masa dalam perjalanan termenung je dia macam susah hati. Rupa-rupanya dia ingat ada exam lagi. Bila dia tau takde exam barulah nampak tenang...hehehe...kakak...kakak...

4 Januari 2012 (Rabu): Hari Pertama
 Hari pertama sekolah emak abah dia terus suruh dia naik bas sendiri dari rumah Along. Rock tak? Rock tak? Dia naik sama-sama sepupu dia Ayin dan Zafri. Alaaa tak rock la... Balik sekolah memang dia akan duduk di rumah Along sementara tunggu Emaknya jemput.
 Kat tempat duduk mmg dah ada nama. Tak boleh pilih-pilih. Budak-budak lelaki duduk depan. Tapi tak tau la kenapa ada lak sesat sorang kat belakang tu.

Beli makanan tengahari
 Dua minggu awal ni makanan tengahari (12.30 tgh) kena beli sendiri. Nanti 16 Januari baru start makan pakej yang disediakan. Bayar bulan-bulan. Tapi rehat 9.30 pagi still kena beli sendiri la. Sebenarnya bab beli-membeli ni lah yang paling dirisaukan oleh emaknya. Reti ke tidak? Tiada kisah ponjot duit yer macam mak dulu-dulu...hehe

Bab-bab lain tak risau sangat sebab Iffah memang sempoi!...sayang Iffah. Sebenarnya lepas bayar yuran pagi tu (RM546 yuran dia) dan selepas rehat pagi...Iffah kami tinggalkan aje. Tapi tengahari 12.30tgh kami datang balik semata-mata nak tengoh Iffah beli makanan.

Pilihan tekaknya adalah Nasi Goreng & Milo Ais
Hehe dah agak dah dia tak akan pilih mee or mihun....anak emak!... Untuk tengahari tu. Nasi Goreng RM1 dan Milo Ais RM0.50. Kenapa ada makan tengahari ye?...

Sebab sesi persekolahan dia start 7.30pagi hingga 2.30ptg. Lepas Solat Zuhur berjemaah baru boleh balik. Pintu pagar hanya akan dibuka pukul 3ptg. Subjek akademik dan subjek agama diintegratekan. Subjek agama tu yg macam kita belajar kat sekolah petang. (sekolah petang adalah istilah bagi sekolah agama kalau di Johor). Seperti Tauhid, Akhlak, Arab, Al-Quran, Hafazan dan seangkatan dengannya. Jadualnya akan berselang-seli la. Contohnya Matematik, pastu Quran, pastu English dan pastu Akhlak pulak...haaa mcm tu lah lebih kurang....

Yusuff paling TERUJA!
 Kisah Yusuff dan Luqman pulak, kini ditukarkan ke Tadika Seri Pelangi di Meru. Murah banyak beb! Berbanding Shah Alam. Hehe...dan lebih dekat dengan rumah. Yusuff memang TERUJA dan SENTIASA TERUJA untuk ke sekolah.

Luqman hanya TERUJA di dalam gambar! Abg gosok-gosok mata mcm tgh nangis.
 Apa itu hanya teruja di gambar? Ia adalah hanya kerana Emaknya ada disitu. Maka Luqman nampak OK. Sambil mewarna dia menjeling-jeling kebimbangan emaknya akan hilang dari pandangan. Ya! Apa yang dia jangka memang berlaku...Tup...tup...emaknya hilang dari pandangan. hik hik terpaksalah ye....Cikgu kata dia melalak sekejap aje. Gambar tu dalam kelas budak 5 tahun. Kelas abang. Luqman kelas 4 tahun. Semua anak emak memang sempoi!

Haa ini cerita TERUJA kisah emaknya pula ye....inilah kisah yang disebut diatas iaitu kisah dek kerana rasa 'tak lalu dengan laman sosial'.....tak tau la...awal mengandung memang rasa malas nak jenguk blog ke FB ke twitter ke... Tapi now dah rasa rindu la pulak. Tapi rindunya hanya pada blog. Laman-laman lain tak rindu...hehehe..

Masa 13 minggu
Masa 13 minggu juga
 Hari ini kandungan dah berusia 20 minggu. Due date 31 Mei 2012. Ya Allah semoga anak dan emak sentiasa sihat dan dipermudahkan segalanya. Amin.