Wednesday, August 25, 2010

BFC sehebat KFC? ..dan Popia Ramadan


BFC sehebat KFC?
Betul ke?
Antara menu mudah dibulan puasa serta menjimatkan kerana kerangupan dia pun seakan-akan la..

inilah dia BFC
Objek sebenar adalah lebih enak dari objek gambar yang kurang memuaskan itu. Boleh la puji lebih-lebih sebab bukan saya masak. Sebab tu nama dia BFC. Kalau saya yang buat, tentu nama dia HFC. (H=Hawa). Nama BFC telah diregister dan diperakui sejak tahun 2008 oleh kami sendiri...ekeke..(B=borhan a.k.a boan)

Oat and tepung kentucky yang digaul rata

Cara-caranya mudah saja:
  1. Campurkan oat dan tepung goreng kentucky yang dibeli
  2. Celup ayam dalam putih telur (supaya mudah lekat dgn tepung)
  3. Gaulkan dengan oat dan tepung di item no.1
  4. Deep fry ok...kalau tidak dia agak golap dan kehangusan seperti ayam2 yang telah diketepikan ketika hendak ambil gambar.

Satu lagi menu kuih mudah iaitu popia. Cara-caranya pun mudah juga:
  1. Inti 1: Lobak dan taugeh dicelur dengan sedikit garam
  2. Inti 2: Tumis bawang , masukkan daging cincang brand Ramly, biar daging masak dan agak kering (sebab ia akan keluarkan air),  masukkan tomato cincang, tomato puree, bubuh sos ke, kicap ke dan apa sahaja sos yang dirasakan sesuai tetapi HALAL, garam, gula dan letak serbuk kari sikit pun ok, bagi ada rasa rempah2 sikit. Dan kalo nak pecah telur pun ok. Tapi kalo nak jimat daging buatlah macam inti karipap iaitu letak keledek atau kentang.  
inti 1: lobak dan taugeh

inti 2: daging
popia siap digoreng

Sebelum goreng tu kenalah ada kulit popia. Lepas tu hentam sahaja membalutnya ikut selera. Boleh buat banyak-banyak dan disimpan sejuk beku. Bila perlu, gorengkan sahaja. Terutama dibulan puasa ni. Boleh berjimat. Kalau 2 org makan tu gorenglah 6 ketul pun jadilah. Dan jangan lupa buat sambalnya. Terpulanglah ikut selera tapi yang dicadangkan sebab paling mudah ialah:
  1. Cili merah, sedikit bawang putih (sikiiiit aje tau...nanti mulut bau bawang) dan gula - dikisar
  2. Bubuh sikit sos supaya masam-masam sikit. Masakkan sehingga mendidih.
p/s: hujung minggu nak buat buah melaka macam Mrs. Fiza buat
p/s/s: popia itu juga en.boan yg buat...ekeke
p/s/s/s: Ada menu mudah? Jomlah kongsi-kongsi?

Thursday, August 19, 2010

Ladang Pisang Kaki Bukan di Cameron Highland (CH Last Part)

Part Terakhir Edisi Jom Jalan-jalan Cameron Highland

Orang dok sibuk cerita Ramadhan and Syawal dan kisah penceraian Roslin Hashim...ni cerita CH tak abis-abis...okla..dah last dah ni...


Dari Cameron kami ke Kelantan? Macam hebat je pulak....hehe

Masa ni kami nak ke ladang pisang kaki milik Abang Nik (biras) yang terletak di Lojing, Gua Musang, Kelantan. Dari Cameron Highland tak jauh la. Kat Cameron Highland pun maybe ada gak ladang pisang kaki tapi yang kami pergi ni kat Kelantan la. Ia adalah hari yang sama kami pergi ke Taman Agro Al-Mashoor dan Strawberry & Jam.

Gambar diambil ketika kereta berjalan di highway lalu tangan yang memegang kamera itu dikeluarkan dari tingkap kereta dan snap..snap..snap..

Tanah yang gondol..siapa nak jawab?
Banyak sungguh aktiviti pertanian dibukit-bukit berkenaan
Saya tak tau nak kata apa!
Karam Singh Walia pun tak terkata!


Setibanya di Lojing, Gua Musang, Kelantan

Banyak lagi kat CH yang lebih cantek..tapi ini pon cantek!
Saya tengah tengok bunga yg pic atas tu la...
Kami 6 kereta datang ke sini bawa 4 kereta je...
Office
Mereka nak ke ladang pisang kaki. Tak dapat ikut. Bawa anak kecik.
Buah pisang kaki. Pokok ni bukan kat ladang tapi kat keliling office
Dan buah itu juga sebenarnya eksyen je dah tanggal dari tangkainya.

Best juga pergi sini walaupun tak pergi ladangnya. Ok tamatlah sudah Edisi Jom Jalan-jalan Cameron Highland.

Wednesday, August 18, 2010

Murid Ajar Cikgu?

memang jarang cerita pasal kerja.
ada sekali kat SINI
gambar diambil semalam masa praktis-praktis...
nak mengajar mestilah praktis.
nak dijadikan cerita....
si cikgunya buat tak jadi-jadi..
lalu dia minta student semester akhir ajar cikgu dia..haha

student tersebut akan masuk 8th ASEAN Skills Competition November 2010 nanti di Bangkok..
good luck for him

'Malu Bertanya Sesat Jalan'..ye tak?

Tajuk Amali: Guna IC Logik untuk Mengawal Transistor BJT
Modul: Application of Electornic Product


saja la abadikan detik-detik kat sini. nanti nak kembali berkerja.
yela dah lama dok berkursus..dah dekat setahun setengah.
sekarang tengah internship. start 5 april. end 1 oktober.
maknanya 4 oktober start kerja betul-betul...
nantilah cerita...ada kelas pukul 10.00am hingga 1.00pm.

pukul 1.00pm..tido jap..hehe

Tuesday, August 17, 2010

GA raya


Klik SINI utk join GA ni. Tarikh tutup pada 23 Ogos 2010.

.

Monday, August 16, 2010

Strawberry coklat yang best di Cameron Highland (CH Part 3)

Sambungan edisi Jom Jalan Cameron Highland
-Part 1 Tempat Paling Menarik di Cameron Highland, dan
-Part 2  Mabuk ke naik Cameron Highland?


Bertuahlah badan ada biras yang duduk di CH kan? So, Fida ada arrange celebrate harijadi suaminya di Taman Agro Al-Mashoor terletak di Kg Sedia, Tanah Rata. Sebelum ni datang CH tak pernah pergi strawberry park yang ini. Pemiliknya muslim. Baru sesuai kan?

Strawberry Coklat yummy-yummy...
kalo cicah dgn gula @ susu pekat pun sedap

Taman Agro Al-Mashoor, Kg Sedia Tanah Rata

Kek ada 2 sebab kami ramai

Strawberry Coklat, Muffin dan Scone...sedap beb!

suka la sangat budak-budak ni...

Selain anggur, banyak juga bunga-bungaan disini

Dan kami singgah juga di Strawberries & Jam terletak tidak jauh dari Al-Mashoor untuk membeli jam dan kordial strawberry berlabelkan 'SDSI- Satu Daerah Satu Industri'.

Strawberries & Jam, Kg Sedia, Tanah Rata, CH

Jam buatan orang Melayu

Ada juga aiskrim strawberry..Aiskrim 1 Malaysia
p/s: Lain-lain tempat yang mudah sangat nak dapatkan strawberry adalah di pasar malam di Brincang pada setiap weekend dan setiap hari dicuti sekolah.
p/s/s: Strawberry kalau bawa turun, tak semanis makan kat CH. Betul tak?

Friday, August 13, 2010

Mabuk ke naik Cameron Highland? (CH Part 2)


Mabuk ke naik Cameron Highland?
Tak ... nak mengaku....

Tapi tak sampai muntah-muntah la. Bergelodak je perut ku ini. So kenalah berhenti sebentar mana-mana tempat yang sesuai. Ini kes naik dari Tapah la ni. Kalau anda pemabuk tegar, haruslah naik ke CH dari Simpang Pulai...ok?

Tapah -> Ringlet -> Tanah Rata -> Berincang -> Teringkap -> Kg. Raja -> Simpang Pulai/Lojing/Gua Musang

Check point #1
Singgah Sekejap di Lata Iskandar

Cantik jugak waterfall tu dan sejuk sudah pasti...
Beberapa saat selepas itu Iffah terjatuh dan kebasahan

Check point #2
Ditepi-tepi jalan sahaja kerana dah rasa macam tak cukup oksigen. Tiada gambar. Tak sempat nak feel2 gambar.


Check point #3
Tempat wajib kami singgah walau bukan dalam keadaan mabuk iaitu Cameron Bharat Plantations. Yang ni yang lama kedudukan dia tak silap hanya 10km ke arah Tanah Rata dari arah Ringlet. Satu lagi baru buka ke arah Simpang Pulai. Kat area2 Kg Raja.


Abang yang happy..sbb dia ingat dah sampai kut
Tak minum pun kat tea house tu.
Antara pic kat Ladang Tea Bharat
Lepas tu barulah kami sampai ke Tanah Rata dimana terletaknya rumah Fida, biras saya. Bertolak dari Shah Alam pukul 10 lebih dan sampai dalam kul 3pm. Makan2 dulu sementara menunggu Emy (suami Fida) bersama bapa mertua dan abang Iman sampai.


Dan layan la gambar2 di Ladang Tea Bharat yang kat Kg Raja ni...

Iffah dan Izzah sepupunya..nak menapak naik

Dah sampai atas takut pulak nak turun. Sebelah kiri tu tea house

Dan layan pulak gambar2 di Ladang Boh

Sedang menapak ke Tea House dan Kilang
Boh Tea Centre

Selamat datang...terima kasih..hehe

Pintu masuk

p/s : Masa perjalanan balik, Luqman muntah keluar macam air paip daa...sian tengok muka dia masa mula2 nak muntah...agaknya nak cakap tak tau..hehe
p/s/s: Dulu rasa macam tak mabuk pun, adakah faktor kereta? Umur? Eh mana mungkin...

Thursday, August 12, 2010

Kisah Budak 5 Tahun Puasa Penuh

........sehari.

Belum lagi sebulan.
Alhamdulillah.

Ini kisah sambungan Dia Pertama Kali Bangun Sahur

Kesian Iffah asyik tengok jam...
Tengahari emaknya telefon cikgu. Cikgu kata OK.
Petang amik Iffah kat Tadika dalam pukul 5.30. Cikgu kata OK.

Dalam kereta.

"Mak, Iffah nak minum air", kata Iffah. Sedih beb!
"Kejaaaap je lagi boleh buka", kata Emak.

"Mak, Iffah nak minum sikiiiiittt je", kata Iffah. Aduhaiii!
"Kalau macam tu bukan puasa la namanya", kata Emak dengan lembutnya tidak seperti biasa.

"Boleh tak Iffah nak minum susu", kata Iffah. Pulak dah.
"Sampai rumah nanti, masuk bilik, buka aircond, tengok tv, duduk diam-diam. Nanti azan baru kita makan", kata Emak dengan hati yang tabah la kononnya.

Pehh! macam tergoda jugak. Rasanya inilah godaan yang paling hebat sepanjang hidup dibulan Ramadhan.

Warkah buat Iffah:

Iffah...
sebenarnya Mak tak kisah kalau Iffah tak puasa penuh. Sian Mak tengok muka Iffah mencebek-cebek muka minta air. Tapi dah alang-alang Iffah boleh tahan, Abah nak suruh Iffah puasa aje. Boleh la ye?Nanti Emak & Abah bagi upah duit raya. Tapi lepas tu Mak amik balik buat bayar duit takaful Iffah.


Adakah emaknya perlu rasa bersalah?

Wednesday, August 11, 2010

Dia Pertama Kali Bangun Sahur

Dia pertama kali bangun untuk bersahur....
Dia adalah Nurin Iffah binti Ahmad Borhan yang berumur 5 tahun.

Tak tau la dapat puasa penuh hari ini ke tidak. Sampai tadika bagitau cikgu. Cikgu kata budak2 kat tadika ni memang akan dilatih puasa separuh hari. Tapi nanti cikgu try dia untuk 1 hari.

Susu dah standby kat tepi tu

Dia bangun dengan penuh semangat. Lepas makan nasi minum susu. Tapi susu habis separuh je. Kenyang nasi la tu agaknya. Lepas tu niat puasa bersama abahnya.

Adik Luqman pun bangun. Minum milo dan makan telur dadar.

Abang Yusuff tak bangun sebab dia tak puasa, baru 3 tahun. Luqman yang bangun. Tapi biasalah budak kecik memang suka kacau orang sahur. Inilah dia budak yang lahir pada 20 Ramadhan tahun 2008. Ingat lagi masa tu. Sahur beria-ria masak ayam goreng kunyit. Makan sahur pun makan banyak, masa solat subuh rasa contraction, pergi hospital, terus masuk labor room pukul 9 dan pukul 10 bersalin.

Ayam Tomato, Telur Dadar dan seciput Sayur
Inilah menu bersahur kami yang pertama tahun ini. Telur dadar aje yang baru digoreng oleh saya. Ayam tomato dan sayur adalah lauk malam tadi dimasak oleh suami saya.

Selamat menjalani ibadat di bulan ramadhan yang mulia ini.

Tips: Kalau nak raya yang best, amalan dibulan Ramadhan kenalah best

Monday, August 9, 2010

Tiket i-City kini RM10

Mula-mula pergi Nov 2009 masa tu FOC. Pokok yg kat pic no.2 tu cuma ada 8 je.

Kali ke-2 masih FOC masa Chap Goh Mei tengok bunga api dan naga.

Kali ke-3 pergi kena RM1 parking. Pergi kat night market and tgk bola kat screen besar.

Kali ke-4 pergi kena RM2 jalan ke sana sebab bawa Cila (adik) dan tak bawa kamera serta memakai baju tido yang serabai.

Kali ke-5 pergi malam tadi, kena RM10 bawa Ijah (adik ipar) dan Cu (mak sedara suami) dan nasib baik Ijah ingatkan bawa kamera yang tak berapa canggih ni.


Menurut gadis ticket itu RM10 bermula awal Ogos
RM10 itu adalah cash coupon. Redemption at F&B outlets dine-in only and not exchangeable for cash. Termasuk ada contest untuk MERDEKA. Untuk maklumat lanjut http://www.i-city.my/ atau 03-55218800.

Kenapa banyak kali sangat pergi?
-sebab ia sekampung dengan ku iaitu di seksyen 7, Shah Alam

Best sangat ke?
-best jugak la sebab kat kampung aku je yang ada i-City ni...kampong korang ado? ekeke...
(hakikatnya penulis hanya berasal dari Kampung Tua Semanggol Perak)

So...layan la gambar!!!


cantik juga kan? 
Camni la antara lampu2 tu kalau dari dekat
Lampu2 tu bukannya pokok tapi pokok buatan.
Dari jauh memang cantik
Selain dino, ada tiger, gajah, zirafah, kuda, kuda laut dan bird pun ada
Iffah bersama Tok Cu (Adik atuknya) dan Busu Ijah (adik abahnya)
Kami
Merak yang sedang berbangga!
Iffah dan panda..bulat! Serupa la!
Kaktus
Gambar2 kat pokok oren ini cantik-cantik

Untuk maklumat lanjut http://www.i-city.my/ atau 03-55218800.


update: RM10 untuk satu kereta. Thanks Najah kerana bertanya...hehe