Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Perut 'Rasa Best' Bila...

....berpuasa.
Baru hari pertama. 


Kesian Perut. Baru seminggu. Kena sumbat macam-macam. Keliru. Hari ini start relax okey?


Objek dipilih tidak sesuai dengan Tajuk. Harap Maaf. ..yummy..

P/S: Entry-tahunan-wajib-tayang-baju-raya belum ready.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.


Thursday, August 18, 2011

Cara Nak Dapat Kad Raya Macam Dulu-dulu

Apa caranya?

Kenalah cari rakan sepejabat macam Suhana Naziran..Terima kasih ye Su....hehe jangan marah haaa... Ini adalah kad pertama diterima. Pertama? Ke satu-satunya?...Tak nak la declare dulu. Hari ini baru Ramadan yang ke-18. Manalah tau dapat lagi. *wink*
 
Kad Raya dari Suhana

 Dulu-dulu Mrs.Boan memang rajin sangat pos kad raya pada kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan sama U. Ramai dan tak tersenarailah kat sini. Hanya empunya diri tahu akan kebenarannya. Tapi apa buktinya? Memang ada bukti. Cuba baca petikan dari FB kat bawah tu yang berunsurkan rintihan mengapa dia tak terima kad raya....terutamanya dari Mrs.Boan dan kawan-kawannya.

Klik bior teghang!!
Sebelum 2009, ada dapat kad raya free dari tempat kerja. Bila dah tukar kerja ni...dah tak dapat kad raya free. Mesti Suharni Saidin kata, "Ooo patut la, nak tunggu yang free je". 

Tapi bukan itu sebabnya. Rasanya sebab sekarang ni 'dunia tanpa sepadan' kan. Dah boleh berhubung dan tahu perkembangan kawan-kawan hanya di alam maya seperti blog Mrs.Boan ini. Lagi satu setem mahal. I like stamp! Especially setem Malaysia. Erm....ni idea next entry OK! "Kenapa Saya Pilih Setem Malaysia?"..wah dah ada tajuk.

Walaupun begitu TQ kepada POS Malaysia yang telah berjasa menjalinkan silaturrahim kami di bulan Ramadan yang mulia ini. TQ juga kepada kawan-kawan-kawan-kawan-kawan yang sentiasa mengingati diriku. *bukan ke dulu kau saja je hantar kad supaya diorang ingat pada engkau? And kau saja je letakkan no hp kau yang tak penah tukar tu sejak 2002 tu...dengan harapan kawan kau akan call kau?*

 Ni baca kat intenet kat SINI:

Dan janji Allah terhadap orang yang menyambung tali silaturahmi diantaranya akan dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya sebagiamana hadits yang diriwayatkan dari Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Siapa yang ingin dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya, hendaknya ia menyambung tali silaturahimnya.” (HR. Al-Bukhari 10/348,Muslim no. 2558, Abu Dawud no. 1693)

Indahnya Ramadan....So bak kata Ain Mari Rebut Gegula dan Main Dam Ulo-Tangga

Baru dapat rasa sayang nak tinggal Ramadan. 
Betul kan?



Wednesday, August 25, 2010

BFC sehebat KFC? ..dan Popia Ramadan


BFC sehebat KFC?
Betul ke?
Antara menu mudah dibulan puasa serta menjimatkan kerana kerangupan dia pun seakan-akan la..

inilah dia BFC
Objek sebenar adalah lebih enak dari objek gambar yang kurang memuaskan itu. Boleh la puji lebih-lebih sebab bukan saya masak. Sebab tu nama dia BFC. Kalau saya yang buat, tentu nama dia HFC. (H=Hawa). Nama BFC telah diregister dan diperakui sejak tahun 2008 oleh kami sendiri...ekeke..(B=borhan a.k.a boan)

Oat and tepung kentucky yang digaul rata

Cara-caranya mudah saja:
  1. Campurkan oat dan tepung goreng kentucky yang dibeli
  2. Celup ayam dalam putih telur (supaya mudah lekat dgn tepung)
  3. Gaulkan dengan oat dan tepung di item no.1
  4. Deep fry ok...kalau tidak dia agak golap dan kehangusan seperti ayam2 yang telah diketepikan ketika hendak ambil gambar.

Satu lagi menu kuih mudah iaitu popia. Cara-caranya pun mudah juga:
  1. Inti 1: Lobak dan taugeh dicelur dengan sedikit garam
  2. Inti 2: Tumis bawang , masukkan daging cincang brand Ramly, biar daging masak dan agak kering (sebab ia akan keluarkan air),  masukkan tomato cincang, tomato puree, bubuh sos ke, kicap ke dan apa sahaja sos yang dirasakan sesuai tetapi HALAL, garam, gula dan letak serbuk kari sikit pun ok, bagi ada rasa rempah2 sikit. Dan kalo nak pecah telur pun ok. Tapi kalo nak jimat daging buatlah macam inti karipap iaitu letak keledek atau kentang.  
inti 1: lobak dan taugeh

inti 2: daging
popia siap digoreng

Sebelum goreng tu kenalah ada kulit popia. Lepas tu hentam sahaja membalutnya ikut selera. Boleh buat banyak-banyak dan disimpan sejuk beku. Bila perlu, gorengkan sahaja. Terutama dibulan puasa ni. Boleh berjimat. Kalau 2 org makan tu gorenglah 6 ketul pun jadilah. Dan jangan lupa buat sambalnya. Terpulanglah ikut selera tapi yang dicadangkan sebab paling mudah ialah:
  1. Cili merah, sedikit bawang putih (sikiiiit aje tau...nanti mulut bau bawang) dan gula - dikisar
  2. Bubuh sikit sos supaya masam-masam sikit. Masakkan sehingga mendidih.
p/s: hujung minggu nak buat buah melaka macam Mrs. Fiza buat
p/s/s: popia itu juga en.boan yg buat...ekeke
p/s/s/s: Ada menu mudah? Jomlah kongsi-kongsi?

Thursday, August 12, 2010

Kisah Budak 5 Tahun Puasa Penuh

........sehari.

Belum lagi sebulan.
Alhamdulillah.

Ini kisah sambungan Dia Pertama Kali Bangun Sahur

Kesian Iffah asyik tengok jam...
Tengahari emaknya telefon cikgu. Cikgu kata OK.
Petang amik Iffah kat Tadika dalam pukul 5.30. Cikgu kata OK.

Dalam kereta.

"Mak, Iffah nak minum air", kata Iffah. Sedih beb!
"Kejaaaap je lagi boleh buka", kata Emak.

"Mak, Iffah nak minum sikiiiiittt je", kata Iffah. Aduhaiii!
"Kalau macam tu bukan puasa la namanya", kata Emak dengan lembutnya tidak seperti biasa.

"Boleh tak Iffah nak minum susu", kata Iffah. Pulak dah.
"Sampai rumah nanti, masuk bilik, buka aircond, tengok tv, duduk diam-diam. Nanti azan baru kita makan", kata Emak dengan hati yang tabah la kononnya.

Pehh! macam tergoda jugak. Rasanya inilah godaan yang paling hebat sepanjang hidup dibulan Ramadhan.

Warkah buat Iffah:

Iffah...
sebenarnya Mak tak kisah kalau Iffah tak puasa penuh. Sian Mak tengok muka Iffah mencebek-cebek muka minta air. Tapi dah alang-alang Iffah boleh tahan, Abah nak suruh Iffah puasa aje. Boleh la ye?Nanti Emak & Abah bagi upah duit raya. Tapi lepas tu Mak amik balik buat bayar duit takaful Iffah.


Adakah emaknya perlu rasa bersalah?

Wednesday, August 11, 2010

Dia Pertama Kali Bangun Sahur

Dia pertama kali bangun untuk bersahur....
Dia adalah Nurin Iffah binti Ahmad Borhan yang berumur 5 tahun.

Tak tau la dapat puasa penuh hari ini ke tidak. Sampai tadika bagitau cikgu. Cikgu kata budak2 kat tadika ni memang akan dilatih puasa separuh hari. Tapi nanti cikgu try dia untuk 1 hari.

Susu dah standby kat tepi tu

Dia bangun dengan penuh semangat. Lepas makan nasi minum susu. Tapi susu habis separuh je. Kenyang nasi la tu agaknya. Lepas tu niat puasa bersama abahnya.

Adik Luqman pun bangun. Minum milo dan makan telur dadar.

Abang Yusuff tak bangun sebab dia tak puasa, baru 3 tahun. Luqman yang bangun. Tapi biasalah budak kecik memang suka kacau orang sahur. Inilah dia budak yang lahir pada 20 Ramadhan tahun 2008. Ingat lagi masa tu. Sahur beria-ria masak ayam goreng kunyit. Makan sahur pun makan banyak, masa solat subuh rasa contraction, pergi hospital, terus masuk labor room pukul 9 dan pukul 10 bersalin.

Ayam Tomato, Telur Dadar dan seciput Sayur
Inilah menu bersahur kami yang pertama tahun ini. Telur dadar aje yang baru digoreng oleh saya. Ayam tomato dan sayur adalah lauk malam tadi dimasak oleh suami saya.

Selamat menjalani ibadat di bulan ramadhan yang mulia ini.

Tips: Kalau nak raya yang best, amalan dibulan Ramadhan kenalah best