Dah tiga bulan menyepi...macam tak lengkap rasanya kalau tak bercerita pasal 'Budak Tahun 1'. Banyak cerita yang diperam menjadi pekasam...(erm sedapnya pekasam)..dek kerana rasa 'tak lalu dengan laman sosial'. Kenapa? Nanti cerita...
Cerita pasal Nurin Iffah binti Ahmad Borhan yang dah masuk Darjah 1 di Sekolah Rendah Integrasi Dato' Mufti Yusof Shabuddin, Seksyen 7, Shah Alam. Kat SINI kisah dia duduki exam.
| 26 Dis 2011: Orientasi Darjah 1 |
Masa dalam perjalanan termenung je dia macam susah hati. Rupa-rupanya dia ingat ada exam lagi. Bila dia tau takde exam barulah nampak tenang...hehehe...kakak...kakak...
![]() |
| 4 Januari 2012 (Rabu): Hari Pertama |
Hari pertama sekolah emak abah dia terus suruh dia naik bas sendiri dari rumah Along. Rock tak? Rock tak? Dia naik sama-sama sepupu dia Ayin dan Zafri. Alaaa tak rock la... Balik sekolah memang dia akan duduk di rumah Along sementara tunggu Emaknya jemput.
Kat tempat duduk mmg dah ada nama. Tak boleh pilih-pilih. Budak-budak lelaki duduk depan. Tapi tak tau la kenapa ada lak sesat sorang kat belakang tu.
| Beli makanan tengahari |
Dua minggu awal ni makanan tengahari (12.30 tgh) kena beli sendiri. Nanti 16 Januari baru start makan pakej yang disediakan. Bayar bulan-bulan. Tapi rehat 9.30 pagi still kena beli sendiri la. Sebenarnya bab beli-membeli ni lah yang paling dirisaukan oleh emaknya. Reti ke tidak? Tiada kisah ponjot duit yer macam mak dulu-dulu...hehe
Bab-bab lain tak risau sangat sebab Iffah memang sempoi!...sayang Iffah. Sebenarnya lepas bayar yuran pagi tu (RM546 yuran dia) dan selepas rehat pagi...Iffah kami tinggalkan aje. Tapi tengahari 12.30tgh kami datang balik semata-mata nak tengoh Iffah beli makanan.
| Pilihan tekaknya adalah Nasi Goreng & Milo Ais |
Hehe dah agak dah dia tak akan pilih mee or mihun....anak emak!... Untuk tengahari tu. Nasi Goreng RM1 dan Milo Ais RM0.50. Kenapa ada makan tengahari ye?...
Sebab sesi persekolahan dia start 7.30pagi hingga 2.30ptg. Lepas Solat Zuhur berjemaah baru boleh balik. Pintu pagar hanya akan dibuka pukul 3ptg. Subjek akademik dan subjek agama diintegratekan. Subjek agama tu yg macam kita belajar kat sekolah petang. (sekolah petang adalah istilah bagi sekolah agama kalau di Johor). Seperti Tauhid, Akhlak, Arab, Al-Quran, Hafazan dan seangkatan dengannya. Jadualnya akan berselang-seli la. Contohnya Matematik, pastu Quran, pastu English dan pastu Akhlak pulak...haaa mcm tu lah lebih kurang....
| Yusuff paling TERUJA! |
Kisah Yusuff dan Luqman pulak, kini ditukarkan ke Tadika Seri Pelangi di Meru. Murah banyak beb! Berbanding Shah Alam. Hehe...dan lebih dekat dengan rumah. Yusuff memang TERUJA dan SENTIASA TERUJA untuk ke sekolah.
| Luqman hanya TERUJA di dalam gambar! Abg gosok-gosok mata mcm tgh nangis. |
Apa itu hanya teruja di gambar? Ia adalah hanya kerana Emaknya ada disitu. Maka Luqman nampak OK. Sambil mewarna dia menjeling-jeling kebimbangan emaknya akan hilang dari pandangan. Ya! Apa yang dia jangka memang berlaku...Tup...tup...emaknya hilang dari pandangan. hik hik terpaksalah ye....Cikgu kata dia melalak sekejap aje. Gambar tu dalam kelas budak 5 tahun. Kelas abang. Luqman kelas 4 tahun. Semua anak emak memang sempoi!
Haa ini cerita TERUJA kisah emaknya pula ye....inilah kisah yang disebut diatas iaitu kisah dek kerana rasa 'tak lalu dengan laman sosial'.....tak tau la...awal mengandung memang rasa malas nak jenguk blog ke FB ke twitter ke... Tapi now dah rasa rindu la pulak. Tapi rindunya hanya pada blog. Laman-laman lain tak rindu...hehehe..
![]() |
| Masa 13 minggu |
![]() |
| Masa 13 minggu juga |
Hari ini kandungan dah berusia 20 minggu. Due date 31 Mei 2012. Ya Allah semoga anak dan emak sentiasa sihat dan dipermudahkan segalanya. Amin.



Wah. wes podo sekolah kabeh yo?
ReplyDeleteWah. Alhamdulillah & Tahniah. Meteng meneh. Mengko pantang nge nangdi? Nek ono rezeki ne, iso la aku mampir sediluk ndelok bayi kue. Insya Allah :D
Salam Tahun Baru. Moga yang elok2 untuk kita semua. Amin
Aduh Ain mana aku paham...aku ni nama je cucu Wak Kasman...ekeke...yg aku rasa MACAM paham...pantang (aku pantang kat rumah sendiri Meru)...rezeki (ha rezeki)..amin
Deleteang p la tanya mr boan :P
ReplyDeletekekekeke
Ok la ek ko dah hantar diorang kat Meru.Jenuh nnt nak berulang alik.now iffah je la ko amik kan?Eh sekejap je ek dah nak masuk 5 months.Bila la aku nak berjangkit nih.hihih.
ReplyDeleteahaks...teruja...ahakss..orang baru..ahaksss
ReplyDelete