Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

2012: Kisah Baru Sekolah Baru Orang Baru

Dah tiga bulan menyepi...macam tak lengkap rasanya kalau tak bercerita pasal 'Budak Tahun 1'. Banyak cerita yang diperam menjadi pekasam...(erm sedapnya pekasam)..dek kerana rasa 'tak lalu dengan laman sosial'. Kenapa? Nanti cerita...

Cerita pasal Nurin Iffah binti Ahmad Borhan yang dah masuk Darjah 1 di Sekolah Rendah Integrasi Dato' Mufti Yusof Shabuddin, Seksyen 7, Shah Alam. Kat SINI kisah dia duduki exam.

26 Dis 2011: Orientasi Darjah 1
 Masa dalam perjalanan termenung je dia macam susah hati. Rupa-rupanya dia ingat ada exam lagi. Bila dia tau takde exam barulah nampak tenang...hehehe...kakak...kakak...

4 Januari 2012 (Rabu): Hari Pertama
 Hari pertama sekolah emak abah dia terus suruh dia naik bas sendiri dari rumah Along. Rock tak? Rock tak? Dia naik sama-sama sepupu dia Ayin dan Zafri. Alaaa tak rock la... Balik sekolah memang dia akan duduk di rumah Along sementara tunggu Emaknya jemput.
 Kat tempat duduk mmg dah ada nama. Tak boleh pilih-pilih. Budak-budak lelaki duduk depan. Tapi tak tau la kenapa ada lak sesat sorang kat belakang tu.

Beli makanan tengahari
 Dua minggu awal ni makanan tengahari (12.30 tgh) kena beli sendiri. Nanti 16 Januari baru start makan pakej yang disediakan. Bayar bulan-bulan. Tapi rehat 9.30 pagi still kena beli sendiri la. Sebenarnya bab beli-membeli ni lah yang paling dirisaukan oleh emaknya. Reti ke tidak? Tiada kisah ponjot duit yer macam mak dulu-dulu...hehe

Bab-bab lain tak risau sangat sebab Iffah memang sempoi!...sayang Iffah. Sebenarnya lepas bayar yuran pagi tu (RM546 yuran dia) dan selepas rehat pagi...Iffah kami tinggalkan aje. Tapi tengahari 12.30tgh kami datang balik semata-mata nak tengoh Iffah beli makanan.

Pilihan tekaknya adalah Nasi Goreng & Milo Ais
Hehe dah agak dah dia tak akan pilih mee or mihun....anak emak!... Untuk tengahari tu. Nasi Goreng RM1 dan Milo Ais RM0.50. Kenapa ada makan tengahari ye?...

Sebab sesi persekolahan dia start 7.30pagi hingga 2.30ptg. Lepas Solat Zuhur berjemaah baru boleh balik. Pintu pagar hanya akan dibuka pukul 3ptg. Subjek akademik dan subjek agama diintegratekan. Subjek agama tu yg macam kita belajar kat sekolah petang. (sekolah petang adalah istilah bagi sekolah agama kalau di Johor). Seperti Tauhid, Akhlak, Arab, Al-Quran, Hafazan dan seangkatan dengannya. Jadualnya akan berselang-seli la. Contohnya Matematik, pastu Quran, pastu English dan pastu Akhlak pulak...haaa mcm tu lah lebih kurang....

Yusuff paling TERUJA!
 Kisah Yusuff dan Luqman pulak, kini ditukarkan ke Tadika Seri Pelangi di Meru. Murah banyak beb! Berbanding Shah Alam. Hehe...dan lebih dekat dengan rumah. Yusuff memang TERUJA dan SENTIASA TERUJA untuk ke sekolah.

Luqman hanya TERUJA di dalam gambar! Abg gosok-gosok mata mcm tgh nangis.
 Apa itu hanya teruja di gambar? Ia adalah hanya kerana Emaknya ada disitu. Maka Luqman nampak OK. Sambil mewarna dia menjeling-jeling kebimbangan emaknya akan hilang dari pandangan. Ya! Apa yang dia jangka memang berlaku...Tup...tup...emaknya hilang dari pandangan. hik hik terpaksalah ye....Cikgu kata dia melalak sekejap aje. Gambar tu dalam kelas budak 5 tahun. Kelas abang. Luqman kelas 4 tahun. Semua anak emak memang sempoi!

Haa ini cerita TERUJA kisah emaknya pula ye....inilah kisah yang disebut diatas iaitu kisah dek kerana rasa 'tak lalu dengan laman sosial'.....tak tau la...awal mengandung memang rasa malas nak jenguk blog ke FB ke twitter ke... Tapi now dah rasa rindu la pulak. Tapi rindunya hanya pada blog. Laman-laman lain tak rindu...hehehe..

Masa 13 minggu
Masa 13 minggu juga
 Hari ini kandungan dah berusia 20 minggu. Due date 31 Mei 2012. Ya Allah semoga anak dan emak sentiasa sihat dan dipermudahkan segalanya. Amin.


Monday, July 25, 2011

Sek Ren Agama Integrasi: Umur 6 Tahun Perlu Duduki Exam

Sekolah Rendah Agama Integrasi aka SRAI. Sekolah ni adalah sekolah JAIS. Umum memamg tahu la kan. Nak masuk sekolah ni kena duduki exam.

Sebagai emak, berdebor (+ sebak) juga nengok anak-anak umur 6 tahun terpaksa berjuang selama 1 jam untuk melayakkan diri ke sekolah berkenaan. Tiada bantuan dari guru. Tiada soalan yang tolong dibacakan. dan tidak boleh tanya guru. Kriteria penilaiannya adalah seperti Bahasa Melayu, English, Arab, Jawi dan Matematik.


Macam-macam dipesannya. "Jawab betul-betul ye"..."Nanti kalau nak kencing bagitau cikgu ye"...tapi yang paling lawak. Muka Iffah masa tu takut sangat. Mak tak penah tengok muka Iffah macam tu. Tapi kalau Iffah nak tahu Mak lagi takut....

Nak...nak bila Mama Afiq tanya..."Iffah buat latihan tak?". "Latihan apa?", kata Mak. "Eh! kan masa daftar haritu dia ada jual buku latihan, ada contoh-contoh soalan", kata Mama Afiq....Huh!! masa tu macam nak gugur jantung Mak. (haha kalut gila rupanya aku)....memang debor tahap dewa la...

Tenang Hawa...tenang...ini baru 6 tahun hokey...bukan darjah 6 ataupun SPM.

Selepas ujian pada 28 Mei 2011
280 org amik exam dan 134 yang layak

Nurin Iffah terpilih...tahniah ye Kakak!

 Teringat pada Emakku Pn.Khairani Mohd Sidik yang akan berpuasa bila anak-anaknya menduduki peperiksaan. Alhamdulillah.Terima kasih emak. Berkat doa Emak Abah. I love U Mak. I love U Abah.

Amacam?...Dah pernah rasa debor-debor anak amik exam? hik hik

Wednesday, January 5, 2011

Mahalnya Yuran Tadika!

Adehh! mahalnya!
Nasib baik pihak tadika membenarkan bayaran ansuran maksimum 4 kali....ekeke apa lagi? bayar 4 kali la ....alhamdulillah

Kakak Iffah sekarang 6 years old. Belajar di Tadika Aspirasi Seksyen 7 Shah Alam. (aik? masih seksyen 7?..jawapannya Iye...masih hantar anak2 ditaska and tadika di seksyen 7...walaupun dah pindah rumah baru) 
iffah didalam kelasnya masa 5yo (thn lps punya pic)
Nasib baik dapat pujuk Abang Yusuf (4yo), supaya kembali ke taska.  Kenapa kembali ke taska? Alkisahnya masa cuti sekolah cikgu bawa anak-anak 3yo and 4yo dari taska ke tadika untuk belajar dan bermain. Seronok sangat Si Abang kat situ. Abang Yusuff minta nak masuk tadika juga. Uik? kalo tidak bergandalah yurannya. Kedek? Tak la. Bajet. Takpe la baru 4yo.  

"Tapi bersedialah wahai En.Borhan dan Pn.Hawa. Pada tahun 2013 anda berdua mempunyai anak yang berumur 5yo dan 6yo! Ready for Yuran Tadika Berganda?" 
.....InsyaAllah. Mak dan Abah berkerja keras untuk anak2 MakAbah semua! Amin.


Kisah Permohonan Yusuff Masuk Tadika
Mak: "Abang tak payah sekolah la ye. Nanti duduk taska?", kata si emak yang sedang ber'bajet-bajet'.
Abang: "Abang dah besar. Abang nak pergi tadika dgn kakak", kata Yusuff dengan penuh semangat seperti biasa.
Mak: "Ala Abang kan baru 4 tahun. Nanti bila 5 tahun...abang sekolah ye?", kata si emak memujuk.
Kakak: "Eh! boleh la Mak. 4 tahun pun boleh masuk tadika", si kakak menyampuk.
Mak: "Ermm...", jawab si emak. Didalam hati si Emak berkata-kata "memang la boleh".

seperti biasa layan gambar

konvo 5yo Iffah pada 14 November 2010
wah! tak sabar nak tengok anak-anak konvo U akan datang

Doa Selepas Sunat Dhuha
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Berapakah Yuran Pendaftaran Tadika Iffah tahun ini? Ada sesiapa yang nak meneka? Tapi takde hadiah la....