Tuesday, June 29, 2010

Saya Mahu Watermark FREE dari elissmie.com

Jalan-jalan entry Ms Syatilla terjumpa and terus ke www.elissmie.com

Watermark tu apa? Ala yang macam cop mohor tu..Kita tempek kat gambar yang kita nak masukkan dalam entry kita, supaya susah sikit orang nak ceduk.

Wahai elissmie yang baik hati....jasa mu ku kenang sampai bila-bila...ewahh..Kenapa puji-memuji ni? Sebabnya nak minta tolong elissme buatkan watermark..hehe..Syaratnya seperti berikut:-

1. Mestilah seorang Follower belog elissmie.com . Kalau bukan follower tidak layak untuk mendapatkan Watermark FREE ini. Kalo nak jugak, terpaksa lah jadi follower seumur hidup.hahahaha

- dah follow

2.Buat satu entri yang Title :Saya Mahu Watermark FREE dari elissmie.com . Untuk Permohonan seterusnya, juga WAJIB membuat entry sekali lagi.

-done

3.Nyatakan nama belog , warna dan font yang anda inginkan pada Watermark FREE anda tu.Sila nyatakan font apa pada Nama belog dan font apa untuk Copyright Reserved © tu.

-Nama blog: milik mrsboan
-Font& Warna: tak kisah apa2 yang you rasa cantik


4. Jangan lupa masukkan LINK-LINK berikut di dalam entri anda: -DONE-

http://www.elissmie.com/2010/05/siapa-mahu-watermark-free.html

http://elissmiejunior.blogspot.com/

http://mieeliss.blogspot.com/

http://akulahbathroomblogger.blogspot.com/


5.Tinggalkan permalink pada comment box entry ini lah. -DONE-


dan akhir sekali email saya adalah syurhawati@gmail.com

Monday, June 28, 2010

Borong Buku!..Pesta Buku Selangor



Baru jer balik dari Pesta Buku Negeri Selangor di PKNS Shah Alam. Janji dgn suami jumpa kat PKNS. Owh! sudah tentu dari office...ala cilok kejap ajer tadi..keluar pukul 12tgh..ngeee...

Sebenarnya memang nak cari buku untuk anak-anak. Bulan lepas pun pergi MPH's Book Fair at SACC tapi masih tak puas hati. So apa yang diborong?

1) 12 buah buku Paul and Mary Progressive Readers by Ernest Lindstrom & Robert William. Kat school Iffah baca Lady Bird. Kat rumah pun ada la juga koleksi-koleksi sediada yang pelbagai.

2) Karaoke Nursery Song bahasa melayu...Wow! ada 50 buah lagu!!! erm..tak test lagi.. blom tau lagi...

3)CD Jangan Bersedih Zikir Munajat oleh Dr. Badrul Amin....nak letak dlm kereta...koleksi zikir munajat yang lama punya dah bagi kat orang...

4)Buku Motivasi...suami punya. Tiada dlm gambar. Dia dah ambik tadi..

5)1 Poster..'Good Habits' dan 1 poster Peta Dunia...Peta Dunia? Nak Buat apa?..Sebab kami buta geografi..ye la sekarang ni kan musim World Cup..menonton WC tak tau kedudukan geografinya...macam tak best pulak kan?...tapi boleh la nak dibanggakan SIKIT...penah juga sampai Morocco, Vietnam, Dubai and tidak lupa Singapore...

6)2 buah buku yang tak penah aku beli...iaitu buku resepi...buku resepi??

Itu sahaja dan dapatlah stiker free seperti gambar diatas yang disusun ala-ala kipas, buka nota kecil dari Sinar Harian...salah satu surat khabar yang 'macam' selalu dibeli oleh suami sbb murah..Kenapa 'macam'? Sbb macam kekadang tak sempat baca...ngeee alasan!!!

Ini baru betul-betul borong...buku Sains Solat yang dibeli bulan lepas pun belum khatam!!!...Sshhh...nanti my hubby dengar...

Wednesday, June 23, 2010

Big Happy Family



62 orang semuanya ada masa majlis perkahwinan adik ipar Emy dan Fyda di Muar pada 19 Jun 2010. Gambar diceduk dari FB Biela. Thanks ye biela! (Walaupun anda tidak membaca blog saya ngee)

Ni kira kesinambungan entry b4 this My New 'Beras'.

Gambar diatas terdiri daripada bapa mertua A.Ghani, 13 anak, 11 menantu, 34 cucu, 2 cucu menantu dan 1 cicit. Saya berada di barisan tengah 2 dari kiri bertudung hijau gelap. Yang best sangat2 semuanya ada.

Tema baju hijau mengikut kategori anak2 atau cucu2. Next pulak insyaallah yang bongsu pula kawin. Tak tau la apa lak temanya. Tungguuu!


Live at I-City



Sekarang ni tgh perlawanan antara England and Solvenia. Saje lepak2 kat I-City Shah Alam. Dekat je dgn rumah. Ye la I-City ni kat Seksyen 7 juga.

Kalo ada yang tak tau, I-City la tempat yang byk2 lampu tu. Nantilah upload gambar lampu pulak ye.


Sunday, June 20, 2010

My New 'Beras lah Beras'



Bak kata P.Ramlee 'beras lah beras'. Biras sebenarnya.

Namanya Fyda. Tema hìjau dan kami 60 orang semuanya berbaju hijau. Tapi lain2 la mengikut kategori pangkat adik-beradik dan pangkat anak2 sedara.

Meriah!


Monday, June 14, 2010

My 1st Project Jahit Manik



This is my 1st project menjahit manik. Burukss!! tapi hentam je la labu. Dah pakai pun masa kenduri kat KT haritu.

Adakah ianya pertama dan terakhir????


Saturday, June 12, 2010

World Cup 2010



Gambar di ambil di Primula Kuala Terengganu pada 11 Jun 2010 bersempena bermulanya World Cup 2010 South Africa.

Masa ni baru check out dan nak pergi ke homestay dimana berkumpulnya rombongan hantar pengantin emy my bil.


Wednesday, June 9, 2010

Trip to Terengganu



We are on the way to Kuala Terengganu for my bil's wedding this Saturday. Kira hantar pengantin la ni. Check-in @ Primula for 1 nite. Ini kira kali ke 4 pergi Kuala Terengganu..

Begini la selalunya keadaan dalam kereta bila travel jauh2 or balik kampung.

KT!


Kuey Teow Ladna Selebar 1 inci



Lebarnya! Dekat 1 inci. Tadi lunch kat Noodle Station kat SACC dgn Su member satu office di ADTEC Shah Alam ni. Tapi dapat habiskan suku je sebab tak berapa sedap.

Selalunya kalau si Hawa sental je walau tak sedap. Tapi mungkin agak muak sbb ada campur taucu. Masak taucu sedap tapi kalau ladna campur taucu kan ntah apa2. Harganya RM8.90 pulak tu.


Saturday, June 5, 2010

Nasi Minyak Ahmad Borhan



Biasanya orang sibuk upload masakan sendiri. Tapi ini tidak, ini adalah masakan suami sendiri. Muffin itu buatan adik bongsu, Muhammad Rafiee. Ini gambar food Sham (wife Kabul).

Saja buat makan2 sikit kat rumah along (tenkiu Along!) sempena Mak/Opah nak pergi umrah Isnin ni, 7 Jun 2010.

Selamat menunaikan ibadat buat Mak.