Mengimbau kembali kenangan berbasikal dengan kawan-kawan masa zaman sekolah memang seronok. Seronok tak hingat. Sampai lupa keselamatan diri. Bawa basikal lepas tangan. Jatuh basikal terkoyak lutut tu jangan cerita la. Terkoyak kain baju raya pun pernah. Ingat sangat la baju-pepel-bunga-kecik-kain-plain itu.
Kayuh basikal dari Sg.Abong ke Sekolah Dato' di Jalan Tunku Bendahara melalui Bakri Batu 2 atau Pesta.
Bila lalu kawasan Pesta (orang Muo taula Pesta kat mana kan?), yang sekarang ni jalannya sibuk. Macam tak percaya je dulu penah lalu situ naik basikal. Kayuh basikal 5km selamba je. Itu dari Sg.Abong. Yang dari Parit Buaya macam Ijan Bako atau Telek (Rizal Talib adik kenalan PLV ku Dayang Nurul Nahar) lagi la jauh. Masa tu tak de lagi sekolah menengah dekat-dekat situ. Tapi kalau sekarang tak tau la parents benarkan ke tidak anak-anak kayuh basikal sendiri ke sekolah di laluan-laluan sibuk camtu.
Ermm...sampai ke Tanjung pun boleh naik basikal tu. Aktiviti PBSM. hehe.
Ok bercerita pasal
'Basikal Raleigh Ku Dijumpai Selepas 20 Tahun'
Ha! Ini dia....tadaaa!!!
![]() | |
| Raleigh Roamer : Sumber SINI |
Macam inilah basikal yang dibeli oleh arwah Abah tanpa kerelaan hati. Nak cakap tak berani. Anak yang baik kan...Hajat dihati nak basikal Aventee macam Angah kakakku ataupun Ain classmateku ataupun Mak Bedah selang sebuah rumah. Basikal ni aku suka sebab dia Raleigh. Materialistik. Glemer tu. *Tipu*. Masa tu yang aku cuma tahu mesin jahit mak aku jenama Raleigh macam basikal aku juga. Dan basikal besor pun jenama Raleigh.
Tapi yang aku tak suka tu handle dia tu. Macam Chopper. Tapi bila tangok balik macam lawa pulak. (hahaha...Tak jadi tukar la Ain..).
Tak sangka pulak boleh jumpa semula dengan bantuan PakCik Gugel sayangku. Sebab sebelum ni biasa gak minta bantuan PakCik Gugel tapi tak mengena la. Yang selalu dijumpai dalam Gugel seperti.........
Tak sangka pulak boleh jumpa semula dengan bantuan PakCik Gugel sayangku. Sebab sebelum ni biasa gak minta bantuan PakCik Gugel tapi tak mengena la. Yang selalu dijumpai dalam Gugel seperti.........
![]() |
| Jom lumba! |
![]() |
| Raleigh Twenty a.k.a Shopper macam Aventee pun ado! |
![]() |
| Lagi Raleigh Shopper |
![]() |
| Raleigh Chopper Paling Famous kan? Tapi tak boleh bonceng! |
Zaman tu banyak budak-budak lelaki kasi TUKAR basikal biasa ke Basikal Chopper. Termasuk lah En.Suami ku. Mungkin itu salah satu sebab tak suka handle dia. Ai kan gegurl. Ye ke? Ermm jangan mimpi la nak tengok ke-gegurl-lan si Hawa.
Alhamdulillah...ada juga basikal.
Alhamdulillah...ada juga basikal.
Dan ini pulak basikal idaman sejak 2-3 tahun lepas. Tapi hajat belum kesampaian. Basikal besor sekarang ni kan cantik-cantik. Eh...dah macam boleh join Rafiee-adikku-sipeminat-tegar-basikal. Boleh feeling ala-ala winter sonata gitu...hak..hak..
![]() |
| Raleigh Elegance. Sumber SINI |
![]() |
| Sumber SINI |
Entry ini adalah cetusan idea lepas borak-borak dgn member kat FB seperti Kak Yusniza, Nurul Ain, Siti Noraishah dan Lily Azura Hangsor. Kredit to Lily Azura Hangsor sebab dia la cetuskan cerita pasal basikal ni.
![]() |
| klik Bior Teghang |
Anak-anak nak berbasikal ke sekolah? Ermmm....
Amacam boleh bagi ke?














