Dah lama tak memblog. Sibuk bangat. Dekat 2 bulan mengajar. Best juga. Tapi sakitla nak kena study balik. Lama dah tinggal iaitu kira-kira 7 tahun lepas. Kena ajar Control System. Erm... ingat lagi? Gambarajah blok...rangkap pindah...signal flow graft...freq response...bode plot...nyquist...root locus method...laplace...steady state error...and bla...bla.. Sampai malam2 pun bawa balik nota study...control kan byk mate...kadang-kadang mate basic pun dah entah kemana...suami menjadi mangsa menjadi cikgu mate a.k.a pengembala kambing (his new bussiness)...
Kalau dulu la study mcm tuh...peh sure result gempak punya. Kalo dulu paham sikit2 pun jadila janji lepas. Ni plak kena paham betul betul...Nanti kena tanya...tak ke pucat lesi...
Wei... apa ni lari tajuk. Si Hawa memang tak pandai mengarang. Markah karangan hancus. Masa kat sekolah hanya sorang ajer kawan yg pernah (dibenarkan) baca karangan dia masa Form 3 selain cikgu yang menanda. Tak tau la kawan dia tu ingat lagi ke idak...wah! sekarang dengan x malu mempublish pula karangannya ke internet...adakah kerana tulisannya semakin baik...oh tentunya tidak...ini kerana tiada siapa yg akan memberi markah..la la la la...so suka hati makcikla nak tulis apa....
Ok mari belajar berbahasa dari Ustaz Ahmad Yusuff bin Ahmad Borhan yang kini berumur 1 thn 11 bulan. Cepat sikit berbanding kakak yg 2 thn baru berbutir.
1) mmpah = tumpah (makann or minuman)
2) mmpah = muntah yg diproduce oleh Luqman (sinonim)
3) abah = abah
4) abah = mak (susah betul nak sebut mak)
5) abah = cikgu kat nursery (hentam ajerla)
6) mpah = opah
7) tatak = kakak
8) abang = abang (dirinya telah menjadi abang)
9) maman = Luqman (mmm...sedapnya jeruk maman yg Noorizatul Farita bawa)
10) nak CD = nak CD
11) a.a.ni = Barney
12) cucu = susu
13) andi = mandi
14) akan = makan
15) kan = ikan
16) acik = nasi
17) e.e.yen = aeroplane
18) bo = ball
19) dan banyak lagi.........
Cerita 1 (Doa)
Suatu hari Iffah bermain2 rambut mak dan cuba mengikat rambut emak.
Emak: Tak payah la Iffah...sakitla...iffah tak pandai...
Iffah: Iffah pandaiiiii (ayat yg kerap digunakan). Mak doa la...
Tanpa berlengah mak melayan ajer kerenah si kakak lalu berdoa dengan penuh perasaan.
Emak: Ya Allah Ya Tuhan ku... pandaikanlah Iffah ikat rambut mak. (boleh pulak macam tu). Mak menunggu.
Iffah: Mak doa la. Doa. Macam ni..macam ni (sambil mendongakkan kepalanya)
Emak: Laaa...
Kesimpulan: Doa = Dongak
Cerita 2 (Tengok)
Ketika abah tiada dirumah, bermain-mainlah si emak bersama 3 org anaknya diatas katil. Tidak berapa lama kemudian si emak nak pegi ke toilet.
Emak: Iffah tengok Luqman ye..Jangan bagi abang kacau.
Iffah: Ok.
Didalam toilet kedengaran suara Luqman menangis seperti dibuat abang. (macam biasa). Lalu bergegas si emak masuk ke bilik dan mendukung Luqman yang selak kesakitan.
Emak: Iffah ....kenapa ni Luqman.
Iffah: Yusuff tu...dia duduk atas perut Luqman macam ni (sambil menggayakan dgn bantal ...ala ala naik kuda) ..pastu tu dia duduk atas kepala.... Nasib baik kakak tengok.
Emak: (Berkata didalam hati sambil rasa nak marah..tapi tak marah)...Tak paham rupanya kakak apa itu tengok.
Kesimpulan: tengok = hanya tengok shj tanpa bertindak kerana mata sibuk melihat TV.
Aqilah pun pernah tegur.."mak, makan tangan kiri amalan syaiton" dan dan tu jugak maknyer tukar tangan kanan...dok makan bihun sup ngan camca...almaklumlahhhh
ReplyDeletesuharni...aha..aku igt hang makan tgn kiri dgn sudu...mcm mak aku sbenonya...tp dia tulis tgn kanan. Yang kiri dia pisau, senduk, jarum and boleh dikatakan sume kiri cuma tulis dgn gunting baju jer tgn kanan. sbb gunting baju dulu2 kan ada yang kanan ajer...(tulis tu sbb tok'ki paksa belajar kanan)
ReplyDeletehaha...ipah makin lama makin pandai...
ReplyDelete