Friday, December 31, 2010

Suka Jengah 'Baby & Me'

*sticky post* sila scroll ke bawah untuk menikmati cerita menarik and the boOM! dari Mrs.Boan

Mrs.Boan a.k.a Hawa ni bukan la blogger tegar. Kadang-kadang je dia jengah blog dia. Entry pun kadang-kadang je muncul. Tapi kalau  Mrs.boan jenguk blog sendiri ...dia mesti pergi jengah Nia @ 'Baby & Me'. Satu blog yang best. Simple & Sweet. 

"Nota buat Nia...kalau ada saya tinggal komen tu maknanya saya juga baru jengah blog saya" ..ekeke

Nak menang hadiah? Klik badge ini ye?






Baby & Me


Mrs.Boan tak mengharapkan hadiah. (kalau dapat siapa tak nak kan?...ngee).....tapi sebagai penghargaan kepada Nia yang sudi menjengah Mrs.Boan maka lahirlah entry ini.

Dan ini juga kali langkah pertama nak mengumpul badge kawan2 yang cute2 tu...
Setelah 3 tahun berblog....

Badge sendiri bila nak ada? Tak reti buat la?



Thursday, December 30, 2010

Hadiah Paling Best 2010: Rumah Baru!!!! [Edisi Wajib Tayang]

 Nota kepala:::: Yeah...Malaysia menang Piala Suzuki AFF. Menang lawan Indonesia dgn agregat kemenangan 4-2...MALAYSIA BOLEH!! dan esok 31.12.2010 diumumkan CUTI....


Wow! Hadiah rumah! Siapa bagi? 


dah 4 hari duduk masih tak siap kemas

 Rumah ini dianugerahkan kepada En.Boan dan Mrs.Boan a.k.a Hawa. Ianya dinamakan "Hadiah Harta Sepencarian" sempena Ulang Tahun perkahwinan kami yang ke-7 pada 28.12.2010...hahahaha...konon-konon hadiah ulangtahun la. baru nampak macam gempak sikit. ....ala kebetulan sebenarnya pindah pada 27.12.2010 sehari sebelum tarikh istimewa itu..


******
Mrs.A: "Eh!..apa hadiah ulangtahun perkahwinan you?"
Mrs.B: "ala hubby ai belikan rumah je....kat Meru Klang."
[tanpa penjelasan jelas bahawa Mrs.B pakai loan sendiri iaitu loan government TETAPI tanpa En.Boan manalah mampu nak ada dua rumah]
Mrs.A: "Wah...best la you..rumah you kat Seksyen 7 Shah Alam tu sewakan ke? Berapa sewa?"
Mrs.B: "RM1050.00"
Mrs.A: "huh? RM1050? mahalnya...kecik je kan apartment you tu?"
Mrs:B:  "iye..815kaki persegi je [padahal hati berbunga riang]...sebenarnya boleh up sampai RM1200...tapi kesian kat student yang nak sewa tu. Iye lah Seksyen 7 kan..macam tulah harganya kalau tak mesti ai beli landed property kat seksyen 7 tu...ai love section 7..hak hak hak"
Mrs.A: "OOoo..sekarang dah besar la rumah you? Banglo ke?"
Mrs.B: "Tak la...semi-D..."

***perbualan berkenaan adalah rekaan semata-mata. namun fakta-faktanya bukan rekaan...:P***


jom layan gambar!
kalau TV LCD lebih sesuai
gambar rumah yang tiada perabot HARUSlah ditayang cepat...kerana setahun lagi baru nak tayang rumah ianya belum tentu juga ada perabot..[.hukhuk..nak beli langsir pun tengah POKAI ni...]

Kek Anniversary oleh Kak Niza (x-jiran)

sila abaikan kotak barangan pindah itu

kalau permandangan lebih luas maka terdedahlah suasana yang bersepah-sepah

yeah!! brownies cheese yang daBoOMM!!!..sedap!!

 DOA KELUARGA BAHAGIA

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا


Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)

Amin...ya robbal'alamin...

Thursday, December 16, 2010

Tengok Kucing Beranak Secara Live

Actually gambar ini diambil pada 20.11.2010 (Sabtu) iaitu masa balik ke kampung suami di Muar pada raya haji yang lalu. Kucing ini pun bukanlah peliharaan keluarga mertua tapi selalu diberi makan sebab dia dah duduk situ atau kira menumpang kasih. Desas desus diorang nak buang kucing itu, tapi nampaknya Si Ibu dah terberanak dulu.


sedang hisap susu ibu..Si Ibu kerisauan anaknya diambil orang


Si Ibu telah melahirkan 3 anaknya pada 19.11.2010 (Jumaat). Tapi entah ini kali ke berapa saya tangok kucing beranak secara live pun tak tau la. Dulu-dulu masa kecik-kecik, Kakak dan adik-adik memang ada bela kucing. Jadi selalulah melihatnya. Masa tengok Si Ibu mencari 'port' (dlm rumah okey?...mana kak one tak bising), sampai saya dah tau dia nak beranak.

Masa dulu-dulu:
Macam tak ada feel apa-apa tengok kucing beranak. Masih tidak suka pada kucing walaupun pada satu-satu masa dirumah parents ada 13 ekor kesemuanya! Tapi kredit untuk diri sendiri kerana sentiasa memberi kucing-kucing itu makan. (tak suka tapi KASIHan itu tetap wujud)

Masa hari kejadian:
(maaf..gambar sedang beranak tak tergamak nak snap)
Owh...sungguh tersentuh melihat Si Ibu melahirkan anak-anaknya. (Nampaknya sifat keibuan mrsboan semulajadi 'menjelmakan diri'). Saya tengok sorang-sorang tak bagitau orang lain yang Si Ibu sedang beranak. Takut bising. Kesian. Kalau yang tak pernah tengok. Kucing ni kalau tengah beranak...dia senyap aje...pas tu dia jilat-jilat darah dan lendir yang keluar bersama anaknya. Lepas tu badan dia menggigil-gigil. (teringat masa bersalin anak sendiri..menggigil lepas bersalin). Then bila selesai baru dia mengioww.

layan gambar dulu...

sedang hisap susu ibu... i like this pic!!!!!

sedang hisap susu ibu lagi...

yeah!...keep bf your baby...
ok..sambung semula....
 Saya ambil kucing-kucing tu, bawa keluar dari rumah. Isi dalam kotak. Bubuh alas surat khabar. Walaupun pada hakikatnya saya tau Si Ibu nak duduk kat 'port' yang dia pilih. Sebab Si Ibu rasa tempat itu paling selamat untuk anak2 dia. Namun apakan daya....kehadiran Si Ibu dan anak-anak akan menyusahkan semua orang bila saya dah balik Shah Alam nanti. Seperti biasa Si Ibu diberi makan oleh saya. Makan ikan goreng yang ditumbuk halus dan digaulkan dengan nasi putih.

Tetiba rasa kesian itu betul-betul menjadi KASIHan. Kerana tidak tahu apa kesudahannya nanti. Sampai terdetik hati ini ingin mambawa mereka pulang. Adakah mrsboan sudah jatuh cinta?
Namun...mrsboan tidak membawanya pulang....si penggemar kucing pasti memarahi mrsboan kerana mrsboan tahu kucing-kucing itu akan dibuang. Masih adakah kucing-kucing itu dikampung?

 Hari ke-4-6: mrsboan balik kampung kerana bapa mertua kembali kerahmatullah. (kucing itu masih ada)
Hari ke 8-10: balik lagi untuk kenduri. (kucing itu masih ada)

Tapi...masih adakah kucing-kucing itu dikampung? Ketika mrsboan pulang pada 30 December ini..


Korang pernah tak tengok kucing beranak?

Thursday, December 2, 2010

Nasi Minyak Terakhir Arwah Bapa Mertua

Al-Fatihah...
 buat bapa mertua yang kembali ke rahmatullah pada 22.11.2010 (Isnin) bersama 15 Zulhijjah 1431H iaitu 11 hari yang lalu...

Abah..panggilannya. Nasi minyak, beriani....Abah memang expert. Bukan itu sahaja apa saja masakannya menjadi. Sebab tu dia antara ketua masak pakatan kat Pt. Jawa Muar. Masa baru kahwin...baru tau ada nasi minyak dan nasi beriani yang SEDAP!! Sebab tu En.Boan pun pandai masak nasi minyak.

Nasi minyak merupakan menu wajib keluarga mertua di pagi raya. Anak cucu arwah memang pasti tak sabar nak makan. Ketupat rendang haruslah dibelasah habis pada malam raya. Menjadi kebiasaan kalau masak-memasak raya atau kenduri En.Boan dan adik-beradik lelaki dan ipar-ipar lelaki yang memasaknya. Almaklumlah keluarga besar. Adik beradik En. Boan sahaja 13orang.  

Kali terakhir arwah Abah masak bersama anak-anaknya pada Hari Raya Aidiladha iaitu 5 hari sebelum pemergiannya.

Izzah, Yusuff (Abg), Khaleelah, Luqman (Adik) dan Iffah (Kakak)

Gambar ni diambil masa Raya Haji ke2. Gambar anak-anak dan sepupu mereka sedang makan nasi minyak didalam dulang beralaskan daun pisang. Baki nasi minyak semalam yang arwah Abah minta aku kukuskan. Panaskan semula. Senyum arwah Abah melihat budak-budak tu makan...bertambah-tambah. Kalau makan nasi je tanpa lauk pun SEDAP!.


Raya Haji haritu lepak kat kg Muar dari malam raya (selasa 16.11.2010) hingga Sabtu 20.11.2010 (cuti sekolah bermula)..hari Khamis dan Jumaat...Kak One (akak ipar) dan Ijah (adik ipar) kerja. Mereka cikgu....sekolah kan belum cuti masa tu. So kiranya saya dan suami lah yang masak. Kalau tidak saya cuma tolong2 je (itupun kalau tolong la..ekeke) Kari daging dan masak asam pedas ikan mayong. Dapatlah arwah Abah rasa masakanku walau tak sesedap mana...alhamdulillah.

Al Fatihah buat.......
Abahku: A.Rahim bin Kasman (1.10.1946 - 8.7.2007)
Bapa Mertuaku: Abdul Ghani bin Muri (13.7.1935 - 22.11.2010)
dan 
Ibu mertua ku: Intan binti Abdullah 1997


Thursday, November 11, 2010

Aku Di Jeling Kerana Chinta Chanduri

Chinta

Aku Di Jeling Kerana Chinta Chanduri.....kerana ADAKAH?
Rupaku mirip aktress Fasha Shanda? 
Atau penampilanlaku seseksi Fasha Shanda?
Atau buah hatiku En.Boan sehensem Adi Putra?


Yang pasti semua itu tidak benar belaka. Tapi En.Boan ku tidak mirip Adi Putra. 
Dia mirip si dia ni...ekeke


Shaheizy Sam
Hensemnya En.Boan...heeeeeee


Dan sebenarnya
Aku Di Jeling Kerana Chinta Chanduri oleh En.Boan
.....kerana MENGADAP cerita CHINTA pada waktu MAGHRIB!!!!!! huhuhu....

Tak sabar nak tgk final episode petang nanti...aik nak tengok juga? hehe


.




Friday, October 22, 2010

Saya dah print. Awak dah print?

Saya dah print slip gaji online dari laman web Jabatan Akauntan Negara. Mulai Oktober 2010 slip gaji penjawat awam hendaklah print sendiri. Good!

Sila ke http://www.anm.gov.my dan klik pada e-penyata gaji & laporan.
Gaji tak sebesar mana pun nak tayang ekeke...tak nampak pun dah 'conteng2'..ekeke



inilah rupanya slip gaji itu




Kerja sejak tahun 2002. Tapi kerja tetap dan berpencen baru 2 tahun. 16 oktober 2008 hingga 16 oktober 2010. Tunggu nak keluar KWSP...hahaha....
Dah bertimbun slip gaji dalam simpanan. 

Nak buang ke nak simpan?


.

Monday, October 18, 2010

Beli Susu Dutch Lady dapat voucher RM50

voucher RM50 daripada Dutch Lady
Beli Susu Dutch Lady dapat voucher RM50. Takkan beli sahaja boleh dapat RM50? Kenalah buat sesuatu kan? Mana boleh senang-senang dapat free...hehe

Dua tiga bulan lepas masuk contest Dutch Lady Moms Club 2010. Menang pulak hadiah saguhati. Baru menang saguhati dah canang dalam blog. Bukannya juta-juta....

Tapi kalau menang juta-juta ....i senyap aje ye...bahaya...hahaha...

 Nota: 1 bulan = 8 pack Dutch Lady = 8 kg = 3 org Si Manja

Kakak Iffah umur dah 5 tahun. 
Macamana nak ajar anak minum susu dalam cawan? Umur berapa yang sesuai?

Friday, October 15, 2010

Tun Dr. M tak jadi rasmi Pertandingan Kemahiran Malaysia 2010

 

Sekembalinya pulang daripada berkursus selama 1 tahun 6 bulan ini, maka inginlah saya berbakti untuk mempromo sikit pasal PKM 2010. walaupun telah bermula semalam iaitu 14 Oktober 2010, harini adalah hari perasmian. 

Seperti dijadualkan Tun Dr. M akan merasmikannya, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka tiadalah kehadiran Tun Dr. M pada majlis pagi ini yang sedang berlansung. 
'Sedang berlangsung?'...ya 'sedang berlangsung'...

...so Hawa apa yang ko buat kat bengkel tu? Berblog?
Ya...la apa lagi berblog la...sebab sekembalinya balik bertugas pada 4 Oktober semua JK-JK telah dilantik maka saya tiada apa-apa tugas ketika semua orang sedang amat EXTRA-BZ pada minggu ini hingga Ahad yang mana berlangsungnya juga Konvo Graduan CIAST...

Dengan promo ini, 
sekurang-kurangnya saya berbakti juga kan?

Tuesday, September 21, 2010

Cantik ke baju raya 1 kayu 1 famili?

Saya sebenarnya memang tak berapa suka baju sekayu satu famili.
..tapi tahun ni saja nak cuba.

Gambar2 diambil pada hari raya ke-4
di teratak indah peninggalan arwah To'ki dan Opah,
sebuah rumah original design Negeri Perak yang dibina lebih 50 tahun,
dan terletak
di Kg Kota Raja Bersiong, Selama Perak.
Berkumpul ramai-ramai dgn adik beradik emak.

ermmm...not bad..
terlupa pakai kasut raya..
sungguh klasik gambar ini

berlatar belakang rumah Perak yang klasik
peninggalan arwah toki dan opah

payung itu cantek!!


emak, 6 anak, 5 menatu dan 11 cucu


Adik beradik emak dan sepupu sepapat kami...
happy semuanya!!! but ramai yang tiada..

Mode: Terlalu sibuk, maybe 2 minggu lagi baru boleh cerita ceriti...huhu
Kesan: Tak sempat blogwalk raya ke blog kawan2...maaf ye kawan2..

Tahun depan nak sekayu lagi ke?
Ermm....



Wednesday, September 1, 2010

Uwaaa!!!...kasut raya saya takde lampu..


"Uwaaaa!!!!! Kasut raya saya takde lampu....macam abang".

Mak...
 walaupun saya tak pandai cakap lagi tapi itulah ayat sebenar yang tersirat di lubuk hati ini...
Tahun lepas mak tak belikan pun saya kasut. Sebab saya tak pandai jalan lagi. Ingat lagi masa tu 20 September 2009 adalah 1 Syawal 1430H dan bersamaan dengan hari jadi saya yang pertama. [Hari Raya Hari Jadi]

Mak...
sekarang saya dah nak masuk 2 tahun. Jadi saya AMAT MENGERTI kasut yang ada lampu tu best ke tidak. Kenapa tak belikan saya sama dengan abang?...yang ada lampu.
Uwaaa!!!

"uwaaa!!! saya nak juga kasut abang yg ni"
"saya tak nak yang warna biru tu"
"saya tau..akak dgn abang lah yang paling happy"

Nota 1: Situasi sebenar, kasut adik dan kakak dibeli sehari awal sebab abang punya takde saiz. Keesokkan harinya cari kasut abang pula.

Nota 2: Rasa amat bersyukur kerana dapat melengkapkan anak-anak dengan keperluan raya. Alhamdulillah. Tapi perlu diingat masih ramai lagi anak-anak diluar sana tidak dapat merasainya.

Nota 3: Ketiga-tiga kasut itu telah disorokkan oleh en.boan ...TETAPI apakah tragedi ini akan berulang kembali lagi di pagi 1 syawal yang mulia?



.

Wednesday, August 25, 2010

BFC sehebat KFC? ..dan Popia Ramadan


BFC sehebat KFC?
Betul ke?
Antara menu mudah dibulan puasa serta menjimatkan kerana kerangupan dia pun seakan-akan la..

inilah dia BFC
Objek sebenar adalah lebih enak dari objek gambar yang kurang memuaskan itu. Boleh la puji lebih-lebih sebab bukan saya masak. Sebab tu nama dia BFC. Kalau saya yang buat, tentu nama dia HFC. (H=Hawa). Nama BFC telah diregister dan diperakui sejak tahun 2008 oleh kami sendiri...ekeke..(B=borhan a.k.a boan)

Oat and tepung kentucky yang digaul rata

Cara-caranya mudah saja:
  1. Campurkan oat dan tepung goreng kentucky yang dibeli
  2. Celup ayam dalam putih telur (supaya mudah lekat dgn tepung)
  3. Gaulkan dengan oat dan tepung di item no.1
  4. Deep fry ok...kalau tidak dia agak golap dan kehangusan seperti ayam2 yang telah diketepikan ketika hendak ambil gambar.

Satu lagi menu kuih mudah iaitu popia. Cara-caranya pun mudah juga:
  1. Inti 1: Lobak dan taugeh dicelur dengan sedikit garam
  2. Inti 2: Tumis bawang , masukkan daging cincang brand Ramly, biar daging masak dan agak kering (sebab ia akan keluarkan air),  masukkan tomato cincang, tomato puree, bubuh sos ke, kicap ke dan apa sahaja sos yang dirasakan sesuai tetapi HALAL, garam, gula dan letak serbuk kari sikit pun ok, bagi ada rasa rempah2 sikit. Dan kalo nak pecah telur pun ok. Tapi kalo nak jimat daging buatlah macam inti karipap iaitu letak keledek atau kentang.  
inti 1: lobak dan taugeh

inti 2: daging
popia siap digoreng

Sebelum goreng tu kenalah ada kulit popia. Lepas tu hentam sahaja membalutnya ikut selera. Boleh buat banyak-banyak dan disimpan sejuk beku. Bila perlu, gorengkan sahaja. Terutama dibulan puasa ni. Boleh berjimat. Kalau 2 org makan tu gorenglah 6 ketul pun jadilah. Dan jangan lupa buat sambalnya. Terpulanglah ikut selera tapi yang dicadangkan sebab paling mudah ialah:
  1. Cili merah, sedikit bawang putih (sikiiiit aje tau...nanti mulut bau bawang) dan gula - dikisar
  2. Bubuh sikit sos supaya masam-masam sikit. Masakkan sehingga mendidih.
p/s: hujung minggu nak buat buah melaka macam Mrs. Fiza buat
p/s/s: popia itu juga en.boan yg buat...ekeke
p/s/s/s: Ada menu mudah? Jomlah kongsi-kongsi?

Thursday, August 19, 2010

Ladang Pisang Kaki Bukan di Cameron Highland (CH Last Part)

Part Terakhir Edisi Jom Jalan-jalan Cameron Highland

Orang dok sibuk cerita Ramadhan and Syawal dan kisah penceraian Roslin Hashim...ni cerita CH tak abis-abis...okla..dah last dah ni...


Dari Cameron kami ke Kelantan? Macam hebat je pulak....hehe

Masa ni kami nak ke ladang pisang kaki milik Abang Nik (biras) yang terletak di Lojing, Gua Musang, Kelantan. Dari Cameron Highland tak jauh la. Kat Cameron Highland pun maybe ada gak ladang pisang kaki tapi yang kami pergi ni kat Kelantan la. Ia adalah hari yang sama kami pergi ke Taman Agro Al-Mashoor dan Strawberry & Jam.

Gambar diambil ketika kereta berjalan di highway lalu tangan yang memegang kamera itu dikeluarkan dari tingkap kereta dan snap..snap..snap..

Tanah yang gondol..siapa nak jawab?
Banyak sungguh aktiviti pertanian dibukit-bukit berkenaan
Saya tak tau nak kata apa!
Karam Singh Walia pun tak terkata!


Setibanya di Lojing, Gua Musang, Kelantan

Banyak lagi kat CH yang lebih cantek..tapi ini pon cantek!
Saya tengah tengok bunga yg pic atas tu la...
Kami 6 kereta datang ke sini bawa 4 kereta je...
Office
Mereka nak ke ladang pisang kaki. Tak dapat ikut. Bawa anak kecik.
Buah pisang kaki. Pokok ni bukan kat ladang tapi kat keliling office
Dan buah itu juga sebenarnya eksyen je dah tanggal dari tangkainya.

Best juga pergi sini walaupun tak pergi ladangnya. Ok tamatlah sudah Edisi Jom Jalan-jalan Cameron Highland.

Wednesday, August 18, 2010

Murid Ajar Cikgu?

memang jarang cerita pasal kerja.
ada sekali kat SINI
gambar diambil semalam masa praktis-praktis...
nak mengajar mestilah praktis.
nak dijadikan cerita....
si cikgunya buat tak jadi-jadi..
lalu dia minta student semester akhir ajar cikgu dia..haha

student tersebut akan masuk 8th ASEAN Skills Competition November 2010 nanti di Bangkok..
good luck for him

'Malu Bertanya Sesat Jalan'..ye tak?

Tajuk Amali: Guna IC Logik untuk Mengawal Transistor BJT
Modul: Application of Electornic Product


saja la abadikan detik-detik kat sini. nanti nak kembali berkerja.
yela dah lama dok berkursus..dah dekat setahun setengah.
sekarang tengah internship. start 5 april. end 1 oktober.
maknanya 4 oktober start kerja betul-betul...
nantilah cerita...ada kelas pukul 10.00am hingga 1.00pm.

pukul 1.00pm..tido jap..hehe

Tuesday, August 17, 2010

GA raya


Klik SINI utk join GA ni. Tarikh tutup pada 23 Ogos 2010.

.

Monday, August 16, 2010

Strawberry coklat yang best di Cameron Highland (CH Part 3)

Sambungan edisi Jom Jalan Cameron Highland
-Part 1 Tempat Paling Menarik di Cameron Highland, dan
-Part 2  Mabuk ke naik Cameron Highland?


Bertuahlah badan ada biras yang duduk di CH kan? So, Fida ada arrange celebrate harijadi suaminya di Taman Agro Al-Mashoor terletak di Kg Sedia, Tanah Rata. Sebelum ni datang CH tak pernah pergi strawberry park yang ini. Pemiliknya muslim. Baru sesuai kan?

Strawberry Coklat yummy-yummy...
kalo cicah dgn gula @ susu pekat pun sedap

Taman Agro Al-Mashoor, Kg Sedia Tanah Rata

Kek ada 2 sebab kami ramai

Strawberry Coklat, Muffin dan Scone...sedap beb!

suka la sangat budak-budak ni...

Selain anggur, banyak juga bunga-bungaan disini

Dan kami singgah juga di Strawberries & Jam terletak tidak jauh dari Al-Mashoor untuk membeli jam dan kordial strawberry berlabelkan 'SDSI- Satu Daerah Satu Industri'.

Strawberries & Jam, Kg Sedia, Tanah Rata, CH

Jam buatan orang Melayu

Ada juga aiskrim strawberry..Aiskrim 1 Malaysia
p/s: Lain-lain tempat yang mudah sangat nak dapatkan strawberry adalah di pasar malam di Brincang pada setiap weekend dan setiap hari dicuti sekolah.
p/s/s: Strawberry kalau bawa turun, tak semanis makan kat CH. Betul tak?