Friday, August 13, 2010

Mabuk ke naik Cameron Highland? (CH Part 2)


Mabuk ke naik Cameron Highland?
Tak ... nak mengaku....

Tapi tak sampai muntah-muntah la. Bergelodak je perut ku ini. So kenalah berhenti sebentar mana-mana tempat yang sesuai. Ini kes naik dari Tapah la ni. Kalau anda pemabuk tegar, haruslah naik ke CH dari Simpang Pulai...ok?

Tapah -> Ringlet -> Tanah Rata -> Berincang -> Teringkap -> Kg. Raja -> Simpang Pulai/Lojing/Gua Musang

Check point #1
Singgah Sekejap di Lata Iskandar

Cantik jugak waterfall tu dan sejuk sudah pasti...
Beberapa saat selepas itu Iffah terjatuh dan kebasahan

Check point #2
Ditepi-tepi jalan sahaja kerana dah rasa macam tak cukup oksigen. Tiada gambar. Tak sempat nak feel2 gambar.


Check point #3
Tempat wajib kami singgah walau bukan dalam keadaan mabuk iaitu Cameron Bharat Plantations. Yang ni yang lama kedudukan dia tak silap hanya 10km ke arah Tanah Rata dari arah Ringlet. Satu lagi baru buka ke arah Simpang Pulai. Kat area2 Kg Raja.


Abang yang happy..sbb dia ingat dah sampai kut
Tak minum pun kat tea house tu.
Antara pic kat Ladang Tea Bharat
Lepas tu barulah kami sampai ke Tanah Rata dimana terletaknya rumah Fida, biras saya. Bertolak dari Shah Alam pukul 10 lebih dan sampai dalam kul 3pm. Makan2 dulu sementara menunggu Emy (suami Fida) bersama bapa mertua dan abang Iman sampai.


Dan layan la gambar2 di Ladang Tea Bharat yang kat Kg Raja ni...

Iffah dan Izzah sepupunya..nak menapak naik

Dah sampai atas takut pulak nak turun. Sebelah kiri tu tea house

Dan layan pulak gambar2 di Ladang Boh

Sedang menapak ke Tea House dan Kilang
Boh Tea Centre

Selamat datang...terima kasih..hehe

Pintu masuk

p/s : Masa perjalanan balik, Luqman muntah keluar macam air paip daa...sian tengok muka dia masa mula2 nak muntah...agaknya nak cakap tak tau..hehe
p/s/s: Dulu rasa macam tak mabuk pun, adakah faktor kereta? Umur? Eh mana mungkin...

4 comments:

  1. et xmabuk..hehe..
    lata iskandar tu kan seram jek nk p celup kaki kan..hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe konfem eh mabuk sbb jln pusing2..sbb dulu hawa kata tak mabuk pun..ke mabuk sbb lain~~~ hehehe saje lin ngusik je ye! :)

    dah lama tak gi CH..nanti la, nak gi..bawa didi n adini.. :):):)

    ReplyDelete
  3. Lata Iskandar? dulu masa kecik2 pernah pergi, air dia sejuk betul..pergh! tapi tengok orang selamba aje mandi kat situ.

    ReplyDelete
  4. eT...mmg sejuk...tgh letih2 singgah pulak, rasa mcm nak berendam aje...

    Lin...hehe belum lagi Lin...[belum? ye hajat dihati mau menambah]..

    Nia...dulu masa skolah2 dulu pi singgah, ada gak org mandi..haritu xde pulak org mandi...

    ReplyDelete