Thursday, February 24, 2011

Mengenal Nabi Muhammad SAW Seawal Usia 2 Tahun

Alhamdulillah bila anak-anak duduk taska macam-macam aktiviti yang dilakukan. Di antara aktiviti tahunan di Taska dan Tadika Aspirasi (Seksyen 7, Shah Alam) adalah perbarisan sempena menyambut Maulidurrasul. Pada tahun ini dibuat pada 16 Februari 2011 (Rabu) iaitu sehari selepas cuti umum Maulidurrasul. 

Cuti tu cuti juga tapi kenalah beringat kita cuti kerana apa ye...(untuk peringatan diri sendiri juga) Sambil-sambil lepak dengan anak-anak tu kenalah cerita sikit-sikit (walau tak banyak) tentang Nabi Muhammad SAW. Paling tidak pun nama bapa dan nama ibu Nabi Muhammad. Bagitau juga kat anak-anak kita yang masih kecil tu, kalau kita sayang Nabi Muhammad kita kena banyak berselawat, barulah Nabi Muhammad sayang kita. Kena ikut sunnah Nabi Muhammad. Budi pekerti mulia macam Nabi Muhammad.

Berbalik pada perbarisan Maulidurrasul , seawal umur 2 tahun mereka telah diajar tentang apa itu Maulidurrasul. Walaupun mereka tidak memahaminya.
Ataupun dengan kata-kata mudahnya  “Hari ni abang jalan-jalan kat taman ramai-ramai…best”.

Baju hijau berdiri Abang Yusuff dan baju hijau duduk Adik Luqman
 Tak berapa nak ingat nama kawan-kawan diorang. Ini cuma sebahagian sahaja. Dari kiri berdiri Alia Batrisya, Abang, x, Qistina, x dan duduk dari kiri Luqman, Qayyum, x, x, x dan Umar Rayyan anak kepada  Ita member lama masa kerja kat tempat lama. 
"Ita macam tercongang-congang yo anak ko"...hehehe

Keletihan agaknya pusing satu taman permainan yang kecil itu

Gambar tahun lepas: Iffah tudung biru

Gambar tahun lepas: bestfriend Iffah iaitu Adila, Haris (Kuning) dan Afiq (pink)
Pada pagi cuti Maulidurrasul, kebiasaan Iffah bangun tidur terus buka kartun tapi pagi tu dia kata taknak tengok kartun, dia nak tengok perbarisan kat TV. Cikgu suruh..hehehe...

Ya Allah. Kurniakan ku ketaatan dalam mengamalkan agama dan meninggalkan larangan Mu seperti apa yang ditunjukkan oleh Muhammad SAW. Amin.

Tuesday, February 22, 2011

Hawa Suka Char Kuey Teow Adam Permatang Pauh


 Siapa pernah try? Angkat tangan!!

Char Kuey Teow Adam di Permatang Pauh (Adam la kut sbb kat resit order dia tulis Adam Since 1995). Lokasinya tak jauh je dari exit highway. Kalau dari selatan arah ke kanan. Kalau dari utara arah ke kiri.

Memang penah beberapa kali try CKT di sekitar Lembah Kelang...tapi tak berapa la. Alhamdulillah berkesempatan merasai CKT yang sangat sedap. Baru ku tahu itu rasa sebenar CKT. 

'Hawa suka...Hawa suka'


sedap tak hingat beb!

Sempat singgah makan CKT tu masa perjalanan balik (hari Ahad 20.02.2011 jam 7.15pm) dari 'menjalankan tugas' di Karnival Jom Masuk U 2011' bagi Zon Utara di Kangar Perlis.

Layan sikit gambar di 'Karnival Jom Masuk U'
Dewan 2020, Kangar Perlis

Comel tak? Comel kan yang baju dia ada warna oren tu.

p/s: Seronok jalan-jalan outstation...tapi tak mau selalu ye bos? Nasib baik ada suami/bapa mithali. I Love U lah.

Wednesday, February 2, 2011

"Baby & Me Shopping Style Contest"

Saya join contest ni drpd blog Nia
Jom klik sini.

Baby & Me

Korek punya korek gambar jumpa la gambar ni masa shopping awal tahun lepas 2010. Suka gambar ni sebab lengkap dgn 3 budak comel itu. Tapi tak puas hati tentang rambut si abang itu yang pada ketika itu susah sangat nak potong dah macam 'topi limau bali'...apa tu rambut limau bali?...ala..kan bila kita dah kopek limau bali tu..pastu jadikan topi...eh? ke aku sorang je main2 camtu masa kecik2 dulu. 

Ok-ok back to contest. Inilah gambar yg dipertaruhkan....


 Inilah kami dengan 'pakaian shopping kononnya terbaik' kami. Si ibu memang amat sempoi..bertudung, t-shirt lengan panjang dan berseluar jeans. Si anak-anak manja akan mengenakan pakaian kasual sahaja t-shirt or kemeja dan kadang-kadang pakai topi bagi menutup kepala si botak yang comel itu.

Nama Anda: 
Syurhawati binti A.Rahim

Nama Kanak-Kanak & Umur: 
Nurin Iffah Ahmad Borhan, 5thn (pic 2010 kan? masih layak)
Ahmad Yusuff Ahmad Borhan, 3thn
Ahmad Luqman Ahmad Borhan, 2thn

Hubungan dengan Kanak-Kanak:  
Saya emak kesayangan diorang...yes!

TIPS - Bagaimana anda dapat bershopping dan melayan kerenah anak dalam masa yang sama.



Tips-tipsnya terbukti didalam gambar diatas iaitu:-

1) Beli barang-barang dia nak atau yg kita nak belikan sebagai umpan...ekeke..(cth diatas adalah botol air), tapi ikut bajet semestinya serta jangan terlalu mengikut kehendaknya sekiranya permintaan itu yang bukan-bukan.

2) Troli dan stroller amat penting supaya dia dapat duduk diam, dan sekiranya penat ataupun ngantuk bolehlah tidur. Walaupun anak dara saya dah berumur 5 tahun namum saya peduli apa...kalau asyik merengek kepenatan....sila duduk dalam troli...hokey...hakhak...(Iffah baru tersedar dari tidur)

Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh 
Dengan hadiah-hadiah menarik daripada
Photobucket
Photobucket

Chicken Pox dari Taska


Last week cuti 'rehat' 5 hari jaga Luqman yang dijangkiti Chicken Pox. Mula nampak 'bibit-bibit cinta' chicken pox itu pada 20.1.2011 (khamis). Biasalah dapat dari taska. Sila terima dengan hati terbuka ye?

Nasib baik kakak Iffah dan abang Yusuff dah kena Ogos 2008. Alhamdulillah setelah 14 hari Luqman sakit, ia tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan pada kakak dan abang untuk kali 2. 

Orang kata boleh kena lebih dari sekali. Betul ke?

Ni layan sikit gambar Luqman. Tapi bintik-bintik tak seteruk kakak dan abang.

2011: Luqman kena bintik2nya jarang2
Ok ini pulak gambar lama abang Yusuff yang kena pada tahun 2008. Masa ni tengah sarat mengandungkan Luqman.

2008: abang yusuff  penuh mcm takde ruang

Doa Melihat Orang Sakit
(Sumber Doa here)

Ertinya: 
Ya Allah! Tuhan sekelian manusia, hilangkanlah bahaya, sembuhkanlah; Engkaulah Penyembuh tiada kesembuhan kecuali dari Engkau kesembuhan yang tidak diikuti penyakit.


p/s: Teringat masa diri sendiri kena ketika final exam semester 2.