Thursday, February 24, 2011

Mengenal Nabi Muhammad SAW Seawal Usia 2 Tahun

Alhamdulillah bila anak-anak duduk taska macam-macam aktiviti yang dilakukan. Di antara aktiviti tahunan di Taska dan Tadika Aspirasi (Seksyen 7, Shah Alam) adalah perbarisan sempena menyambut Maulidurrasul. Pada tahun ini dibuat pada 16 Februari 2011 (Rabu) iaitu sehari selepas cuti umum Maulidurrasul. 

Cuti tu cuti juga tapi kenalah beringat kita cuti kerana apa ye...(untuk peringatan diri sendiri juga) Sambil-sambil lepak dengan anak-anak tu kenalah cerita sikit-sikit (walau tak banyak) tentang Nabi Muhammad SAW. Paling tidak pun nama bapa dan nama ibu Nabi Muhammad. Bagitau juga kat anak-anak kita yang masih kecil tu, kalau kita sayang Nabi Muhammad kita kena banyak berselawat, barulah Nabi Muhammad sayang kita. Kena ikut sunnah Nabi Muhammad. Budi pekerti mulia macam Nabi Muhammad.

Berbalik pada perbarisan Maulidurrasul , seawal umur 2 tahun mereka telah diajar tentang apa itu Maulidurrasul. Walaupun mereka tidak memahaminya.
Ataupun dengan kata-kata mudahnya  “Hari ni abang jalan-jalan kat taman ramai-ramai…best”.

Baju hijau berdiri Abang Yusuff dan baju hijau duduk Adik Luqman
 Tak berapa nak ingat nama kawan-kawan diorang. Ini cuma sebahagian sahaja. Dari kiri berdiri Alia Batrisya, Abang, x, Qistina, x dan duduk dari kiri Luqman, Qayyum, x, x, x dan Umar Rayyan anak kepada  Ita member lama masa kerja kat tempat lama. 
"Ita macam tercongang-congang yo anak ko"...hehehe

Keletihan agaknya pusing satu taman permainan yang kecil itu

Gambar tahun lepas: Iffah tudung biru

Gambar tahun lepas: bestfriend Iffah iaitu Adila, Haris (Kuning) dan Afiq (pink)
Pada pagi cuti Maulidurrasul, kebiasaan Iffah bangun tidur terus buka kartun tapi pagi tu dia kata taknak tengok kartun, dia nak tengok perbarisan kat TV. Cikgu suruh..hehehe...

Ya Allah. Kurniakan ku ketaatan dalam mengamalkan agama dan meninggalkan larangan Mu seperti apa yang ditunjukkan oleh Muhammad SAW. Amin.

5 comments:

  1. chomel..semoga menjadi anak yg soleh dan solehah.amin...

    ReplyDelete
  2. bagusnya...
    nak kena ajar anak cpt2 gak la

    ReplyDelete
  3. tQ la cik hawa.awat lak tercongang anak aku tuh?opsss,sebelah dia tuh tak salah aku arham,best friend dia.aku suka anak aku duk nursery.banyak exposure.

    ReplyDelete
  4. Tla:..TQ n amin

    isabella:..marilah sama2 kita...(TQ jenguk sini)

    Ita:..mmg betul aku pun suka anak dok taska..

    ReplyDelete
  5. eh,..bagus jgk tadika mcm ni kan..kalau boleh nak htr Diha kat tadika konsep gini jgk nanti.

    ReplyDelete