Wednesday, February 13, 2008

jim...ha...kho

Sebulan lagi iffah cukup 3 tahun. Cerita pasal iffah mengaji. Sebenonya iffah tak start lagi mengaji dengan Mak tapi bila kita mengaji tu dia nak juga ambik Iqra’ and nak cuba2 ngaji. Adala iffah hafal sikit alif…baa..taa..kat nursery…ikut-ikut cikgu ajar. ABC pun dah pandai baca sampai abis..tapi hafal lagu la tak kenal lagi pun hurufnya. Yang dia kenal cuma huruf alif dan baa, huruf A, B dan O…

Satu hari 2 minggu lepas masa tgh layan dia ngaji. Dah abis baca ‘a’, ‘ba’, ‘ta’, ‘tha’…

Mak : “a...ba...ta...tha...”. Baca cara iqra’ kan kita terus bunyi jer.
Iffah : “a...ba...ta...tha...” . Iffah baca and follow jer..senang jer huruf awal2 bagi dia. Agaknya lah..
Mak :”ja…”
Iffah : “ja…”
Mak : “ha..”
Iffah : “salah! ja..”
Mak : “bunyinya ha… cuba tengok ni, kan tak der titik. Kalau ja ada titik kat tengah-tengah”
Iffah : blurr.

Aku ulang sekali lagi
Mak : “Kalau ja ada titik kat tengah, kalau ha tak der titik. Betul tak?”
Iffah : Angguk-angguk tanda paham.
Mak :”ja…”
Iffah : “ja…”
Mak : “ha..”
Iffah : “ha..”

Terleka kejap layan yusuff. Then iffah buka muka surat seterusnya yang menunjukkan huruf baru pulak iaitu huruf kho. Tiba-tiba dia tergelak sungguh2 (gelak besar).

Mak : “kenapa iffah?”
Iffah : “hahaha..titik dia kat atas

Aku pun macam pecah perut gelak. Tapi lepas tuh cover and xplain kat dia apa sebenornya huruf tu.

Kekadang tu dok sorang2 tersenyum gak. Teringat cerita Panglima Bujang Lapok. Masa cikgu ros tengah ajar kat sekolah buta huruf. Ajis kata “Kalo jim titik kat tengah2…yang ni pulak jim titik dia kat atas…haaa…jim pakai toncet cikgu”