Nota kepala:::: Yeah...Malaysia menang Piala Suzuki AFF. Menang lawan Indonesia dgn agregat kemenangan 4-2...MALAYSIA BOLEH!! dan esok 31.12.2010 diumumkan CUTI....
Wow! Hadiah rumah! Siapa bagi?
 |
| dah 4 hari duduk masih tak siap kemas |
Rumah ini dianugerahkan kepada En.Boan dan Mrs.Boan a.k.a Hawa. Ianya dinamakan "Hadiah Harta Sepencarian" sempena Ulang Tahun perkahwinan kami yang ke-7 pada 28.12.2010...hahahaha...konon-konon hadiah ulangtahun la. baru nampak macam gempak sikit. ....ala kebetulan sebenarnya pindah pada 27.12.2010 sehari sebelum tarikh istimewa itu..
******
Mrs.A: "Eh!..apa hadiah ulangtahun perkahwinan you?"
Mrs.B: "ala hubby ai belikan rumah je....kat Meru Klang."
[tanpa penjelasan jelas bahawa Mrs.B pakai loan sendiri iaitu loan government TETAPI tanpa En.Boan manalah mampu nak ada dua rumah]
Mrs.A: "Wah...best la you..rumah you kat Seksyen 7 Shah Alam tu sewakan ke? Berapa sewa?"
Mrs.B: "RM1050.00"
Mrs.A: "huh? RM1050? mahalnya...kecik je kan apartment you tu?"
Mrs:B: "iye..815kaki persegi je [padahal hati berbunga riang]...sebenarnya boleh up sampai RM1200...tapi kesian kat student yang nak sewa tu. Iye lah Seksyen 7 kan..macam tulah harganya kalau tak mesti ai beli landed property kat seksyen 7 tu...ai love section 7..hak hak hak"
Mrs.A: "OOoo..sekarang dah besar la rumah you? Banglo ke?"
Mrs.B: "Tak la...semi-D..."
***perbualan berkenaan adalah rekaan semata-mata. namun fakta-faktanya bukan rekaan...:P***
jom layan gambar!
 |
| kalau TV LCD lebih sesuai |
gambar rumah yang tiada perabot HARUSlah ditayang cepat...kerana setahun lagi baru nak tayang rumah ianya belum tentu juga ada perabot..[.hukhuk..nak beli langsir pun tengah POKAI ni...]
 |
| Kek Anniversary oleh Kak Niza (x-jiran) |
 |
| sila abaikan kotak barangan pindah itu |
 |
| kalau permandangan lebih luas maka terdedahlah suasana yang bersepah-sepah |
 |
| yeah!! brownies cheese yang daBoOMM!!!..sedap!! |
DOA KELUARGA BAHAGIA
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)
Amin...ya robbal'alamin...