Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

"Baby & Me Shopping Style Contest"

Saya join contest ni drpd blog Nia
Jom klik sini.

Baby & Me

Korek punya korek gambar jumpa la gambar ni masa shopping awal tahun lepas 2010. Suka gambar ni sebab lengkap dgn 3 budak comel itu. Tapi tak puas hati tentang rambut si abang itu yang pada ketika itu susah sangat nak potong dah macam 'topi limau bali'...apa tu rambut limau bali?...ala..kan bila kita dah kopek limau bali tu..pastu jadikan topi...eh? ke aku sorang je main2 camtu masa kecik2 dulu. 

Ok-ok back to contest. Inilah gambar yg dipertaruhkan....


 Inilah kami dengan 'pakaian shopping kononnya terbaik' kami. Si ibu memang amat sempoi..bertudung, t-shirt lengan panjang dan berseluar jeans. Si anak-anak manja akan mengenakan pakaian kasual sahaja t-shirt or kemeja dan kadang-kadang pakai topi bagi menutup kepala si botak yang comel itu.

Nama Anda: 
Syurhawati binti A.Rahim

Nama Kanak-Kanak & Umur: 
Nurin Iffah Ahmad Borhan, 5thn (pic 2010 kan? masih layak)
Ahmad Yusuff Ahmad Borhan, 3thn
Ahmad Luqman Ahmad Borhan, 2thn

Hubungan dengan Kanak-Kanak:  
Saya emak kesayangan diorang...yes!

TIPS - Bagaimana anda dapat bershopping dan melayan kerenah anak dalam masa yang sama.



Tips-tipsnya terbukti didalam gambar diatas iaitu:-

1) Beli barang-barang dia nak atau yg kita nak belikan sebagai umpan...ekeke..(cth diatas adalah botol air), tapi ikut bajet semestinya serta jangan terlalu mengikut kehendaknya sekiranya permintaan itu yang bukan-bukan.

2) Troli dan stroller amat penting supaya dia dapat duduk diam, dan sekiranya penat ataupun ngantuk bolehlah tidur. Walaupun anak dara saya dah berumur 5 tahun namum saya peduli apa...kalau asyik merengek kepenatan....sila duduk dalam troli...hokey...hakhak...(Iffah baru tersedar dari tidur)

Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh 
Dengan hadiah-hadiah menarik daripada
Photobucket
Photobucket

Friday, December 31, 2010

Suka Jengah 'Baby & Me'

*sticky post* sila scroll ke bawah untuk menikmati cerita menarik and the boOM! dari Mrs.Boan

Mrs.Boan a.k.a Hawa ni bukan la blogger tegar. Kadang-kadang je dia jengah blog dia. Entry pun kadang-kadang je muncul. Tapi kalau  Mrs.boan jenguk blog sendiri ...dia mesti pergi jengah Nia @ 'Baby & Me'. Satu blog yang best. Simple & Sweet. 

"Nota buat Nia...kalau ada saya tinggal komen tu maknanya saya juga baru jengah blog saya" ..ekeke

Nak menang hadiah? Klik badge ini ye?






Baby & Me


Mrs.Boan tak mengharapkan hadiah. (kalau dapat siapa tak nak kan?...ngee).....tapi sebagai penghargaan kepada Nia yang sudi menjengah Mrs.Boan maka lahirlah entry ini.

Dan ini juga kali langkah pertama nak mengumpul badge kawan2 yang cute2 tu...
Setelah 3 tahun berblog....

Badge sendiri bila nak ada? Tak reti buat la?



Monday, October 18, 2010

Beli Susu Dutch Lady dapat voucher RM50

voucher RM50 daripada Dutch Lady
Beli Susu Dutch Lady dapat voucher RM50. Takkan beli sahaja boleh dapat RM50? Kenalah buat sesuatu kan? Mana boleh senang-senang dapat free...hehe

Dua tiga bulan lepas masuk contest Dutch Lady Moms Club 2010. Menang pulak hadiah saguhati. Baru menang saguhati dah canang dalam blog. Bukannya juta-juta....

Tapi kalau menang juta-juta ....i senyap aje ye...bahaya...hahaha...

 Nota: 1 bulan = 8 pack Dutch Lady = 8 kg = 3 org Si Manja

Kakak Iffah umur dah 5 tahun. 
Macamana nak ajar anak minum susu dalam cawan? Umur berapa yang sesuai?

Tuesday, August 17, 2010

GA raya


Klik SINI utk join GA ni. Tarikh tutup pada 23 Ogos 2010.

.

Tuesday, August 3, 2010

Anna's Birthday GA: Dapat Barang Avon

Yea..yea...dapat!...Eh belum lagi la...berangan je..
Apa agaknya hadiah dari Butik Avon yang disediakan oleh Anna yerk?
Best jugak kalo dapat...Anna, kalau br* kena pm saizla...hahaha..ala apappun takde hal la Anna saya terima je gift yang nak bagi kat saya tu..ye Anna?

Jom join!! kat SINI yer...before 10.08.10
kita sokong Anna yang baru first time buat GA...Good Luck Anna



Syarat2 join GA;

1. Terbuka kepada semua rakyat MALAYSIA tak kira lelaki atau perempuan, follower my blog atau tidak. Yang belum follow tu, jgn risau takde syarat untuk wajib follow k. Kalau nak follow, many thanks to u :) - DONE.
 

2. Wajib tempek sticky post yg comel ni kat entri U all beserta back link. *sila cakap comel jugak even tak comel* hahaha! -DONE. Ianya pink..memang comel.

3. Silalah letak sticker ni jugak kat side bar ek. Bukan ape, senang Anna nak mengesan nnt. Radar tak cukup power. - DONE...fuhh nasib baik sticker dia comel...takdela malu aku nak tempek kat situ..

4. Tag seorang kawan anda. Kalau nak tag lebih pun boleh. Should be no problem. Ye lah, takkan join sorang2 je kan? Nak la ajak kawan join jugak. Co0l~ - DONE. Kawan2 yang sudi singgah sini jom join ok...ermm..nak tag Harita@MummyUmar@mrs.hisham ..itupun kalo dia sudi la...

5. Dah siap buat entri, bgtau Anna kat komen entri ni k. Inform kat shoutbox tak diterima sebab takut terlepas pandang. U all jugak yg rugi kan? -DONE.


Bismillah...(kasi pantun 2 kerat sikit)

Puh kanan! Puh kiri...
Moga2 saya lucky..


*
*
*
*
Dah...

Monday, August 2, 2010

Cerita Testimoni Biskut Raya Yang Sedap


Ini adalah sambungan kisah Saya Jual Biskut Raya Yang Sedap 
Saja-saja nak letak pasal testimoni...biar nampak hebat kan?...hehehe
wah hebatnya!!!
Selain kisah biskut raya puasa, haji dan deepavali pun boleh.....
ini juga kisah 'masuk bakul angkat sendiri'


Ini diambil daripada FB saya..ha close up sikit!! haaa...nampak tu siap ada testimoni gitu...
Akhir kata...
Terima kasih kepada semua yang sudi beli biskut raya saya buat.


.