Tuesday, December 30, 2008

Rutin

Gambar ini diambil 1 Disember 2008 (Isnin)...maknanya dah sebulan dah.Hari pertama hantar tiga-tiga anak ke nursery. Yurannya RM650 (Iffah RM180, Yusuff RM230 and Luqman RM240)...tidak termasuk OT.



Inilah barang hari2 yang perlu dikemas untuk ke nursery (iffah panggil rumah cikgu). Tiga pasang baju setiap sorang. Tuala hari Isnin je. Dipers iffah 2, Yusuff 4@5 and baby Luqman 5. Iffah pakai dipers masa tido so guna 1 ajerla. Yusuff and Luqman x tentu..Itu x termasuk lagi stokin baby (ringan ajer), ebm untuk Luqman dalam 10-15oz..pun ringan ajer...napkin wat lap-lap gumur (ala muntah yang sikit2 tu...ni hubby punya bahasa org Pt. Jawa Muar)...pun x berapa berat....sekali sekala plus susu Iffah or Yusuff kalo kehabisan stok...tapi siap2 pack jadi macam ni....




itu pun pakai bag kain ajer utk kurangkan berat. Bag hitam tu pulak apa yer?...Ya..dalamnya bukan laptop tapi breastpump spectra 3, cooler bag with ice pack, 4 botol susu, hphone,lipsbalm,pen, gula2, beg duit (no more handbag with mineral bottle and payung)......and bla..bla..bla..doakanlah Emak akan mengendung beg ini selama 2 tahun...

opss...lagi satu bekas air brand tupperware berkapasiti 1500ml..Dah lama berhajat nak beli bekas tupperware tu...tapi tak beli sbb kat opis lama ada water filter canggih lagi mahal lagi heavy duty yang menghampiri RM5000. Air bertapis 1500ml WAJIB dihabiskan di opis.

Duduk rumah tingkat 4...nasib baik ada lift. Tapi mampukah barang2 itu dibawa seorang...jawapannya pasti tidak.....tak dapat dibayangkan kalo sorang2 nak bawak turun dgn 3 org anak, dimana yg sorang itu akan terus berlari ke lift walaupun terpisat-pisat baru bgn tido (Yusuff la itu budak)

Tindakan yang boleh diambil sekiranya Mr.Boan xder rumah adalah:-

1) Bawa turun 2 beg kain dan 1500ml air, pada malam hari (apabila semua anak dah tido)
2) nantila pikir lain....(tolong pikirkan bole?)
3).....

Tak dapat juga ku bayangkan bila hari hujan ketika nak memindahkan brg2 dan anak3 ke dlm atau keluar dari kereta. Lagi menyusahkan apabila ada orang yang tak tau bahasa memarkingkan kereta di foyer blok 2 (itula no blok kami)...ada rasa mau meletup dada sambil memecahkan cermin kereta itu....tapi x buat pun..

buat setakat ni tahun 1429H/2008M Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...semoga yang baik-baik lagi utk tahun mendatang...Amin... Salam Maal Hijrah and Selamat Tahun Baru to all of you.

Friday, December 12, 2008

Versus

Ok akhirnya dapat juga upload table ni. Guna Mozilla Firefox baru keluar icon-icon layout posting nih. Boleh diistilahkan 'table jeruk' la.

Nurin Iffah, Ahmad Yusuff dan Ahmad Luqman adalah Puteri dan Putera-Putera ku yang disayangi. Tiga orang budak yang comel yang mampu membuat emaknya 'terkedu' dengan perangai masing-masing.Itu baru tiga. (Baru tiga?)hehe...



Wah! menarik juga yer sudah ada tiga column. Bak kata Suharni Saidin, my fren nun di utara sana..."Kita ni dah pangkat Sarjan"... Nak tambah column lagi ker? Along...ye Along dah empat column. Mar baru dua column. (Baru dua..hehe)..and kawan2 kat opis ni mejoriti 3 dan ada yang dah nak 4. Lebih kurang sebaya ajer 30-an.

Ok nasib baik Luqman lahir selepas 1 Mei (birthday abahnya dan selalunya dia mewar2kan bahawa dia memberi cuti satu dunia). Nak tau kenapa? Sebenarnya Emaknya lahir Januari (tahun yg sama la...). Iffah dan Yusuff lahir Mac. Ini bermakna umur Emaknya lebih tua setahun daripada Abahnya(tertera dalam surat beranak tau! tak boleh ubah..KEKAL ok?). Ok yang Luqman ni, sama. Dua-dua 30tahun.

Beratnya 2.76kg, 2.83kg then 3.7kg. Yea..sememangnya berlainan sikit cara dan rasa mengeluarkan yang 3.7kg itu. Plan nak deliver Luqman kat SMC. Tapi last minute masa dah sakit contraction pagi tu... hati berat nak juga ke Putrajaya. Dah biasa bersalin kat Hospital kerajaan berdebar2 nak pegi private. Secara jujur, takde masalah pun dgn hospital kerajaan. Labour room sememangnya besar. Iye la cari la hospital yang baru2. Jangan la p hospital K***g ke. Berdebar2 juga nak tengok bil. Kalo private la. Sbb CIDB cover RM1500 ajer. Takut lebih. Yea la mana la tau kut-kut ada masalah ker. Sekarang dah tak kerja CIDB lagi xder cover apa-apa. Abahnya kerja sendiri. Cover sendiri la (sendiri mau ingat)--- ok nantikan projek terbaru Abahnya. Gembala kambing. Nanti kita promote lain. K?

Bill? Yes...ini yang paling menarik RM16, RM8 then RM6. Tergelak tengok bil. Sbb pernah satu ketika masa baru lepas bersalin Yusuff. Berseloroh la dengan member2 opis lama. "Iffah RM16, Yusuff RM8...ntah2 yg ke-3 nanti lagi murah..."...taraa...ini buktinya memang makin murah. Kelako lak....orang lain bersalin ribu riban...makcik bersalin hinggit-hinggit ajer...Yang Yusuff tu 1st class 2 bedded and Luqman lak 1st class 4 bedded. Tu yang ada beza tu walau kat hospital yang sama. Wad penuh...so tak dapat yang 1 katil. Tapi yang satu katil tu takut lak kalo dok sorang2 kat wad. hehe

Semua pagi? Alhamdulillah. Kalau pagi2 ni semua masih bersemangat. Fresh!!!... Nurse-nurse pun masih ceria. So nak bersalin pun senang hati. (Senang hati? Tipu!!!) Bersalin anak ke-2 and ke-3 rasa takut. Yang pertama sbb tak tau rasa dia macamana... Ye Elly ... tungguuuuu

Rambut baby tak cukur lagi. Nampaknya takyah cukur terus la. Sbb dah besar nanti tak cantik lak tak de rambut. Lagi pun macam x berapa nak ada ajer. (Itu la ko la Along, tak nak cukur)...hehe Abahnya tak berani...Emaknya takut ajer.

Ok. Penatla...lama tak tulis panjang-panjang. Kesimpulannya maka dengan ini saya ingin meng 'tag' kan anda buat table seperti diatas (kalau dah penah buat, takpela xyah buat):-

1) Mar
2) Elly (tunggu la Ogos 2009 baru buat)
3) Along
4) ain (hehe ko cukupkan dulu column yer...tapi colum pakwe leh gak,jgn mare)..

Lalu tag kan le pulak kat kawan-kawan anda yer...aku ni suka gak 'lepak2' kat link korang. Tumpang baca.

Wednesday, December 10, 2008

Ei geram! Comey...




Sungguh teruja melihat kasut itu. Ianya dibeli utk Luqman tadi pagi di Jusco Bkt Tinggi. Mengulor la tu. Hehe. JCard Member. RM19.90 b4 less 30. Teringat cerita 'aku sepasang kasut'. Masa buat karangan sekolah rendah.
Dah dpt solution pasal icon2 yg x kuar utk dload gmbar. Guna Mozilla firefox. Coz my ie dah hampeh..