Showing posts with label Apa-apa aje. Show all posts
Showing posts with label Apa-apa aje. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Penangan Durian Yang Anda Tak Pernah Tahu

 
Nak tahu kenapa anda tak penah tahu?
Memang anda tak pernah tahu...sebab yang kena itu adalah 


K-A-M-I!!!!!!

sumber gambar dari SINI


Pada 16 Julai 2011 yang lalu, kami sekeluarga balik kampung En.Suami di Parit Jawa, Muo. Nak jadi cerita, park kereta depan rumah. Biasalah keluarga besar (13 orang adik beradik). So banyak la kereta depan rumah. Dalam mencari ruang yang sesuai-redup-lagi-selamat, maka En.Suami telah terlupa bahawa sekarang ni sedang musim durian-yang-sedang-menanti-dirinya-gugur-ke-bumi.....
 .
.
.
.
.
.

tadaaaa!!!!!!!!!!

Ni la dia penangan durian!!!!
 Terus mencari Dr.Cermin. Tapi Dr.Cermin tak boleh repair...so ganti dia boleh buat.

Bukan senang nak posing cenggini!!!
 
dan juga begini!!!!
Bila tiba musim durian ni. Pagi sarap durian dulu baru sarap benda-benda lain. Lunch pun durian dulu...ekeke...dinner pun durian dulu...hahaha...Siapa tak makan durian...dilang satu nikmat dunia...Boleh gitu?

P/S: Itu budak baju biru adalah budak-hantu-durian. Trademark dia sambil buat ibu-jari-lentik lalu berkata-kata  

 "bestnyeee atan uyan!!!!"

Amacam? Boleh makan sarap durian?

Wednesday, June 9, 2010

Kuey Teow Ladna Selebar 1 inci



Lebarnya! Dekat 1 inci. Tadi lunch kat Noodle Station kat SACC dgn Su member satu office di ADTEC Shah Alam ni. Tapi dapat habiskan suku je sebab tak berapa sedap.

Selalunya kalau si Hawa sental je walau tak sedap. Tapi mungkin agak muak sbb ada campur taucu. Masak taucu sedap tapi kalau ladna campur taucu kan ntah apa2. Harganya RM8.90 pulak tu.


Tuesday, March 31, 2009

Sakit mata




Macam artis nk pegi mahkamah je. Hehe. Sakit mata berjangkit dr anak2. Baby dan yusuff dah baik. Iffah kena saing Emaknya. Mrboan tak kena lg.

Biasala virus dr nursery. Buat masa ni virus2 yg pernah anak2 terjebak ialah kutu, chicken pox n sakit mata. Selain drpd selsema dan batuk. Tapi nak buat mcmana biasala tu.


Tuesday, February 10, 2009

Ngam ngam LULUS

Ngam ngam LULUS. Siapa yang amik exam?


Bukan Hawa, bukan Mr.Boan. Tetapi dia adalah Opah. Iaitu emakku yang bernama Khairani binti Hj Mohd Sidik. Wah bukan calang-calang tau! Opah yang kini berumur 54 tahun telah LULUS ujian undang2 memandu dengan 42 markah. Hanya SEKALI sit exam...bukan 2 @ 3 kali. Fuiyoo...terer la Opah.


Eh..eh...tak mainlah ujian bertulis yang utk pakej warga emas. Ni yg org muda2 gak amik. Opah betul2 menunjukkan kesungguhan apabila study selama seminggu dan belajar MEMEGANG MOUSE kerana menduduki ujian berkomputer pada 7 Februari 2009. Berulang-ulang kali dia membuat latihan. Bukan TER lulus tapi betul2 hafal punya.....TAHNIAH AND ALHAMDULILLAH...


So..nanti kita tengok ujian memandu lak macamana...hehehe..

Friday, December 12, 2008

Versus

Ok akhirnya dapat juga upload table ni. Guna Mozilla Firefox baru keluar icon-icon layout posting nih. Boleh diistilahkan 'table jeruk' la.

Nurin Iffah, Ahmad Yusuff dan Ahmad Luqman adalah Puteri dan Putera-Putera ku yang disayangi. Tiga orang budak yang comel yang mampu membuat emaknya 'terkedu' dengan perangai masing-masing.Itu baru tiga. (Baru tiga?)hehe...



Wah! menarik juga yer sudah ada tiga column. Bak kata Suharni Saidin, my fren nun di utara sana..."Kita ni dah pangkat Sarjan"... Nak tambah column lagi ker? Along...ye Along dah empat column. Mar baru dua column. (Baru dua..hehe)..and kawan2 kat opis ni mejoriti 3 dan ada yang dah nak 4. Lebih kurang sebaya ajer 30-an.

Ok nasib baik Luqman lahir selepas 1 Mei (birthday abahnya dan selalunya dia mewar2kan bahawa dia memberi cuti satu dunia). Nak tau kenapa? Sebenarnya Emaknya lahir Januari (tahun yg sama la...). Iffah dan Yusuff lahir Mac. Ini bermakna umur Emaknya lebih tua setahun daripada Abahnya(tertera dalam surat beranak tau! tak boleh ubah..KEKAL ok?). Ok yang Luqman ni, sama. Dua-dua 30tahun.

Beratnya 2.76kg, 2.83kg then 3.7kg. Yea..sememangnya berlainan sikit cara dan rasa mengeluarkan yang 3.7kg itu. Plan nak deliver Luqman kat SMC. Tapi last minute masa dah sakit contraction pagi tu... hati berat nak juga ke Putrajaya. Dah biasa bersalin kat Hospital kerajaan berdebar2 nak pegi private. Secara jujur, takde masalah pun dgn hospital kerajaan. Labour room sememangnya besar. Iye la cari la hospital yang baru2. Jangan la p hospital K***g ke. Berdebar2 juga nak tengok bil. Kalo private la. Sbb CIDB cover RM1500 ajer. Takut lebih. Yea la mana la tau kut-kut ada masalah ker. Sekarang dah tak kerja CIDB lagi xder cover apa-apa. Abahnya kerja sendiri. Cover sendiri la (sendiri mau ingat)--- ok nantikan projek terbaru Abahnya. Gembala kambing. Nanti kita promote lain. K?

Bill? Yes...ini yang paling menarik RM16, RM8 then RM6. Tergelak tengok bil. Sbb pernah satu ketika masa baru lepas bersalin Yusuff. Berseloroh la dengan member2 opis lama. "Iffah RM16, Yusuff RM8...ntah2 yg ke-3 nanti lagi murah..."...taraa...ini buktinya memang makin murah. Kelako lak....orang lain bersalin ribu riban...makcik bersalin hinggit-hinggit ajer...Yang Yusuff tu 1st class 2 bedded and Luqman lak 1st class 4 bedded. Tu yang ada beza tu walau kat hospital yang sama. Wad penuh...so tak dapat yang 1 katil. Tapi yang satu katil tu takut lak kalo dok sorang2 kat wad. hehe

Semua pagi? Alhamdulillah. Kalau pagi2 ni semua masih bersemangat. Fresh!!!... Nurse-nurse pun masih ceria. So nak bersalin pun senang hati. (Senang hati? Tipu!!!) Bersalin anak ke-2 and ke-3 rasa takut. Yang pertama sbb tak tau rasa dia macamana... Ye Elly ... tungguuuuu

Rambut baby tak cukur lagi. Nampaknya takyah cukur terus la. Sbb dah besar nanti tak cantik lak tak de rambut. Lagi pun macam x berapa nak ada ajer. (Itu la ko la Along, tak nak cukur)...hehe Abahnya tak berani...Emaknya takut ajer.

Ok. Penatla...lama tak tulis panjang-panjang. Kesimpulannya maka dengan ini saya ingin meng 'tag' kan anda buat table seperti diatas (kalau dah penah buat, takpela xyah buat):-

1) Mar
2) Elly (tunggu la Ogos 2009 baru buat)
3) Along
4) ain (hehe ko cukupkan dulu column yer...tapi colum pakwe leh gak,jgn mare)..

Lalu tag kan le pulak kat kawan-kawan anda yer...aku ni suka gak 'lepak2' kat link korang. Tumpang baca.

Wednesday, November 12, 2008

baby baru & kerja baru

isk...mana pergi icon-icon ni...nak upload gambar tapi xder icon upload image...ni yang malas nih...internet kat opis baru ni servis agak kurang.Komputer ni pun 'kurang' gak. RAM256 hehe..Internet explorer ni pun nak upgrade/install firefox tapi diorang block la pulak. Frienster and myspace dah sah-sah la. Yang boleh facebook ajer. Momsliltleones, litlewhiz and mcm2 lagi dia block, they categorised as 'shopping' website. Tapi memang web2 mcm ni agak melekakan namun byk knowlegde gak. Nasib baik susuibu.com diorang x block.

Erm...x per la...happy dapat kerja baru x habis lagi.Lama sgt menunggu. Alhamdulillah. Rezeki lambat sikit. Dah umur 30 baru dapat J41. Org lain yang sebaya dah 44, 48. Sebenarnya lapor diri dah lama dah 16 Oktober 2008 (27 days dalam pantang). Start kerja kat CIAST 20 Okt. Best tempat kerja dekat rumah...8km ajer...x sempat dengar radio, x sempat mengantuk, kdg2 x sempat buka aircond pun. Kieran pun dah tukar ke Hot.fm. Habisla tutup ajer radio era.

kesimpulan: topic 'berkadar songsang' dengan content kerana hajat meng'upload' gambar tidak kesampaian.

Monday, August 11, 2008

33 weeks 5 days?

mmm..lamanya tak update..bukan x update jer...buka pun tidak. Sibuk juga la. Bulan Jun haritu baru tukar unit. So, byk benda nak kena buat. (dulu mcm x berapa byk..hehe)

33 weeks 5 days....dah tak lama dah. Iffah awal 7 hari. Yusuff pulak awal 9 hari. Kiranya seminggu nak raya nanti Insyaallah. Anak ketiga. Eh...byk gak ek nak kena pikir. RM especiallly. Tapi seperti aku slalu memang excited. Nampaknya x kira anak ke berapa tetap teruja. Nak berapa ramai lagi ek? mmm kena tukar MPV la pulak. TAPI penatnya lain sikit la. Coz intan payung yang dua tu membuatkan Mak kadang2 nak 'meletup'. Nasib baik Abah amat memahami.

Akhirnya...pagi ni 11 Ogos bersamaan 9 Syaaban dapat dah letak kat bonet keta bag utk ke hospital. Lambat sikit kemas bag this time. Asyik tangguh je. Baju baby 4 psg, 10 diapers, booty, mitten, 4 baby's nappy,2 blanket,baby oil, T-shirt Mak, seluar Mak, kain batik, tuala Mak, maternity pad. Emm...tuala baby lupa beli. So tak masukkan lagi dlm bag. Dah bgtau Abah minta ingatkan.

Start July.... pool keta dgn Ita, Internal Audit Unit. Dia duduk U11. Jimat separuh bajet. Kami gilir2 bawa. Seminggu aku then seminggu dia. Kira lebih kurang ajer. Dua2 mak buyong. Elok la tu. Kalau tidak....full tank RM150. Boleh tahan 8 hari ajer. So satu hari RM18.75. Cincai kerja 22days. Total petrol RM412.50.Plus tol RM92.40 (RM4.2 x 22). Total all RM504.90. So cincai pool keta bahagi 2 la. RM252.45. Ok gak kan? Alhamdulillah.

Iffah....kena chicken pox. Dah dekat 2 minggu. Last week cuti Khamis n Jumaat. Gilir2 dgn Abah dia. Esok start hantar nursery. Kesian iffah dok menghitung hari ajer nak p jalan2. Last saturday, bawa gak dia p Tesco. Suka. Rumah mak long blum pegi lagi. Dah rindu sgt la tu kat Kakak Nina, Abg Ayin and Zafri. Yusuff jgn kena dulu yer. Tunggu la tahun2 depan ker. AMIN... Sbb dah nak deliver nih. Doc kata bahaya utk ibu mengandung.

Monday, March 3, 2008

Dah dua bulan dah....



Dah dua bulan dah...Kereta kancil warna kuning WGX 3557 bersama aku. Setelah pemiliknya pergi meninggalkan kami 7 bulan yg lalu. Allah lebih menyayanginya. Memang hajat sejak blajo lagi nak belikan abah kereta. So, gaji pertama aku (Jun 2002) amat bermakna krn mula bayo ansuran kereta utk Abah. And Julai 2003 Angah join bayo. Angah RM150 and aku RM280. Kereta Kancil jer. Asal suami Along punya. Sambung bayo. Abah mmg dah lama ada lesen. Dia amik saing2 Along around 1993. Mak kata 'nak buat apa amik lesen bukannya ada kereta'. Dia kata 'manalah tau'. Dah pencen baru dpt pakai kereta. Kami dtg dr kluarga yg x berkereta. Kalo balik kg pun dr Muor ke Taiping naik bas. Kecik2 dulu mmg x bkesempatan nak jalan2. Aku pun masa amik lesen dulu, mana abah ada keta. So aku telah mengasah bakat memandu ketika di Skudai dgn melenjan kereta sewa yg aku n member2 slalu sewa utk pegi merewang.

Sebenonya pemilik kreta tu skrg adalah Mamat, adik yg bongsu. Now kat UiTM Penang. So aku karo (pinjam) ajerla smentara x der sape2 yg nak bwa. Daripada tersadai kat depan umah Along, sejak Angah bawanya ke Shah Alam sblm dia bertolak/pindah ke Kuching. Sebenonya ada sbb knp aku karo kereta Mamat tuh...sbb setiap kali aku nak p lepak umah Along. Aku akan ternampak kreta tu dulu kat depan umah dia. Maka sedihla jiwa dan raga aku nih... rasa mcm Abah ada, baru sampai umah Along dgn mak dari Perak....sbb kedua hehe jimat sikit duit minyak aku p kerja. Kalo kancil RM10. Kalo keta aku RM16. Sehari tau...huh sakit.

Taip2 hari aku pergi kerja kat KL dgn malalui Federal Hway (tol RM1.10) dr SA jam 6.40am and smpi opis kul 7.30am. Balik pulak aku lalu Pusat Bndr Dmnsara (RM1) menghala NKVE dan exit Subang (RM1) then masuk balik Federal (RM1.10) or exit Jelutong dr Damansara (RM1.60). Dan akan sampai nursery kul 6.00pm. (so, sapa2 terserempak say hi to me...WGX 5337 ihikhik..) So, kos tol satu hari min RM3.7 max RM4.2. Total kos satu hari lbh krg RM14.20 siap petrol. Ini kalo kancil. Kalo perdana RM20.20 satu hari!....Sebulan (kira max 22days la) kancil RM312.40 and perdana RM444.40.

Sblm ni naik komuter sbenonya dari Pdg Jawa ke Bnk Negara (RM3.20) . Lintas jambatan hampeh yg harap cantek dari luar tapi x user friendly. Terpaksa memanjat dgn kecerenun yg melampau. Punya xxxxx arkitek yg design jambatan tuh...jalan kaki plak ke Sogo amik bas ke Jln Pahang (RM0.90). Agak Jimat iaitu lbh kurang RM182 sbln. Tapi terpaksa berkejar tren 6.39am (the ideal time) dan akan sampai nursery jam 6.45pm. Siannya anak2 Mak.....

Masalah2 lain ketika mamndu pulak adalah penyakit mngantuk tahap cipan. eiii tak tau la nak kata. rasa byk kali dah aku mcm nak tercium keta org. Tapi alhamdulillah now agak OK skit. Aku blajo menghayati radio. Aku mmg buta muzik. Buta radio. Aku slalu x tau lagu apa, lirik pasal apa, siapa nyanyi wlpun bbrapa kali dgr lagu tuh!...tapi itula aku...slow sikit bab lagu2 nih. tapi bab mnegkritik. hah bagilah kat aku. Aku perlukan ketekunan mndgr baru aku tau butir lagu. Itu lagu melayu. ini plak lagu omputeh...jauh. Yg aku tau Era 103.3 dan rasa nak tukar halwa telinga western tukar ke Fly.fm 95.8...itu ajer and hanya dgr radio waktu bw keta jer. Kalo hsbnd yg bw keta langsung ntah ke mana. Yea la masa tu dah tentu buah2 ati Mak ada bersama. Layan anak2 ajer ler. Selalunya aku akan suh hsbnd tutup jer radio. Borak2 lagi best. Macam2 crita. Eh! bukan ke aku slalunya tido.

Nampaknya aku akan kekalkan naik kereta buat masa ni...w/pun dgn Perdana aku sekiranya ketiadaan kancil sbb now dah prgnant 11 weeks. Mmg x larat naik tren. Masa yg 2nd baby pun aku drive. Hinggalah saat2 akhir. Nasib baik pg sblm p keja tuh pecah air ketuban. Kalo x mmg nak bersiap2 p kerja. Semoga Allah pemudahkan juga kelahiran anak yg ketiga ini. Amin.

Thursday, January 24, 2008

Lagu 'Bapaku Pulang Dari Kota'

utk first post aku ni, aku just copy paste from blog friendster aku. nak test.


Pernah dengar tak lagu ‘bapaku pulang dari kota’? Tak tau lah apa tajuknya tapi aku panggil lagu ‘bapaku pulang dari kota’. Liriknya macam ni…

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon !!!
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku pegi ke rumah nenek


Ni aku nak cerita sikit pasal lagu ni. Bagi aku cerita ni special la, tak kira lah kalau korang rasa macam poyo jer. Belasah jer. korang bacalah kalau sudi. Hehe….Masa aku umur 5 tahun. Masa tu aku duduk kat Serom 3 Muar.

Pada suatu hari, arwah Abah balik naik motor dia, Honda cup JAC 2202. [ramai org berbangsa Cina tegur no. moto dia, ‘katanya ala ong’…whatever]. Tak silap aku, tu lah motor dia yang pertama. Sebelum ni dia naik basikal pergi kerja. Haritu Abah balik dari pekan. Dia bawa satu kereta kecil warna merah. Ok biar aku describe sikit. Kereta tu warna merah. Memanglah hehe. Ada satu jer seat. Tak boleh tumpang2. Siap ada lampu kiri kanan depan dan belakang. Tapi lampu tu tak fungsi. Dummy jer. Ada hon kat tengah2 steering. Pastu dia ada pengayuh. Argghh!!! Sukanya aku. Ops.. lagi satu ia takde bumbung. Haa sambil naik kereta tu Mak aku pun ajarlah lagu ‘bapaku pulang dari kota’. Aku pun mulalah menghafalnya. Biasala budak2 cepat sangat menghafal lagu.

Masa tu aku dah masuk tadika walaupun baru 5 tahun. Sebab aku sibuk nak ikut kawan/jiran aku yg dah umur 6 tahun. Ialah zaman tu budak2 masuk tadika 6 tahun, tak macam sekarang 3-4 tahun pun dah boleh masuk tadika. Masa kat tadika tu kan ada blaja nyanyi. So salah satu lagunya adalah lagu ‘bapaku pulang dari kota’. Bangganya aku sebab aku dah hafal 100% liriknya. Tapi aku pelik lah kenapa cikgu tu pun tau lagu tu. Bukan ke lagu tu mak aku buat untuk aku? Notice tak? Lirik lagu tu macam kena jer dengan kereta merah aku tu.

So, tengahari tu aku balik rumah, aku terus tanya dengan Mak aku. Macam ni la lebih kurang ayat aku “Mak, cikgu pun tau lah lagu yang mak buat untuk orang?”. [aku membahasakan diri aku sebagai orang dengan my parents and to my husband as well]. Masa tu Mak aku senyum jer. Mak aku kata “Laa…lagu tu memang lagu budak tadika bukannya Mak buat utk Adik”. Terpinga-pinga. Baru aku paham. Lagu tu bukan untuk aku.

Ok. Tamat.