Friday, July 30, 2010

Saya Jual Biskut Raya Yang Sedap

The poyoest topic ever! But this is reality what?..again..haha..
the cutest box on earth..ihik..
mr.boan a.k.a mr.suami's idea..recycle TM punya box hamper
mmm...ada satu entry pasal recycle..nanti la masih tidak berkesempatan untuk menitip tinta..waduh!
The cutest box on earth itu adalah sample biskut untuk dilihat. Namun saya juga menyediakan sample untuk di rasa...ulang suara rasa...kalau tak beli pun no hal sebab tu saya jual sebelum puasa.

the superb list of my heart...
Disebabkan saya menjual biskut raya yang sedap buatan kakak ipar saya. Alhamdulillah inilah hasilnya....the superb list of my heart

Tart Nenas 42pcs/container @ RM18
(the yummiest)

Almond London 45pcs/container @ RM18
(sebiji almond didalamnya)


Biskut Aiskrim 48pcs/container @ RM18
(kids really love it..believe it!)


Biskut Crispy Ball 57pcs/container @ RM18
(not only kids love it..mereka dan keluarga mereka jugak)


Biskut Mazola 54pcs/container @ RM18
(rasa kacang sebenar)


Biskut Sarang Semut 37pcs/container @ RM18
(tak kurang HEBAT!!!)

so kalau ada yang berminat...sila order sebelum 18 Ogos 2010. Free delivery for <20km from Section 7, Shah Alam (free delivery for minimum order of 6 containers) baru berbaloi...hehe..kalau nak beli lebih lagi bagus beb!!...


Friday, July 23, 2010

Thanks to Elissmie kerana saya sudah berjaya!!!!

Ini adalah kesinambungan persoalan saya dalam entry

Kenapa ko ado? Aku tak ado?
Why don't I see all the text formatting buttons?

iaitu saya mencari dimana simbol utk saya bagi kaler2 tulisan saya.....rupa-rupanya senang ajer macam elissmie kata:-

"ko kena gi kat setting->Basics->Select post editor-> Updated editor .."

so itulah penyelesaiannya...simple gilosss...org bukan programmer mcm eliss pun boleh selesaikan sebenonya...tapi memang sah seorang programmer memang peka..dan sebenarnya dia paham...

Puas gak aku belek cari kat mana2 maybe aku telah meng'unable'kan bedalah itu...tapi tak jumpa....ha nampak tu...ada kaler2 kan?...

p/s: eliss thanks very much...
p/s: ramai engineer boleh jadi programmer...tapi bukan aku orangnya...hahaha....

.

Wednesday, July 21, 2010

Why don't I see all the text formatting buttons?

Ooo...sebab tu ke...ini jawapannya persoalan entry Kenapa ko ado? Aku tak ado?

Kena baca kat sini la.

Why don't I see all the text formatting buttons?

Sekarang ni makcik cuma 6 bulan je kat office sini. Duduk sini pun pinjam PC roomate ni. Dia bawa notebook so makcik pakai la PC dia. Terima kasih ye Su. IE pada PC ni IE 7. Tapi try jugalah seperti yang disarankan oleh Blogger Help...download Mozilla Firefox.

Tu nampak tak entry dia dah MASIH tak ada tulisan kaler2.

Sebab dia MASIH TIDAK BERJAYA!!!....uwahaha...


Mmmm ntahla, makcik tak tau la...godek lain kali pulak la.....

.

Tuesday, July 20, 2010

Kenapa ko ado? Aku tak ado?

Cuba tengok ni?

Tercari-cari mana pegi simbol 'T' yang Tilla kata tu. 'T' yang untuk font, buat tulisan ada kaler2 and huruf kecik beso ke. Takde la bertujuan nak bagi kaler2 tulisan bagai. Nak buh sikit2 ajer. Sendiri pun pening tengok kaler2 banyak sangat.

Patutla Ealyie buat tak layan je bila tanya kat dia 'macamana nak tulisan ada kaler?'...rupa2nya itu adalah satu soalan yang sengal. haha..

Bila godek-godek balik entry boan's site ni...rupa-rupanya entry PERTAMA si mrs.boan ni ada guna kaler2 la....ini bermakna DULU simbol 'T' tu memang ada la ek?

Dulu? Ye...dulu...dah hampir 3 tahun rupanya umur boan's site..tapi masih tergedik-gediks dan terkedek-kedek rupanya dia.

Tapi sekarang simbol 'T' itu dah hilang.

MANA DIA PERGI???

ADA SAPA2 BOLEH TOLONG??


.

Monday, July 19, 2010

Laksa RM 1.20???

Laksa RM1.20???....tak la sebenarnya LKSA . Lebuhraya Kemuning Shah Alam. Kawan-kawan ramai menyebutnya 'Laksa'....


Gambar diceduk daripada lamanweb LKSA

Sejak 2 bulan ni lalu ianya percuma untuk percubaan. Pehh!!! memang best la lalu kat sini dari Seksyen 7 Shah Alam ke Seksyen 34, Shah Alam tak perlu lalu Sri Muda. Sekejap je. Iyela benda free...best la.

Tapi hari ni lalu dah kena bayar...huhu...RM1.20 satu hala.

Tengah pikir ni....balik petang karang nak lalu LKSA ke Sri Muda?...

Fakta yang perlu diambilkira:

1) Lalu Sri Muda +- 3km je lebih, sesak sikit je la, pastu ada pulak jalan lubang2
2) Lalu LKSA - 2 hala RM2.40, jimat +-10minit - tak jauh beza pun
3) TAPI...Petrol baru naik jumaat lepas

Mula-mula lalu dulu memang tekad nak lalu LKSA. Tapi bila kena bayar berbelah bagi pulak. Hahaha ...biasala tu...

Tapi apa aku kisah??? Bukan ke cuma kat Seksyen 34 hingga 1 Oktober 2010 jer...huhu wahai HQ JPK/KSM... bagila aku kembali ke Seksyen 19 ituuuu....makcik tak cukup duit nak berulang ke Putrajaya...haha boleh gitu??...

Thursday, July 15, 2010

'Lovelygift Giveaway Contest'

Alamak! Last day dah...tu la tangguh punya pasal...nanti orang lain dapat tudung free..awak telan air liur ajer la...Tengok ealyie, tilla and ayanglina join....makcik nak jugak...huhu...CANTEK BANGAT koleksi tudung kat SINI.


Ceritanya begini:-

Lovelygift ingin menganjurkan satu giveaway.

3 orang pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1.) mesti mempunyai blog. ~ DONE!
2.) anda diwajibkan menjadi follower lovelygift sepanjang tempoh giveaway berlansung. ~ DONE!
3.)buat 1 entry bertajuk 'Lovelygift Giveaway Contest' dan sila tinggalkan link di bahagian komen atau shout box. ~ DONE!
4.) copy paste banner lovelygift & letak pada side bar blog anda. ~ DONE!

Giveaway berlansung dari 15/6/2010 hingga 15/7/2010

Pemenang akan menerima tudung Dezahra dari Lovelygift.

Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sebaik sahaja keputusan diumumkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai saiz tudung dan alamat penghantaran.

3 pemenang yang terpilih kelak diwajibkan membuat satu entry khas bertajuk 'Pengalaman Memakai Tudung DeZahra' di dalam blog masing-masing berserta dengan gambar anda yang sedang memakai tudung yang dimenangi.



p/s: Walaupun sebelum ni saya malu-malu nak tempek muka saya diblog saya sendiri...maka kalo dapat Tudung DeZahra...saya dengan bangganya menempekkan muka saya yang cantik bangat ini..(cantik itupun disebabkan tudung itu cantik)
.

Wednesday, July 14, 2010

eeeeuwww!!!! dah korek telinga..sepah2 pulak..

aik?? apahal lak gambar tayar kereta pulak?...cuba tengok betul-betul...cuba close up...baru clear...



haa...nampak kan? putik kapas dalam Bahasa Melayunya...

dah korek...sepah-sepah APASAL??? takde adap betul...kalau nak bersepah dalam rumah tu sukahati ko la...

gambar ni diambil pagi tadi. tayar kereta pancit. tujuan sebenar memang nak ambik gambar putik kapas tu la...duduk apartmen macam ni la...

tapi apartmen ni bukannya tempat yang cikai-cikai sangat..boleh la....perasan la pulak..haha


.

Thursday, July 8, 2010

Cara elak anak tampal sticker bersepah...

Sticker iaitu adhesive label. Atau apa-apa sahaja yang boleh lekat dengan apa-apa jua fungsi.

Sticker ada bermacam-macam sticker. Untuk orang dewasa ada. Untuk kanak-kanak pun ada. Yang cantik, cute, comel, cartoon, huruf, nombor dan yang pelik2 pun ada.

Kalau tak beli untuk anak-anak...
Nanti kata tak expose pada anak-anak pulak...

Tapi memang sengaja beli untuk anak-anak sebab sticker adalah satu benda yang murah. Yang senang didapati terutama sekali bila musim2 bajet takde untuk beli toys....sticker lah menjadi mangsa...(mangsa ke?)

Bila anak-anak dapat sticker nak tampal kat mana? Tampal kat buku boleh, kat tangan pun boleh, kat dahi dan pipi (macam gambar bawah ni)...pun boleh...
tak payah letak watermark kat pic..ni ori punya


tapi yang paling sentap kalau dia tampal kat esbok ke, tv ke, pintu rumah ke, perabot ke...sebab tempat2 mcm ni mereka paling suka...

so macamana nak elak perkara itu berlaku?

*
*
*
*
*
*
*
*
*

..........sediakan satu perabot yang amat disayangi untuk tujuan tersebut


berkesan ke? ikutlah apa-apa cara pun janji bahagia...


.

Tuesday, July 6, 2010

Mak malas jawab soalan anak?

Bila anak tanya macam-macam, mak malas nak jawab. Nak jawab fakta ke auta?


Contoh2 soalan subjektif: ...kalau objektif senang je jawab...

1) Mak, kenapa orang tu jahat? Tadi dia baik.
(adalah kisah watak pelakon sama melakonkan cerita yang berlainan)

2) Mak, kenapa kita tak pindah rumah? Iffah rasa macam nak pindah la. Rumah Iffah tak de tangga.
(adalah situasi Iffah berkehendakkan rumah Double Storey)

3) Mak, kenapa abah 'kerja' lagi?
(adalah apabila berlaku komplot pembohongan Abah yang pergi bermain batminton di malam hari)

4) Kenapa mak dgn abah suka duduk dekat-dekat?
(adalah situasi anak-anak yang sedang cemburu)...dekat-dekat u...aaauww...

So, nak jawab fakta ke auta?

Kalau nak senang auta ajer kan?. Tak boleh.

Kenapa tak boleh? Tapi apa implikasinya?



Contoh kesan-kesan penggunaan statement yang SALAH:

Kebiasaan si emak menggunakan statement ini...

"Tutup pintu nanti aircond keluar"

Setelah sekian lama menggunakan ayat itu. Sedari Yusuff kecil lagi. Kini Yusuff berumur 3 tahun. Dan suatu hari pintu bilik tak ditutup. Maka dengan kelam kabutnya si Yusuff ala-ala ketakutan menutup pintu dengan kuatnya dan lalu bertanya.....

"Mak, nanti aircond ada kaki eh?...dia nak keluar eh?"

So sape nak jawab? Nak salahkan siapa?




Nota: Kanak-kanak...memori dia kuat...perkara PERTAMA yang dia belajar amat lah penting..




.

Monday, July 5, 2010

Tersedu-sedu kerana ia...

Kalau dahulu emaknya bermain dengan pistol, kapal terbang dan kereta,
Tetapi dia tidak.....

Kalau dahulu ada orang ingat emaknya seorang budak lelaki kerana berbaju melayu ke masjid,
Tetapi dia tidak....

Kalau dahulu emaknya akan menangis berguling-guling dikedai,
Tetapi dia tidak.....

Kalau dahulu emaknya menyorokkan kasut baru seminggu dibeli dicelah-celah titi kerana berkehendakkan kasut kakak2nya yang lebih baru,
Tetapi dia tidak......


Apa sudah jadi dengan Nurin Iffah yang berumur 5 tahun itu? Dia tersedu-sedu menangis kerana melihat ini.



Dia menangis kerana dia telah menyampaikan hajatnya memiliki/mengganti kasut baru yang bertumit tinggi namun yang muncul adalah kasut baru bertumit tinggi bersaiz dewasa ..(saiz 9 tu...Eh ni kaki gajah je apa?)...dan didatangkan khas daripada kedai BATA diSACC yang berharga RM69.99. Kalau kita bayar RM70 cashier tak pulang duit...ngee..


Iffah: "Kenapa abah belikan untuk emak je", dengan nada yang amat sedih dan pilu.

Abah: "Eh, bukan abah yang beli... mak beli sendiri la"...(hehe beli sendiri je la)

Emak: "Nantila kita beli nak raya nanti eh? Mak ni emergency nak terkoyak dah tadi". Itulah tabiat mrs.boan yang akan memakai kasut yang sama setiap hari. Pakai lunyai baru ganti...

p/s:Iffah memang pantang tengok kasut girl yang sweet2....termimpi-mimpi agaknya dia.

Nak beli warna apa ek? kat mana? Ermmm...bajet RM30 udah lerr....







.

Thursday, July 1, 2010

Dapat watermark FREE dari elissmie!!!


yeahhhh!!! Ini dia !!!! Cantik kan? Nak jugak? Kalau nak juga sila pergi SINI.

Siapa kata dengan berblog tak boleh buat pahala? Kalau seseorang menggembirakan kita tentu kita tentu ada balasan baik untuk dia kan? Thanks yer elissmie.

Untuk percubaan pertama untuk my lovely kids...Iffah Comel, Yusuff Enchom dan Luqman Anje Emak...Iyela manalah tau ada orang nak cilok gambar-gambar yang cantek-cantek belaka dalam mrs.boan entry ni.



errr ado ker org nak berkenan? Ntah ada ke idok orang blogwalking kat sini. Ala takde hal la yg penting boleh blogwalking tempat orang...waka waka wakaka(waka waka eh eh...mcm lagu tema World Cup daa...)