Bila anak tanya macam-macam, mak malas nak jawab. Nak jawab fakta ke auta?
Contoh2 soalan subjektif: ...kalau objektif senang je jawab...
1) Mak, kenapa orang tu jahat? Tadi dia baik.
(adalah kisah watak pelakon sama melakonkan cerita yang berlainan)
2) Mak, kenapa kita tak pindah rumah? Iffah rasa macam nak pindah la. Rumah Iffah tak de tangga.
(adalah situasi Iffah berkehendakkan rumah Double Storey)
3) Mak, kenapa abah 'kerja' lagi?
(adalah apabila berlaku komplot pembohongan Abah yang pergi bermain batminton di malam hari)
4) Kenapa mak dgn abah suka duduk dekat-dekat?
(adalah situasi anak-anak yang sedang cemburu)...dekat-dekat u...aaauww...
So, nak jawab fakta ke auta?
Kalau nak senang auta ajer kan?. Tak boleh.
Kenapa tak boleh? Tapi apa implikasinya?
Contoh kesan-kesan penggunaan statement yang SALAH:
Kebiasaan si emak menggunakan statement ini...
"Tutup pintu nanti aircond keluar"
Setelah sekian lama menggunakan ayat itu. Sedari Yusuff kecil lagi. Kini Yusuff berumur 3 tahun. Dan suatu hari pintu bilik tak ditutup. Maka dengan kelam kabutnya si Yusuff ala-ala ketakutan menutup pintu dengan kuatnya dan lalu bertanya.....
"Mak, nanti aircond ada kaki eh?...dia nak keluar eh?"
So sape nak jawab? Nak salahkan siapa?
Nota: Kanak-kanak...memori dia kuat...perkara PERTAMA yang dia belajar amat lah penting..
.
salam singgah...brooch yg saya jual itu berharga RM15 sahaja...
ReplyDelete;))
wokey...
ReplyDeleteokies...tq....insyallah da siap project brooch baru...sy tunjukkan kata awak yea...
ReplyDeletetq tq
wahh mencabar tu nak melayan anak-anak membesar..tapi best kalau dapat anak2 yg bijak kan..bila la sy nak jadi mak tah..hehehe
ReplyDeletekancilbiru...semoga awak cepat2 dpt baby...dan boleh mencabarkan diri dlm dunia keibuannya..amin
ReplyDeleteduduk dekat2 tu yg susah mak nak jawap tu! ekeke
ReplyDeleteMama Darwisy....tu la pasal.saya jawab cenggini.."memanglah kena dok dekat2 sbb senang nak borak2"...
ReplyDeleteanak saya pun jeles kalau kami duduk dekat2..tak bagi peluang langsung...isk
ReplyDeleteLatest Entry:Peranakan Jatuh?
nia...tu la bila dpt borak2 pastu anak2 sibuk nak menyampuk...yg sentap tu..."mak ni asik cakap aje..kakak nak cakap dgn abah juga"...
ReplyDelete