Monday, July 5, 2010

Tersedu-sedu kerana ia...

Kalau dahulu emaknya bermain dengan pistol, kapal terbang dan kereta,
Tetapi dia tidak.....

Kalau dahulu ada orang ingat emaknya seorang budak lelaki kerana berbaju melayu ke masjid,
Tetapi dia tidak....

Kalau dahulu emaknya akan menangis berguling-guling dikedai,
Tetapi dia tidak.....

Kalau dahulu emaknya menyorokkan kasut baru seminggu dibeli dicelah-celah titi kerana berkehendakkan kasut kakak2nya yang lebih baru,
Tetapi dia tidak......


Apa sudah jadi dengan Nurin Iffah yang berumur 5 tahun itu? Dia tersedu-sedu menangis kerana melihat ini.



Dia menangis kerana dia telah menyampaikan hajatnya memiliki/mengganti kasut baru yang bertumit tinggi namun yang muncul adalah kasut baru bertumit tinggi bersaiz dewasa ..(saiz 9 tu...Eh ni kaki gajah je apa?)...dan didatangkan khas daripada kedai BATA diSACC yang berharga RM69.99. Kalau kita bayar RM70 cashier tak pulang duit...ngee..


Iffah: "Kenapa abah belikan untuk emak je", dengan nada yang amat sedih dan pilu.

Abah: "Eh, bukan abah yang beli... mak beli sendiri la"...(hehe beli sendiri je la)

Emak: "Nantila kita beli nak raya nanti eh? Mak ni emergency nak terkoyak dah tadi". Itulah tabiat mrs.boan yang akan memakai kasut yang sama setiap hari. Pakai lunyai baru ganti...

p/s:Iffah memang pantang tengok kasut girl yang sweet2....termimpi-mimpi agaknya dia.

Nak beli warna apa ek? kat mana? Ermmm...bajet RM30 udah lerr....







.

No comments:

Post a Comment