Wednesday, August 25, 2010

BFC sehebat KFC? ..dan Popia Ramadan


BFC sehebat KFC?
Betul ke?
Antara menu mudah dibulan puasa serta menjimatkan kerana kerangupan dia pun seakan-akan la..

inilah dia BFC
Objek sebenar adalah lebih enak dari objek gambar yang kurang memuaskan itu. Boleh la puji lebih-lebih sebab bukan saya masak. Sebab tu nama dia BFC. Kalau saya yang buat, tentu nama dia HFC. (H=Hawa). Nama BFC telah diregister dan diperakui sejak tahun 2008 oleh kami sendiri...ekeke..(B=borhan a.k.a boan)

Oat and tepung kentucky yang digaul rata

Cara-caranya mudah saja:
  1. Campurkan oat dan tepung goreng kentucky yang dibeli
  2. Celup ayam dalam putih telur (supaya mudah lekat dgn tepung)
  3. Gaulkan dengan oat dan tepung di item no.1
  4. Deep fry ok...kalau tidak dia agak golap dan kehangusan seperti ayam2 yang telah diketepikan ketika hendak ambil gambar.

Satu lagi menu kuih mudah iaitu popia. Cara-caranya pun mudah juga:
  1. Inti 1: Lobak dan taugeh dicelur dengan sedikit garam
  2. Inti 2: Tumis bawang , masukkan daging cincang brand Ramly, biar daging masak dan agak kering (sebab ia akan keluarkan air),  masukkan tomato cincang, tomato puree, bubuh sos ke, kicap ke dan apa sahaja sos yang dirasakan sesuai tetapi HALAL, garam, gula dan letak serbuk kari sikit pun ok, bagi ada rasa rempah2 sikit. Dan kalo nak pecah telur pun ok. Tapi kalo nak jimat daging buatlah macam inti karipap iaitu letak keledek atau kentang.  
inti 1: lobak dan taugeh

inti 2: daging
popia siap digoreng

Sebelum goreng tu kenalah ada kulit popia. Lepas tu hentam sahaja membalutnya ikut selera. Boleh buat banyak-banyak dan disimpan sejuk beku. Bila perlu, gorengkan sahaja. Terutama dibulan puasa ni. Boleh berjimat. Kalau 2 org makan tu gorenglah 6 ketul pun jadilah. Dan jangan lupa buat sambalnya. Terpulanglah ikut selera tapi yang dicadangkan sebab paling mudah ialah:
  1. Cili merah, sedikit bawang putih (sikiiiit aje tau...nanti mulut bau bawang) dan gula - dikisar
  2. Bubuh sikit sos supaya masam-masam sikit. Masakkan sehingga mendidih.
p/s: hujung minggu nak buat buah melaka macam Mrs. Fiza buat
p/s/s: popia itu juga en.boan yg buat...ekeke
p/s/s/s: Ada menu mudah? Jomlah kongsi-kongsi?

9 comments:

  1. akak, kita lg suka popia basah..

    eh td kan tgk iklan kt tv pgi td camtu eh cara buat kerak..ltk oat rupanya..hehehe

    tk sbrnya nak try buat... krup!krup! bunyi kerak..

    ReplyDelete
  2. haa,..elok la kongsi2 resepi Boan FC nih, saya tak tau nak buat ape dgn oat byk kat umah tu..huhu. konon nak makan utk sahur, tapi tak lalu.

    ReplyDelete
  3. perghh..resepi baru.kecur..nak2 baca kol 1pm dibulan pose.
    nampaknye gathering akan datang wajib la ada menu2 yg tersebut diatas.

    ReplyDelete
  4. next gathering=raya di ijok/semanggol..

    ReplyDelete
  5. MrsFiza:buat jgn tak buat
    Nia: samalah..mana lalu bulan2 puasa ni...oat makanan sihat...sbb tu yg kita jadi byk alasan hehe..
    cila: eh kalo ko dtg tak penah ada ke resepi ni..ok-ok nati raya kita buatlah.

    ReplyDelete
  6. rajin nya suami...hehehe skali sekala sedap jugak kan rasa air tgn suami..boring dah masakan sendiri! :):):)

    ReplyDelete
  7. Lin...hehe macam bukan sekali sekala jer..bini dia malas masak tapi ajar laki dia masak...haha..

    ReplyDelete
  8. wooowww cam sedap..kak hawa, caner nak letak tag kat gambar ekk..mcm kak hawa letak "milik mrs.boan..ajar...:)

    ReplyDelete
  9. akak pun pandai guna aje...member blogger yg buatkan

    ReplyDelete