Mabuk ke naik Cameron Highland?
Tak ... nak mengaku....
Tapi tak sampai muntah-muntah la. Bergelodak je perut ku ini. So kenalah berhenti sebentar mana-mana tempat yang sesuai. Ini kes naik dari Tapah la ni. Kalau anda pemabuk tegar, haruslah naik ke CH dari Simpang Pulai...ok?
Tapah -> Ringlet -> Tanah Rata -> Berincang -> Teringkap -> Kg. Raja -> Simpang Pulai/Lojing/Gua Musang
Check point #1
Singgah Sekejap di Lata Iskandar
 |
| Cantik jugak waterfall tu dan sejuk sudah pasti... |
 |
| Beberapa saat selepas itu Iffah terjatuh dan kebasahan |
Check point #2
Ditepi-tepi jalan sahaja kerana dah rasa macam tak cukup oksigen. Tiada gambar. Tak sempat nak feel2 gambar.
Check point #3
Tempat wajib kami singgah walau bukan dalam keadaan mabuk iaitu Cameron Bharat Plantations. Yang ni yang lama kedudukan dia tak silap hanya 10km ke arah Tanah Rata dari arah Ringlet. Satu lagi baru buka ke arah Simpang Pulai. Kat area2 Kg Raja.
 |
| Abang yang happy..sbb dia ingat dah sampai kut |
 |
| Tak minum pun kat tea house tu. |
 |
| Antara pic kat Ladang Tea Bharat |
Lepas tu barulah kami sampai ke Tanah Rata dimana terletaknya rumah Fida, biras saya. Bertolak dari Shah Alam pukul 10 lebih dan sampai dalam kul 3pm. Makan2 dulu sementara menunggu Emy (suami Fida) bersama bapa mertua dan abang Iman sampai.
Dan layan la gambar2 di Ladang Tea Bharat yang kat Kg Raja ni...
 |
| Iffah dan Izzah sepupunya..nak menapak naik |
 |
| Dah sampai atas takut pulak nak turun. Sebelah kiri tu tea house |
Dan layan pulak gambar2 di Ladang Boh
 |
| Sedang menapak ke Tea House dan Kilang |
 |
| Boh Tea Centre |
 |
| Selamat datang...terima kasih..hehe |
 |
| Pintu masuk |
p/s : Masa perjalanan balik, Luqman muntah keluar macam air paip daa...sian tengok muka dia masa mula2 nak muntah...agaknya nak cakap tak tau..hehe
p/s/s: Dulu rasa macam tak mabuk pun, adakah faktor kereta? Umur? Eh mana mungkin...