Aku sepasang swimming suit yang yang berjemana Ogival. Kawan2 yang ada bersamaku adalah swimming goggles dan cap. Aku dibeli di Jusco Bukit Raja pada Jun 2006, tiga tahun yang lalu. Ketika itu tuan aku berhasrat untuk belajar berenang. Tuan aku telah belajar berenang sebelum lahirnya anak keduanya Ahmad Yusuff. Dalam pada berhasrat belajar berenang (nak kurus la tuh!!!) dia juga berhasrat ingin mengandung anak ke2 walaupun Nurin Iffah baru berusia 1 thn 3 bln. Akibatnya sblm habis 10 sesi dia telah mengandung.
Dia bukannya tak tau berenang (ala apung badan ajer sebenarnya boleh…ala2 kuak lentang gitu), tapi dia fobia air. Ini adalah kerana gara2 lemas di Sungai Kesang di belakang rumahnya di Telok Rimba Muar (Sg. Kesang adalah sempadan Melaka & Muar). Ketika umur tuan aku 18thn. Setahu aku, adiknya Cila yang menyelamatkannya..hik hik apa daaa…
Aku tahu dia amat bersungguh2 ingin menghilangkan rasa fobia itu (selain ingin menguruskan badan!!!). Dia ingin cuba utk belajar berenang ditempat yang lebih dalam iaitu kedalaman yang tidak boleh dicapai oleh kakinya. Dapat ku rasa degup jantungnya bila berada didalam air. Dia juga amat teruja bila Along dan adiknya Cila boleh berenang ditempat yang dalam dengan membuat lap 50meter (panjang kolam) beberapa kali. Tapi dia hanya mampu berenang pada kelebaran kolam itu dengan beberapa kali menjejakkan kaki ke lantai kolam....Paling kelakar sekali bila coach suh berenang kat tempat dalam, (tapi berenang kat tepi2 jer la....) bukan fizikalnya saja tidak bergerak (= melekat tepi kolam) ...tapi jantungnya juga bagaikan terhenti..hahaha..
Selain degup jantungnya....dapat ku rasakan juga lemak2 bahagian perut dan punggungnya yang pada ketika itu beratnya 60kg iaitu 10kg lebih ketika dihari persandingannya.
Tapi mengapakah gambarku diambil? Masih ku ingat gambarku diambil pada bulan Disember 2008. Dua bulan yang lalu….Itupun setelah berkurun lama ditempatkan aku didalam drawer no. 2 bersama-sama pakaian dalam tuan aku…apakah taraf aku seperti pakaian dalam??? Namun ku tahu pakaian dalamnya lebih banyak berjasa daripada aku. Setiap hari dibuka laci ini tanpa menghirau atau menegur aku disitu.
Oh! Rupa-rupanya tuan aku berazam ingin’menggunakan’ aku kembali bagi menunaikan azam tahun 2009nya untuk mengurangkan lemak2 berlebihan. Tidak! Aku tidak sanggup bersekedudukan dengan lemak2nya yang melekat dan sebati pada tubuhnya yang kini 65 kg….tidaaaaak!!...
Argh! Aku terjaga dari mimpi…lega. Rupa-rupanya aku masih berada didalam drawer no. 2. Dia telah meletakkan aku kembali disitu. Takpe la and biarla aku bersekedudukan dengan pakaian dalam. Janganla dia datang amik aku ...ok tidur...tidur...la la la la la...
hahahah!entry yg comel!teruk betul nightmare swimming suit tu wa,tp apsal lak dia dok situ lg tak masuk swimming pool?ko jadi kan la nightmare dia tu satu realiti,baru la ko nyer nightmare(lemak2 64kilog tu)akan tamat-aku pun nak bg nightmare kt swimming suit la,tp kena carik sepsg,skang ni laki aku nightmare tgk aku hahaha
ReplyDeletep/s:camne aku leh terlps 2 entry nih,tetiba jer ada kt situ,ckp congrats kt mak ko,aku pun kekaguman gak ni,cayalah nak amik lesen keta!
wahh..wahh..wahh..nak kurus dengan berenang...
ReplyDeleteitu laaaa orang atasan...orang bawahan ni nak kurus menyapu ngan mengepel aje tiap2 hariii..takyah modal...maklumlah tak kerja..huhuhu
aku punnn..tau floating je..bila start gerak2 kaki, trus blup blup blup...aiseh..berdebor tu mmg tok sah kira ar...eheheh
ReplyDeletebab mak ko lulus tu aku kagum..ble geng ngan mak aku..skali jer dia amik...tabik spring utk mak2 kita...
aku jumpa blog budak SDAD / SEDAR.. check it out... mgkin batch Angah ko.... tapi, aku selamba jer..tumpang lalu..asalkan SEDARIANS...eheh http://sdad89-93.blogspot.com/
mar...kenapa dia kat situ lg? ok nanti aku tanya dia. hehe...wahai mr.ra...jgnlah kau bernightmare sedemikian.Itu kira okla dia bukan 65kg spt aku. Mak aku..almaklumla org bujang senang sikit nak gerak kalo ada lesen..
ReplyDeletesuharni...itu yang semangat nak xclusive mengepel ni...nak kurus gak...tapi dah tiga musim ngepel...mcm ni ajer...huhu..
ainzoo...tabik gak..tabik gak kat makcik...wa caya la..
dpt A la ko nye karangan bibliografi aku sepasang dot dot dot...
ReplyDelete