Thursday, March 26, 2009

Birthday bulan Mac

Dalam famili ramai yang birtday bulan Mac iaitu:-

3hb Iqa (adik no 5)
4hb Farisah (anak Angah kat S'wak)
5hb Abang Asari (suami Angah)& Fizah (anak Kak Nah)
7hb Abang Long (suami Along)
8hb Mamat (adik yang bongsu)
14hb Iffah (anak mak yang comel)
23hb Izzah (anak Kak Arah)
27hb Yusuff (anak mak yang ensem)

Yang sebelah Abahnya maybe ada lagi tapi tak tau semuanya. Iyela cucu ajer dah 32. Adik beradik, ipar duai tak larat nak hafal.
3 Mac yang lalu Iqa buat makan2 birthday dia (venue: Rumah Along la mana lagi). So tumpang la sekaki potong kek Iffah dan Yusuff. Beli topi, belon, hadiah and bla..bla utk kanak2 yang tidak ingat makan bila mendapatnya. Awal sangat sambut kan? Mcm tak best pulak....tapi makanannya best-best...



Ini adalah menu Iqa dan suaminya. Selain ini ada juga roti jala (opah buat), mee goreng (abah buat)....seperti biasa..ehem..ehem..tolong makan ajer..



Gambar mr.boan menolong cik fadil (suami Iqa) ber BBQ didepan rumah along.



Disebabkan tiada gambar yg menarik masa kejadian, sbb budak2 sibuk dgn hadiah2 kecil yang dibungkus oleh mr.boan....maka letak gambar2 ni la...



whoa!...jatuh (kata-kata Abang Yusuff)

Pada 14 Mac (hari sebenar harijadi iffah). Kami bercadang utk pergi ke Ulu Bendul, Kuala Pilah (Philahdelphia bak kata Mamat). Pagi sabtu tu bertolak ke Seremban utk berkumpul di rumah Kak Mei (my SIL). Kebetulan ramai pula yang ada iaitu Kak Nah dan anak serta Busu Ijah yang memang duduk situ kerana bekerja disebuah sekolah di Seremban.

Malangnya tengahari tu teramat lebat hujan...



maka mandi di Tepi Bendul ajer la. Pada malamnya pula sekali lagi potong kek. (Venue: rumah kak mei, seremban)



inilah keknya. sila perhatikan betul-betul. terdapat kesan tikaman ke atas kek itu. yusuff la punya kerja. masa potong kek pulak, berebut-rebut dengan kakak, sampai kakak nangis guling-guling atas lantai...




ini ajerla gambar yang ada. itu pun ada gaya-gaya tidak puas hati....



Namun pada keesokkan harinya, sampai juga hajat kami nak pegi Ulu Bendul. Yusuff bersama Busu Ijah dan sepupu2nya kakak ima, kakak fiza dan kakak sabrina.



bermain bola dalam air

No comments:

Post a Comment