Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Cerita Raya Siapa Paling Best?

Umat Islam sekarang sedang menyambut Syawal selepas berjaya merentasi segala cabaran pada Ramadan al-Mubarak. Mudah-mudahan didikan Ramadan tahun ini dapat membentuk keperibadian kita sebagai umat Islam mulia yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Islam cemerlang.

Cerita Raya Siapa Paling Best?

Mestilah cerita raya diri sendiri. Bukan perasan tetapi WAJIB 'perasan' agar sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah.

1) Dapat berkumpul satu keluarga dan mengunjungi sanak-saudara.


1 Syawal tahun ini kami sekeluarga berkumpul di rumah kami sendiri iaitu rumah Mrs.Boan. Hari raya kedua baru kami pulang ke kampung mertua masing-masing. Beraya dirumah sendiri? Kenapa...dah takde kampung ke? 

Sebenarnya Emak buat keputusan tak balik kampung [balik kampung..o o o blk kampung..*nyanyi*] kami di Perak. Sebabnya menjaga Iqa adikku yang ke-5 yang baru dikurniakan cahaya mata puteri ke-2 bernama Faiqah Safiyah. [erm..macam tu ke ejaannya?...hehe]...best ke raya dirumah sendiri?...yeahhhhh...best jugak...sebab teringat dulu-dulu masa kami beraya diperantauan  iaitu Muar Johor...hanya kami tanpa sanak saudara.Tapi pada 1 Syawal tu kami sempat juga mengunjungi Mak Ndak (adik Emakku) yang tinggal di Sabak Bernam.

Dan cerita raya ke-2 hingga ke-6 dipenuhi dengan aktiviti kunjung-mengunjung saudara-mara En.Suami di Muar.

2) Dapat pakai baju raya. 

Butang Cantik yang dijahit pada baju melayu.
Aduhai kisah baju melayu dan Butang Cantik [klik here] ni membuat Mrs.Boan kekalutan dipagi raya. Gambar atas tu baju si adik. Alkisah dipagi raya si adik taknak 'kereta' merah dan hijau itu tapi nak 'helikopter' dan 'kereta polis' yang ada pada baju si abang. Maka gigihlah Mrs.Boan dipagi raya itu 'menukarnya'.[huhu...kalau magic je macam 'i dream of jeannie' tu takpela jugak]

3) Memberi duit raya dan menerima duit raya anak-anak.
Tentulah budak-budaknya paling gembira. Berebut-rebut bersalaman sebab duit raya. Selalunya nak bersalaman kena disuruh. Rekod setakat hari ini. Iffah RM249, Yusuff  dan Luqman RM229. Kakak Iffah extra RM20 sebab dapat upah puasa 17 hari pada Ramadan yang lalu daripada Opah. [Note: Umur Iffah 6 tahun]

4) Dapat makan makanan istimewa seperti ketupat, rendang, ayam masak merah/kari dan teristimewa Sambal Goreng 

Sambal Goreng resepi turun temurun keluarga KHM
Menu pilihan kami dipagi raya yang lalu. Ketupat Nasi, Kari Ayam En.Suami, Sambal Kacang Along, Sambal Goreng Opah dan Nasi Minyak En.Suami, Sirap Bandung En.Suami. Apakah menu Mrs.Boan? Jawapan tiada. Tapi tuan rumah tak duduk diam tau. Tapi ada kurangnya sambal goreng kali ini. Tiada petai. Terliur dah ni. Rasa nak suruh Emak buat lagi. 

Apa itu keluarga KHM?...ada sesiapa pembaca blog ini keluarga KHM. Saya NRP 6263. Awak? Takpe la...pasal keluarga KHM ni nanti lain kali cerita lanjut ye.

4) Dapat kad raya!


Barulah namanya kad raya sebab dapat dibulan raya. Tak gitu Ain ? Ini adalah kad raya ke-3 pada tahun ini. Kad raya pertama kat SINI. Gambar di atas adalah kad raya yang dipos dan diterima dari USA tetapi buatan Malaysia. TQ ye Ain...TQ juga sebab bagi 'setem'...kuikuikui...

5) Kawan-kawan dan jiran-jiran datang rumah. Semestinya sungguh best. Adalah masak barang 7 kilo nasi minyak.hehehe...dan juga Mee Bandung!

6)Memenuhi jemputan Open House rumah kawan-kawan. 
TQ kerana menjemput. Yang mana kami tak berkesempatan nak pergi tu...minta maaf banyak-banyak ye.

7) Sambut birthday Luqman Yang Ke-3
 Harijadi Luqman yang ke-3 adalah pada hari ini 20 September. Dah besar dah luqman. Dah boleh adik lagi. Potong keknya petang semalam.


8) Puasa ganti tidak dilupa 

 Baca dari SINI. Ringkasannya.....

Nabi Muhammad bersabda, "Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh." 

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan kerana kedatangan haid, Syawal ini memberi peluang terbaik untuk membayar puasa qada lebih afdal tidak digabung dengan puasa sunat enam hari Syawal walaupun ada pendapat menyatakan boleh. 


Yang penting niat yang puasa qada dulu ye. Itu yang wajib.

Ok begitulah kisah raya paling best. Tutup la kisah raya ye...

Wednesday, May 11, 2011

Tragedi Ngeri Setiap Harijadi Anak-anakku

 Tragedi ngeri !!!

 Berebut-rebut nak potong...macam tak pernah jumpa kek pulak Si Kakak Iffah, Abang Yusuff dan Adik Luqman ni....Kalau Mak dulu memanglah...Opah dan Arwah TokWan tak pernah pun beli kek harijadi okay..

Tapi dah memang itu kebiasaannya...so memang no hal la...tak kisah pun takde kek...Budak-budak sekarang dah pandai meminta. Siap request tak nak syer...(Iffah dan Yusuff sama bulan....tiap2 tahun syer jer...hehe)



Kek cincang!!!

Tapi sebenarnya.....

Mak suka anak-anak Mak minta-minta kek harijadi....sebab menunjukkan anak-anak Mak dah cerdik!!!!

dan Mak juga suka anak-anak Mak cincang kek tu sebab menunjukkan anak-anak Mak happy!!!!

Abah & Mak Saaaaaaaayang Uols!!!







Friday, January 14, 2011

Kalau dia ingat birthday kita melalui FB..macam tak best lah.

 Hari ini saya nak nyanyi...

"Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me"

Yg ke - 33...so rasa-rasa nak panggil akak pun boleh...ekeke...Happy sangat walaupun meningkat tua.


Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan dimuka bumi ini. 
En.Boan suami tercinta, mak dan adik-beradik dan kawan-kawan setia dah wish seawal pagi melalui SMS. Nampaknya mereka masih mengingatinya. I like. Kenapa SMS? Trend sekarang bukan ke FB? 

Sebab dalam FB tak publish....ekeke...saja nak test tengok siapa yang benar-benar ingat birthday Mrs.Boan....(ah!! ngada la kau Hawa...hahaha)

Dapat 1 wish di FB dari Ain yang kini berada di Texas. Dia ni mmg tak miss wish tiap2 tahun. Kalau dolu2 dia bagi kad birthday...ekeke I like...Dan ikuti pula komen dari Azniza a.k.a adik yang meng'wish' jugak.

Dan Angah a.k.a Haniza Sulaiman pula tiap-tiap tahun akan call...i like jugak...Ada juga yang selalu wish. Tapi tahun ni nampaknya terlupa kut...It's OK no hal lah...

Terima kasih. I love uols!!!

Korang macamana? Selalu tertunggu-tunggu orang wish birthday tak?

Sunday, September 20, 2009

Hari Raya Hari Jadi




20 Sept 2009 hari raya pertama dan hari jadi pertama Ahmad Luqman. Tak potong kek lagi. Tak sempat beli.

Hari ni hari raya kedua, now kami sedang dlm perjalanan ke Muar daripada Semanggol Perak.


Thursday, March 26, 2009

Birthday bulan Mac

Dalam famili ramai yang birtday bulan Mac iaitu:-

3hb Iqa (adik no 5)
4hb Farisah (anak Angah kat S'wak)
5hb Abang Asari (suami Angah)& Fizah (anak Kak Nah)
7hb Abang Long (suami Along)
8hb Mamat (adik yang bongsu)
14hb Iffah (anak mak yang comel)
23hb Izzah (anak Kak Arah)
27hb Yusuff (anak mak yang ensem)

Yang sebelah Abahnya maybe ada lagi tapi tak tau semuanya. Iyela cucu ajer dah 32. Adik beradik, ipar duai tak larat nak hafal.
3 Mac yang lalu Iqa buat makan2 birthday dia (venue: Rumah Along la mana lagi). So tumpang la sekaki potong kek Iffah dan Yusuff. Beli topi, belon, hadiah and bla..bla utk kanak2 yang tidak ingat makan bila mendapatnya. Awal sangat sambut kan? Mcm tak best pulak....tapi makanannya best-best...



Ini adalah menu Iqa dan suaminya. Selain ini ada juga roti jala (opah buat), mee goreng (abah buat)....seperti biasa..ehem..ehem..tolong makan ajer..



Gambar mr.boan menolong cik fadil (suami Iqa) ber BBQ didepan rumah along.



Disebabkan tiada gambar yg menarik masa kejadian, sbb budak2 sibuk dgn hadiah2 kecil yang dibungkus oleh mr.boan....maka letak gambar2 ni la...



whoa!...jatuh (kata-kata Abang Yusuff)

Pada 14 Mac (hari sebenar harijadi iffah). Kami bercadang utk pergi ke Ulu Bendul, Kuala Pilah (Philahdelphia bak kata Mamat). Pagi sabtu tu bertolak ke Seremban utk berkumpul di rumah Kak Mei (my SIL). Kebetulan ramai pula yang ada iaitu Kak Nah dan anak serta Busu Ijah yang memang duduk situ kerana bekerja disebuah sekolah di Seremban.

Malangnya tengahari tu teramat lebat hujan...



maka mandi di Tepi Bendul ajer la. Pada malamnya pula sekali lagi potong kek. (Venue: rumah kak mei, seremban)



inilah keknya. sila perhatikan betul-betul. terdapat kesan tikaman ke atas kek itu. yusuff la punya kerja. masa potong kek pulak, berebut-rebut dengan kakak, sampai kakak nangis guling-guling atas lantai...




ini ajerla gambar yang ada. itu pun ada gaya-gaya tidak puas hati....



Namun pada keesokkan harinya, sampai juga hajat kami nak pegi Ulu Bendul. Yusuff bersama Busu Ijah dan sepupu2nya kakak ima, kakak fiza dan kakak sabrina.



bermain bola dalam air

Friday, April 25, 2008

Jalan2 Kelantan and Zoo

9 Mac 2008- Kota Bahru, Kelantan

Sehari selepas pru-12 aku g Kelantan. Buat apa? saja jalan2 dgn famili husband. and nak tgk bendera PAS hehe...wah 'meriah' kat sana. Antara gambo2 yg diambil. Dgn akak ipar n anak sedara. pastu esoknya pergi t'ganu plak. kat pantai batu buruk, kuala terengganu. Iffah bersama sepupunya Kimi dan Abg Is.
Masjid Kristal.... rasa bersalah plak amik gambar sbb ramai sgt org amik gamba. Seolah2 mcm melawat muzium. Tanda2 hari kiamat. Masjid2 dibina cantik2 binaannya dan menyimpang jauh daripada tujuan sebenar sbg rumah Allah.



22 Mac 2008 - Iffah pergi ke Zoo
Iffah pg dgn Opah, Acik (Iqa), Cik Fadil (suami Iqa) , Kakak Nina (anak along) dan Abg Ayin (anak along). Mak, abah and baby x ikutlah...tak larat nak jalan. Nanti la tunggu adik2 besar yer...nanti kita pg lagi....
Bersama Opah.

ni plak gambar iffah dgn Acik....and zirafah.

23 Mac 2008- Majlis kecil-kecilan ajer...jemput along's family, cila, iqa & husband diorg....and Opah juga.....Org dewasa lagi ramai dari bdk2....boleh lah....
Happy birthday- iffah 14 Mac (3thn) dan yusuff 27 Mac (1 thn).
Menu: kek dan makanan tengahari ala masakan kampung. Ayam masak kicap (my hubby masak), nangka msk lemak (Opah masak), mee goreng (pun my hubby yg masak), ikan kering, sambal tempoyak and.... jajan2.... eh aku masak apa ek...hehe tukang tgk ajer la rupanya....
anak2 Along bersama pak uda Adi (husbnd cila).