Monday, February 23, 2009

Aku sepasang Swimming Suit

Aku sepasang swimming suit (adaptasi karangan ketika di Sek Keb Bakri Batu 2, Muar iaitu Aku sepasang kasut)



Aku sepasang swimming suit yang yang berjemana Ogival. Kawan2 yang ada bersamaku adalah swimming goggles dan cap. Aku dibeli di Jusco Bukit Raja pada Jun 2006, tiga tahun yang lalu. Ketika itu tuan aku berhasrat untuk belajar berenang. Tuan aku telah belajar berenang sebelum lahirnya anak keduanya Ahmad Yusuff. Dalam pada berhasrat belajar berenang (nak kurus la tuh!!!) dia juga berhasrat ingin mengandung anak ke2 walaupun Nurin Iffah baru berusia 1 thn 3 bln. Akibatnya sblm habis 10 sesi dia telah mengandung.

Dia bukannya tak tau berenang (ala apung badan ajer sebenarnya boleh…ala2 kuak lentang gitu), tapi dia fobia air. Ini adalah kerana gara2 lemas di Sungai Kesang di belakang rumahnya di Telok Rimba Muar (Sg. Kesang adalah sempadan Melaka & Muar). Ketika umur tuan aku 18thn. Setahu aku, adiknya Cila yang menyelamatkannya..hik hik apa daaa…

Aku tahu dia amat bersungguh2 ingin menghilangkan rasa fobia itu (selain ingin menguruskan badan!!!). Dia ingin cuba utk belajar berenang ditempat yang lebih dalam iaitu kedalaman yang tidak boleh dicapai oleh kakinya. Dapat ku rasa degup jantungnya bila berada didalam air. Dia juga amat teruja bila Along dan adiknya Cila boleh berenang ditempat yang dalam dengan membuat lap 50meter (panjang kolam) beberapa kali. Tapi dia hanya mampu berenang pada kelebaran kolam itu dengan beberapa kali menjejakkan kaki ke lantai kolam....Paling kelakar sekali bila coach suh berenang kat tempat dalam, (tapi berenang kat tepi2 jer la....) bukan fizikalnya saja tidak bergerak (= melekat tepi kolam) ...tapi jantungnya juga bagaikan terhenti..hahaha..

Selain degup jantungnya....dapat ku rasakan juga lemak2 bahagian perut dan punggungnya yang pada ketika itu beratnya 60kg iaitu 10kg lebih ketika dihari persandingannya.

Tapi mengapakah gambarku diambil? Masih ku ingat gambarku diambil pada bulan Disember 2008. Dua bulan yang lalu….Itupun setelah berkurun lama ditempatkan aku didalam drawer no. 2 bersama-sama pakaian dalam tuan aku…apakah taraf aku seperti pakaian dalam??? Namun ku tahu pakaian dalamnya lebih banyak berjasa daripada aku. Setiap hari dibuka laci ini tanpa menghirau atau menegur aku disitu.

Oh! Rupa-rupanya tuan aku berazam ingin’menggunakan’ aku kembali bagi menunaikan azam tahun 2009nya untuk mengurangkan lemak2 berlebihan. Tidak! Aku tidak sanggup bersekedudukan dengan lemak2nya yang melekat dan sebati pada tubuhnya yang kini 65 kg….tidaaaaak!!...

Argh! Aku terjaga dari mimpi…lega. Rupa-rupanya aku masih berada didalam drawer no. 2. Dia telah meletakkan aku kembali disitu. Takpe la and biarla aku bersekedudukan dengan pakaian dalam. Janganla dia datang amik aku ...ok tidur...tidur...la la la la la...

Wednesday, February 18, 2009

Mari belajar Bahasa

Dah lama tak memblog. Sibuk bangat. Dekat 2 bulan mengajar. Best juga. Tapi sakitla nak kena study balik. Lama dah tinggal iaitu kira-kira 7 tahun lepas. Kena ajar Control System. Erm... ingat lagi? Gambarajah blok...rangkap pindah...signal flow graft...freq response...bode plot...nyquist...root locus method...laplace...steady state error...and bla...bla.. Sampai malam2 pun bawa balik nota study...control kan byk mate...kadang-kadang mate basic pun dah entah kemana...suami menjadi mangsa menjadi cikgu mate a.k.a pengembala kambing (his new bussiness)...

Kalau dulu la study mcm tuh...peh sure result gempak punya. Kalo dulu paham sikit2 pun jadila janji lepas. Ni plak kena paham betul betul...Nanti kena tanya...tak ke pucat lesi...

Wei... apa ni lari tajuk. Si Hawa memang tak pandai mengarang. Markah karangan hancus. Masa kat sekolah hanya sorang ajer kawan yg pernah (dibenarkan) baca karangan dia masa Form 3 selain cikgu yang menanda. Tak tau la kawan dia tu ingat lagi ke idak...wah! sekarang dengan x malu mempublish pula karangannya ke internet...adakah kerana tulisannya semakin baik...oh tentunya tidak...ini kerana tiada siapa yg akan memberi markah..la la la la...so suka hati makcikla nak tulis apa....

Ok mari belajar berbahasa dari Ustaz Ahmad Yusuff bin Ahmad Borhan yang kini berumur 1 thn 11 bulan. Cepat sikit berbanding kakak yg 2 thn baru berbutir.

1) mmpah = tumpah (makann or minuman)
2) mmpah = muntah yg diproduce oleh Luqman (sinonim)
3) abah = abah
4) abah = mak (susah betul nak sebut mak)
5) abah = cikgu kat nursery (hentam ajerla)
6) mpah = opah
7) tatak = kakak
8) abang = abang (dirinya telah menjadi abang)
9) maman = Luqman (mmm...sedapnya jeruk maman yg Noorizatul Farita bawa)
10) nak CD = nak CD
11) a.a.ni = Barney
12) cucu = susu
13) andi = mandi
14) akan = makan
15) kan = ikan
16) acik = nasi
17) e.e.yen = aeroplane
18) bo = ball
19) dan banyak lagi.........


Cerita 1 (Doa)

Suatu hari Iffah bermain2 rambut mak dan cuba mengikat rambut emak.

Emak: Tak payah la Iffah...sakitla...iffah tak pandai...
Iffah: Iffah pandaiiiii (ayat yg kerap digunakan). Mak doa la...

Tanpa berlengah mak melayan ajer kerenah si kakak lalu berdoa dengan penuh perasaan.

Emak: Ya Allah Ya Tuhan ku... pandaikanlah Iffah ikat rambut mak. (boleh pulak macam tu). Mak menunggu.

Iffah: Mak doa la. Doa. Macam ni..macam ni (sambil mendongakkan kepalanya)
Emak: Laaa...

Kesimpulan: Doa = Dongak



Cerita 2 (Tengok)

Ketika abah tiada dirumah, bermain-mainlah si emak bersama 3 org anaknya diatas katil. Tidak berapa lama kemudian si emak nak pegi ke toilet.

Emak: Iffah tengok Luqman ye..Jangan bagi abang kacau.
Iffah: Ok.

Didalam toilet kedengaran suara Luqman menangis seperti dibuat abang. (macam biasa). Lalu bergegas si emak masuk ke bilik dan mendukung Luqman yang selak kesakitan.

Emak: Iffah ....kenapa ni Luqman.
Iffah: Yusuff tu...dia duduk atas perut Luqman macam ni (sambil menggayakan dgn bantal ...ala ala naik kuda) ..pastu tu dia duduk atas kepala.... Nasib baik kakak tengok.

Emak: (Berkata didalam hati sambil rasa nak marah..tapi tak marah)...Tak paham rupanya kakak apa itu tengok.

Kesimpulan: tengok = hanya tengok shj tanpa bertindak kerana mata sibuk melihat TV.

Tuesday, February 10, 2009

Ngam ngam LULUS

Ngam ngam LULUS. Siapa yang amik exam?


Bukan Hawa, bukan Mr.Boan. Tetapi dia adalah Opah. Iaitu emakku yang bernama Khairani binti Hj Mohd Sidik. Wah bukan calang-calang tau! Opah yang kini berumur 54 tahun telah LULUS ujian undang2 memandu dengan 42 markah. Hanya SEKALI sit exam...bukan 2 @ 3 kali. Fuiyoo...terer la Opah.


Eh..eh...tak mainlah ujian bertulis yang utk pakej warga emas. Ni yg org muda2 gak amik. Opah betul2 menunjukkan kesungguhan apabila study selama seminggu dan belajar MEMEGANG MOUSE kerana menduduki ujian berkomputer pada 7 Februari 2009. Berulang-ulang kali dia membuat latihan. Bukan TER lulus tapi betul2 hafal punya.....TAHNIAH AND ALHAMDULILLAH...


So..nanti kita tengok ujian memandu lak macamana...hehehe..

Tuesday, December 30, 2008

Rutin

Gambar ini diambil 1 Disember 2008 (Isnin)...maknanya dah sebulan dah.Hari pertama hantar tiga-tiga anak ke nursery. Yurannya RM650 (Iffah RM180, Yusuff RM230 and Luqman RM240)...tidak termasuk OT.



Inilah barang hari2 yang perlu dikemas untuk ke nursery (iffah panggil rumah cikgu). Tiga pasang baju setiap sorang. Tuala hari Isnin je. Dipers iffah 2, Yusuff 4@5 and baby Luqman 5. Iffah pakai dipers masa tido so guna 1 ajerla. Yusuff and Luqman x tentu..Itu x termasuk lagi stokin baby (ringan ajer), ebm untuk Luqman dalam 10-15oz..pun ringan ajer...napkin wat lap-lap gumur (ala muntah yang sikit2 tu...ni hubby punya bahasa org Pt. Jawa Muar)...pun x berapa berat....sekali sekala plus susu Iffah or Yusuff kalo kehabisan stok...tapi siap2 pack jadi macam ni....




itu pun pakai bag kain ajer utk kurangkan berat. Bag hitam tu pulak apa yer?...Ya..dalamnya bukan laptop tapi breastpump spectra 3, cooler bag with ice pack, 4 botol susu, hphone,lipsbalm,pen, gula2, beg duit (no more handbag with mineral bottle and payung)......and bla..bla..bla..doakanlah Emak akan mengendung beg ini selama 2 tahun...

opss...lagi satu bekas air brand tupperware berkapasiti 1500ml..Dah lama berhajat nak beli bekas tupperware tu...tapi tak beli sbb kat opis lama ada water filter canggih lagi mahal lagi heavy duty yang menghampiri RM5000. Air bertapis 1500ml WAJIB dihabiskan di opis.

Duduk rumah tingkat 4...nasib baik ada lift. Tapi mampukah barang2 itu dibawa seorang...jawapannya pasti tidak.....tak dapat dibayangkan kalo sorang2 nak bawak turun dgn 3 org anak, dimana yg sorang itu akan terus berlari ke lift walaupun terpisat-pisat baru bgn tido (Yusuff la itu budak)

Tindakan yang boleh diambil sekiranya Mr.Boan xder rumah adalah:-

1) Bawa turun 2 beg kain dan 1500ml air, pada malam hari (apabila semua anak dah tido)
2) nantila pikir lain....(tolong pikirkan bole?)
3).....

Tak dapat juga ku bayangkan bila hari hujan ketika nak memindahkan brg2 dan anak3 ke dlm atau keluar dari kereta. Lagi menyusahkan apabila ada orang yang tak tau bahasa memarkingkan kereta di foyer blok 2 (itula no blok kami)...ada rasa mau meletup dada sambil memecahkan cermin kereta itu....tapi x buat pun..

buat setakat ni tahun 1429H/2008M Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...semoga yang baik-baik lagi utk tahun mendatang...Amin... Salam Maal Hijrah and Selamat Tahun Baru to all of you.

Friday, December 12, 2008

Versus

Ok akhirnya dapat juga upload table ni. Guna Mozilla Firefox baru keluar icon-icon layout posting nih. Boleh diistilahkan 'table jeruk' la.

Nurin Iffah, Ahmad Yusuff dan Ahmad Luqman adalah Puteri dan Putera-Putera ku yang disayangi. Tiga orang budak yang comel yang mampu membuat emaknya 'terkedu' dengan perangai masing-masing.Itu baru tiga. (Baru tiga?)hehe...



Wah! menarik juga yer sudah ada tiga column. Bak kata Suharni Saidin, my fren nun di utara sana..."Kita ni dah pangkat Sarjan"... Nak tambah column lagi ker? Along...ye Along dah empat column. Mar baru dua column. (Baru dua..hehe)..and kawan2 kat opis ni mejoriti 3 dan ada yang dah nak 4. Lebih kurang sebaya ajer 30-an.

Ok nasib baik Luqman lahir selepas 1 Mei (birthday abahnya dan selalunya dia mewar2kan bahawa dia memberi cuti satu dunia). Nak tau kenapa? Sebenarnya Emaknya lahir Januari (tahun yg sama la...). Iffah dan Yusuff lahir Mac. Ini bermakna umur Emaknya lebih tua setahun daripada Abahnya(tertera dalam surat beranak tau! tak boleh ubah..KEKAL ok?). Ok yang Luqman ni, sama. Dua-dua 30tahun.

Beratnya 2.76kg, 2.83kg then 3.7kg. Yea..sememangnya berlainan sikit cara dan rasa mengeluarkan yang 3.7kg itu. Plan nak deliver Luqman kat SMC. Tapi last minute masa dah sakit contraction pagi tu... hati berat nak juga ke Putrajaya. Dah biasa bersalin kat Hospital kerajaan berdebar2 nak pegi private. Secara jujur, takde masalah pun dgn hospital kerajaan. Labour room sememangnya besar. Iye la cari la hospital yang baru2. Jangan la p hospital K***g ke. Berdebar2 juga nak tengok bil. Kalo private la. Sbb CIDB cover RM1500 ajer. Takut lebih. Yea la mana la tau kut-kut ada masalah ker. Sekarang dah tak kerja CIDB lagi xder cover apa-apa. Abahnya kerja sendiri. Cover sendiri la (sendiri mau ingat)--- ok nantikan projek terbaru Abahnya. Gembala kambing. Nanti kita promote lain. K?

Bill? Yes...ini yang paling menarik RM16, RM8 then RM6. Tergelak tengok bil. Sbb pernah satu ketika masa baru lepas bersalin Yusuff. Berseloroh la dengan member2 opis lama. "Iffah RM16, Yusuff RM8...ntah2 yg ke-3 nanti lagi murah..."...taraa...ini buktinya memang makin murah. Kelako lak....orang lain bersalin ribu riban...makcik bersalin hinggit-hinggit ajer...Yang Yusuff tu 1st class 2 bedded and Luqman lak 1st class 4 bedded. Tu yang ada beza tu walau kat hospital yang sama. Wad penuh...so tak dapat yang 1 katil. Tapi yang satu katil tu takut lak kalo dok sorang2 kat wad. hehe

Semua pagi? Alhamdulillah. Kalau pagi2 ni semua masih bersemangat. Fresh!!!... Nurse-nurse pun masih ceria. So nak bersalin pun senang hati. (Senang hati? Tipu!!!) Bersalin anak ke-2 and ke-3 rasa takut. Yang pertama sbb tak tau rasa dia macamana... Ye Elly ... tungguuuuu

Rambut baby tak cukur lagi. Nampaknya takyah cukur terus la. Sbb dah besar nanti tak cantik lak tak de rambut. Lagi pun macam x berapa nak ada ajer. (Itu la ko la Along, tak nak cukur)...hehe Abahnya tak berani...Emaknya takut ajer.

Ok. Penatla...lama tak tulis panjang-panjang. Kesimpulannya maka dengan ini saya ingin meng 'tag' kan anda buat table seperti diatas (kalau dah penah buat, takpela xyah buat):-

1) Mar
2) Elly (tunggu la Ogos 2009 baru buat)
3) Along
4) ain (hehe ko cukupkan dulu column yer...tapi colum pakwe leh gak,jgn mare)..

Lalu tag kan le pulak kat kawan-kawan anda yer...aku ni suka gak 'lepak2' kat link korang. Tumpang baca.