Friday, April 25, 2008

Jalan2 Kelantan and Zoo

9 Mac 2008- Kota Bahru, Kelantan

Sehari selepas pru-12 aku g Kelantan. Buat apa? saja jalan2 dgn famili husband. and nak tgk bendera PAS hehe...wah 'meriah' kat sana. Antara gambo2 yg diambil. Dgn akak ipar n anak sedara. pastu esoknya pergi t'ganu plak. kat pantai batu buruk, kuala terengganu. Iffah bersama sepupunya Kimi dan Abg Is.
Masjid Kristal.... rasa bersalah plak amik gambar sbb ramai sgt org amik gamba. Seolah2 mcm melawat muzium. Tanda2 hari kiamat. Masjid2 dibina cantik2 binaannya dan menyimpang jauh daripada tujuan sebenar sbg rumah Allah.



22 Mac 2008 - Iffah pergi ke Zoo
Iffah pg dgn Opah, Acik (Iqa), Cik Fadil (suami Iqa) , Kakak Nina (anak along) dan Abg Ayin (anak along). Mak, abah and baby x ikutlah...tak larat nak jalan. Nanti la tunggu adik2 besar yer...nanti kita pg lagi....
Bersama Opah.

ni plak gambar iffah dgn Acik....and zirafah.

23 Mac 2008- Majlis kecil-kecilan ajer...jemput along's family, cila, iqa & husband diorg....and Opah juga.....Org dewasa lagi ramai dari bdk2....boleh lah....
Happy birthday- iffah 14 Mac (3thn) dan yusuff 27 Mac (1 thn).
Menu: kek dan makanan tengahari ala masakan kampung. Ayam masak kicap (my hubby masak), nangka msk lemak (Opah masak), mee goreng (pun my hubby yg masak), ikan kering, sambal tempoyak and.... jajan2.... eh aku masak apa ek...hehe tukang tgk ajer la rupanya....
anak2 Along bersama pak uda Adi (husbnd cila).

Monday, March 3, 2008

Dah dua bulan dah....



Dah dua bulan dah...Kereta kancil warna kuning WGX 3557 bersama aku. Setelah pemiliknya pergi meninggalkan kami 7 bulan yg lalu. Allah lebih menyayanginya. Memang hajat sejak blajo lagi nak belikan abah kereta. So, gaji pertama aku (Jun 2002) amat bermakna krn mula bayo ansuran kereta utk Abah. And Julai 2003 Angah join bayo. Angah RM150 and aku RM280. Kereta Kancil jer. Asal suami Along punya. Sambung bayo. Abah mmg dah lama ada lesen. Dia amik saing2 Along around 1993. Mak kata 'nak buat apa amik lesen bukannya ada kereta'. Dia kata 'manalah tau'. Dah pencen baru dpt pakai kereta. Kami dtg dr kluarga yg x berkereta. Kalo balik kg pun dr Muor ke Taiping naik bas. Kecik2 dulu mmg x bkesempatan nak jalan2. Aku pun masa amik lesen dulu, mana abah ada keta. So aku telah mengasah bakat memandu ketika di Skudai dgn melenjan kereta sewa yg aku n member2 slalu sewa utk pegi merewang.

Sebenonya pemilik kreta tu skrg adalah Mamat, adik yg bongsu. Now kat UiTM Penang. So aku karo (pinjam) ajerla smentara x der sape2 yg nak bwa. Daripada tersadai kat depan umah Along, sejak Angah bawanya ke Shah Alam sblm dia bertolak/pindah ke Kuching. Sebenonya ada sbb knp aku karo kereta Mamat tuh...sbb setiap kali aku nak p lepak umah Along. Aku akan ternampak kreta tu dulu kat depan umah dia. Maka sedihla jiwa dan raga aku nih... rasa mcm Abah ada, baru sampai umah Along dgn mak dari Perak....sbb kedua hehe jimat sikit duit minyak aku p kerja. Kalo kancil RM10. Kalo keta aku RM16. Sehari tau...huh sakit.

Taip2 hari aku pergi kerja kat KL dgn malalui Federal Hway (tol RM1.10) dr SA jam 6.40am and smpi opis kul 7.30am. Balik pulak aku lalu Pusat Bndr Dmnsara (RM1) menghala NKVE dan exit Subang (RM1) then masuk balik Federal (RM1.10) or exit Jelutong dr Damansara (RM1.60). Dan akan sampai nursery kul 6.00pm. (so, sapa2 terserempak say hi to me...WGX 5337 ihikhik..) So, kos tol satu hari min RM3.7 max RM4.2. Total kos satu hari lbh krg RM14.20 siap petrol. Ini kalo kancil. Kalo perdana RM20.20 satu hari!....Sebulan (kira max 22days la) kancil RM312.40 and perdana RM444.40.

Sblm ni naik komuter sbenonya dari Pdg Jawa ke Bnk Negara (RM3.20) . Lintas jambatan hampeh yg harap cantek dari luar tapi x user friendly. Terpaksa memanjat dgn kecerenun yg melampau. Punya xxxxx arkitek yg design jambatan tuh...jalan kaki plak ke Sogo amik bas ke Jln Pahang (RM0.90). Agak Jimat iaitu lbh kurang RM182 sbln. Tapi terpaksa berkejar tren 6.39am (the ideal time) dan akan sampai nursery jam 6.45pm. Siannya anak2 Mak.....

Masalah2 lain ketika mamndu pulak adalah penyakit mngantuk tahap cipan. eiii tak tau la nak kata. rasa byk kali dah aku mcm nak tercium keta org. Tapi alhamdulillah now agak OK skit. Aku blajo menghayati radio. Aku mmg buta muzik. Buta radio. Aku slalu x tau lagu apa, lirik pasal apa, siapa nyanyi wlpun bbrapa kali dgr lagu tuh!...tapi itula aku...slow sikit bab lagu2 nih. tapi bab mnegkritik. hah bagilah kat aku. Aku perlukan ketekunan mndgr baru aku tau butir lagu. Itu lagu melayu. ini plak lagu omputeh...jauh. Yg aku tau Era 103.3 dan rasa nak tukar halwa telinga western tukar ke Fly.fm 95.8...itu ajer and hanya dgr radio waktu bw keta jer. Kalo hsbnd yg bw keta langsung ntah ke mana. Yea la masa tu dah tentu buah2 ati Mak ada bersama. Layan anak2 ajer ler. Selalunya aku akan suh hsbnd tutup jer radio. Borak2 lagi best. Macam2 crita. Eh! bukan ke aku slalunya tido.

Nampaknya aku akan kekalkan naik kereta buat masa ni...w/pun dgn Perdana aku sekiranya ketiadaan kancil sbb now dah prgnant 11 weeks. Mmg x larat naik tren. Masa yg 2nd baby pun aku drive. Hinggalah saat2 akhir. Nasib baik pg sblm p keja tuh pecah air ketuban. Kalo x mmg nak bersiap2 p kerja. Semoga Allah pemudahkan juga kelahiran anak yg ketiga ini. Amin.

Wednesday, February 13, 2008

jim...ha...kho

Sebulan lagi iffah cukup 3 tahun. Cerita pasal iffah mengaji. Sebenonya iffah tak start lagi mengaji dengan Mak tapi bila kita mengaji tu dia nak juga ambik Iqra’ and nak cuba2 ngaji. Adala iffah hafal sikit alif…baa..taa..kat nursery…ikut-ikut cikgu ajar. ABC pun dah pandai baca sampai abis..tapi hafal lagu la tak kenal lagi pun hurufnya. Yang dia kenal cuma huruf alif dan baa, huruf A, B dan O…

Satu hari 2 minggu lepas masa tgh layan dia ngaji. Dah abis baca ‘a’, ‘ba’, ‘ta’, ‘tha’…

Mak : “a...ba...ta...tha...”. Baca cara iqra’ kan kita terus bunyi jer.
Iffah : “a...ba...ta...tha...” . Iffah baca and follow jer..senang jer huruf awal2 bagi dia. Agaknya lah..
Mak :”ja…”
Iffah : “ja…”
Mak : “ha..”
Iffah : “salah! ja..”
Mak : “bunyinya ha… cuba tengok ni, kan tak der titik. Kalau ja ada titik kat tengah-tengah”
Iffah : blurr.

Aku ulang sekali lagi
Mak : “Kalau ja ada titik kat tengah, kalau ha tak der titik. Betul tak?”
Iffah : Angguk-angguk tanda paham.
Mak :”ja…”
Iffah : “ja…”
Mak : “ha..”
Iffah : “ha..”

Terleka kejap layan yusuff. Then iffah buka muka surat seterusnya yang menunjukkan huruf baru pulak iaitu huruf kho. Tiba-tiba dia tergelak sungguh2 (gelak besar).

Mak : “kenapa iffah?”
Iffah : “hahaha..titik dia kat atas

Aku pun macam pecah perut gelak. Tapi lepas tuh cover and xplain kat dia apa sebenornya huruf tu.

Kekadang tu dok sorang2 tersenyum gak. Teringat cerita Panglima Bujang Lapok. Masa cikgu ros tengah ajar kat sekolah buta huruf. Ajis kata “Kalo jim titik kat tengah2…yang ni pulak jim titik dia kat atas…haaa…jim pakai toncet cikgu”

Saturday, January 26, 2008

alahai anak Mak...

Yusuff memang pantang org lain main, mesti nak berebut. Minggu lepas jer 2 kali kena gigit kat nursery coz dia merampas mainan member. Berbekas gigi atas bawah budak tu kt lengan yusuff. biasala duk nursery. kalo sesema batuk tu tok sah citer la..



weekend biasala kalo dok umah mcm ni la, ha..ni tgh gadoh dgn kakak iffah. Si kakak la menangis. Yusuff relax je. Tu bukan mainan baru, mainan lama yg disorok. kalo sume mainan kat luar, abis sepah. Pastu bila kakak korek2 dlm laci jumpa, mula la yusuff dok menyibuk. Merampas....



Dua2 dah penat, minta susu. Tapi yusuff minum cepat. Dia abis dulu. Apa lagi? haha..akhirnya dpt juga yusuff main sensorang. puas ati la tu...bukan apa di gigit2nya n campak2nya kereta mainan tu. ala dapat free beli apa ntah lupa. ada putih, pink, biru, hijau n itam. Iffah dah boleh kenal wrna skit2. tapi warna asas dia x kenal. dia kenal warna pink, oren, putih n hitam...a lagi satu wrna coklat paling cepat dia igt. sbb hantu coklat tu. And hantu 'aikim' -aiskrim gak. selalu paw abah dia aiskrim. selalu abah beli 2, iffah punya aiskrim and mak punya pulak konfeksi ais....
play house..... dah 2 miggu iffah tuntut. Pengaruh iklan tv. Baru mlm tu p beli. igt nak hold dulu sampai birthday dia 14 mac, tapi asik sebut2 jer. Tiap kali nak kuar umah jer dia tanya. "nak gi beli menan umah eh?". malam tu p beli kat tesco SA. RM59.90. Belum sempat nak belanja barang lain, dia dah ajak balik. Tak sabo. Takde maknanya. Boo layan.....
"abah tido sini, mak tido sini, baby tido sini, iffah tido sini"......notice, xder org kacau. Yusuff dah tido!!!... tu yg iffah bahagia sgt tu...[dah dekat kul 12 ni]
peace..."My sweet home". wah...untung la iffah. Mak dulu tak dapat pun ishk..ishk.. :)



petang esoknya...pegi xtreme park. kluar lepas asar. gi umah along. igtkan nak bawa anak along main kat tasik seksyen 7. dekat umah jer. ada playgrnd baru siap. tup tup selisih along otw ke xtreme park. so kitorg langsung skali. My sis n bro in law dah ada kat sana. masa tgh siap2 pakai kasut tu iffah cakap "abah nanti beli tuk iffah eh?"....sian iffah. xper la ek pakai sport shoe ajer yer..



tumpang pak uda (my bro-in-law) naik skateboard... fuiyooo...di awang2an...

alahai...jatuh pulak abang ayin...kakak nina terror skit dr abg ayin.

huh!..ni x leh jadi ni... nak join gak la...siap tersentil lagi lidah si yusuff the handsome boy.
yusuff pulak tumpang pak uda nak skate. berani...relax ajer yusuff yerk? sampai sana dah pukul 6 lbh. so kejap jer lepak dah pukul 7. Sampai umah dah mgrib.

Friday, January 25, 2008

Suatu malam di Xtreme Park Shah Alam

Suatu malam diXtreme Park Shah Alam. Menjadi salah satu aktiviti keluarga pulak. Almaklumlah most of my family mmbr stay kat SA. . Aku kdg2 jer join. jadi penonton jer. Mana nak letak si bertuah dua org tu..Selalunya diorg ni p xtreme park jumaat mlm..tapi yg pastinya bukan mlm rabu mlm and ahad mlm...sbb taiko p main batminton...Taiko roller blade yg pakai topi tu... abang ipar. Yg berbaju pagoda itu Abah kepada baby baju biru dan cutegirl baju kuning. Dua org budak yg sama tinggi tu adik beradik yg merupakan ank kpd taiko. Berbaju oren pulak adik ipar yg mempunyai isterinya sedang mengandung dan x sabo2 nak beranak sbb nak main roller blade. Dia menjadi cameraman pada mlm itu. Aku pulak dok kat cameraman.... x mo intrprem sbb comot. uhuk.... Mat jgn jeles eh... nanti ko balik Shah Alam bleh join.


(pic below)Ini 3 org budak tak ngntuk2 lagi. Dah mlm2 pun melepak?..teramat la suka kalo dapat main2 kat sini. Iffah n cousin. Dari kiri kakak nina, ayin and iffah my daughter. Nampak baik jer dok diam, sbenonya keletihan dah abis pusing and berlari.

Ini adalah aksi2 terkini teknik main skateboard. Pemandu hendaklah full of concentration like Iffah, doesnt matter about the passger, you can smile if you want.

And one more, you can also do this... lagi best la. Tu bukan dok diam, siap tolak2 kaki. Nasib baik rambut dia x terselit kat roda. mlm tu iffah x mo balik sbb kak nina dia x balik lagi.. we have to go back ealier coz bw baby kan...ok iffah nxt time kita p lagi. kalo mak x p pun iffah p jer la dgn Abah. So sape kat luar sana nak join leh la p Xtreme Park Shah Alam Sek 13. Ramai2 kan ahli. Selain drpd diorg tu ada gak member2 adik ipar yg join sama.