Thursday, May 22, 2008

Pulau Besar, Mersing

17 Mei -18 Mei 2008 - Pulau Besar, Mersing. Jarak dari jeti mersing cuma stgh jam dgn bot. Pulau Besar ni sbnrnya Pulau Babi Besar. Maybe x sedap bunyi yg tgh2 dibuang. Pulau ni x der bot penambang. Kalo pelancong2 pegi, bot tempah khas. Aku join famili husbnd. Kak One, Ijah, Kak Sidah, Abg Iman, Emy dan Khaleelah. Mak ikut skali. Kiranya kami ikut si Azam ni. Dia asal dr pulau ni la. Now duduk kat Pt Jawa Muar, kenalan pada kak sidah and abg iman. Ramai gak yg pegi, 40++ tapi diorg yg ramai2 tu kaum kerabat Azam dan duduk umah atok Azam. Kat sana kami sewa chalet keluarga dia. Privacy. Jauh dari jeti, jln kaki +-20min.Penat..jauh gak. Chalet2 yg dkt jeti tu ramai mat saleh.

masa ni bknnya nak sgt amik gambo iffah, nak amik yg blakg tu...kat sini tgh ada penggambaran rancangan survival.Diorg duk sini 2bln stgh sampai Julai.Tu dirog nak naik bot ntah nak p mana.

hisap susu sambil dibuai2... mmg best.

aktiviti mandi-manda d pantai. Bila balik nursery...cikgu2 pun perasan. Kulit bdk2 gelap. Mana taknya pagi ptg mandi.

iffah kena tanam oleh Kak sidah, ijah and emy. Relax jer dia x takut pun.

kak sidah kopek kelapa, mak pulak korek isi kelapa. Kak one buat lempeng kelapa. Sedap. Air kelapa tu buat minum la. Khaleelah dok main sorang2 sbb iffah, yusuf tido.

Iffah and khaleelah posing kat tepi buaian kat luar chalet.

Saturday, May 10, 2008

Hot Spring Sg Kelah, Sungkai Perak

10 Mei 2008- Hari Keluarga Sektor Teknologi & Inovasi di Hot Spring Sg Kelah. Kami bertolak sehari sblm. Stay kat umah Pak Ngah kat Felda Besout 4. Alang2 dah ke Sungkai singgah umah Pak Ngah, abang Mak. Mak pun ikut sama.Aku amik cuti Jumaat. Pukul 9.00pg bertolak dr Shah Alam. Singgah breakfast dulu kat restoran Tok Merah dkt jer dgn umah. Makn roti arab. Hari keluarga ni dianjurkan utk pertama kalinya secara kecil-kecilan.Biasa yg besar2an punya di peringkat CIDB la...Family Day CIDB thn ni agak lewat sikit. Bulan Disember, biasa Julai. Dgr cerita kat FRIM. Tak stay cuma sehari jer. Thn lps kat PD. Best...dapat TV. Antara aktiviti kat Sg Kelah haritu spt sukaneka, cabutan bertuah, mewarna, sambutan hari ibu (potong kek & bagi2 bunga). Iffah dan Yusuff paling syok aktiviti mandi-manda...and Mak & Abah pun.

iffah bersama kakak2 (auntie)Ading (org kuat famili day), Faz dan Wan.

Seronok sungguh bdk2 tu. Dah seminggu iffah dok sebut2 nak mandi2. Yg aku pegang tu anak Odah, sbb Odah nak ambik gambo. Yang ni mandi kat kolam air gunung....

bilas dulu sebelum naik. Yang ni pulak kat kolam air panas

iffah, kakak Ading dan Icha, anak kak anisa

haa...Yusuff buat apa tuh! seperti biasa Yusuff dengan 'sentilnya'...Yusuff x buat apa2 pun Azim (anak Odah) mmg tgh nangis...cari maknya kut...

Depan -Kak Anisa, Icha & Alif...Belakang -Odah, Azim & Afiq

Friday, April 25, 2008

Jalan2 Kelantan and Zoo

9 Mac 2008- Kota Bahru, Kelantan

Sehari selepas pru-12 aku g Kelantan. Buat apa? saja jalan2 dgn famili husband. and nak tgk bendera PAS hehe...wah 'meriah' kat sana. Antara gambo2 yg diambil. Dgn akak ipar n anak sedara. pastu esoknya pergi t'ganu plak. kat pantai batu buruk, kuala terengganu. Iffah bersama sepupunya Kimi dan Abg Is.
Masjid Kristal.... rasa bersalah plak amik gambar sbb ramai sgt org amik gamba. Seolah2 mcm melawat muzium. Tanda2 hari kiamat. Masjid2 dibina cantik2 binaannya dan menyimpang jauh daripada tujuan sebenar sbg rumah Allah.



22 Mac 2008 - Iffah pergi ke Zoo
Iffah pg dgn Opah, Acik (Iqa), Cik Fadil (suami Iqa) , Kakak Nina (anak along) dan Abg Ayin (anak along). Mak, abah and baby x ikutlah...tak larat nak jalan. Nanti la tunggu adik2 besar yer...nanti kita pg lagi....
Bersama Opah.

ni plak gambar iffah dgn Acik....and zirafah.

23 Mac 2008- Majlis kecil-kecilan ajer...jemput along's family, cila, iqa & husband diorg....and Opah juga.....Org dewasa lagi ramai dari bdk2....boleh lah....
Happy birthday- iffah 14 Mac (3thn) dan yusuff 27 Mac (1 thn).
Menu: kek dan makanan tengahari ala masakan kampung. Ayam masak kicap (my hubby masak), nangka msk lemak (Opah masak), mee goreng (pun my hubby yg masak), ikan kering, sambal tempoyak and.... jajan2.... eh aku masak apa ek...hehe tukang tgk ajer la rupanya....
anak2 Along bersama pak uda Adi (husbnd cila).

Monday, March 3, 2008

Dah dua bulan dah....



Dah dua bulan dah...Kereta kancil warna kuning WGX 3557 bersama aku. Setelah pemiliknya pergi meninggalkan kami 7 bulan yg lalu. Allah lebih menyayanginya. Memang hajat sejak blajo lagi nak belikan abah kereta. So, gaji pertama aku (Jun 2002) amat bermakna krn mula bayo ansuran kereta utk Abah. And Julai 2003 Angah join bayo. Angah RM150 and aku RM280. Kereta Kancil jer. Asal suami Along punya. Sambung bayo. Abah mmg dah lama ada lesen. Dia amik saing2 Along around 1993. Mak kata 'nak buat apa amik lesen bukannya ada kereta'. Dia kata 'manalah tau'. Dah pencen baru dpt pakai kereta. Kami dtg dr kluarga yg x berkereta. Kalo balik kg pun dr Muor ke Taiping naik bas. Kecik2 dulu mmg x bkesempatan nak jalan2. Aku pun masa amik lesen dulu, mana abah ada keta. So aku telah mengasah bakat memandu ketika di Skudai dgn melenjan kereta sewa yg aku n member2 slalu sewa utk pegi merewang.

Sebenonya pemilik kreta tu skrg adalah Mamat, adik yg bongsu. Now kat UiTM Penang. So aku karo (pinjam) ajerla smentara x der sape2 yg nak bwa. Daripada tersadai kat depan umah Along, sejak Angah bawanya ke Shah Alam sblm dia bertolak/pindah ke Kuching. Sebenonya ada sbb knp aku karo kereta Mamat tuh...sbb setiap kali aku nak p lepak umah Along. Aku akan ternampak kreta tu dulu kat depan umah dia. Maka sedihla jiwa dan raga aku nih... rasa mcm Abah ada, baru sampai umah Along dgn mak dari Perak....sbb kedua hehe jimat sikit duit minyak aku p kerja. Kalo kancil RM10. Kalo keta aku RM16. Sehari tau...huh sakit.

Taip2 hari aku pergi kerja kat KL dgn malalui Federal Hway (tol RM1.10) dr SA jam 6.40am and smpi opis kul 7.30am. Balik pulak aku lalu Pusat Bndr Dmnsara (RM1) menghala NKVE dan exit Subang (RM1) then masuk balik Federal (RM1.10) or exit Jelutong dr Damansara (RM1.60). Dan akan sampai nursery kul 6.00pm. (so, sapa2 terserempak say hi to me...WGX 5337 ihikhik..) So, kos tol satu hari min RM3.7 max RM4.2. Total kos satu hari lbh krg RM14.20 siap petrol. Ini kalo kancil. Kalo perdana RM20.20 satu hari!....Sebulan (kira max 22days la) kancil RM312.40 and perdana RM444.40.

Sblm ni naik komuter sbenonya dari Pdg Jawa ke Bnk Negara (RM3.20) . Lintas jambatan hampeh yg harap cantek dari luar tapi x user friendly. Terpaksa memanjat dgn kecerenun yg melampau. Punya xxxxx arkitek yg design jambatan tuh...jalan kaki plak ke Sogo amik bas ke Jln Pahang (RM0.90). Agak Jimat iaitu lbh kurang RM182 sbln. Tapi terpaksa berkejar tren 6.39am (the ideal time) dan akan sampai nursery jam 6.45pm. Siannya anak2 Mak.....

Masalah2 lain ketika mamndu pulak adalah penyakit mngantuk tahap cipan. eiii tak tau la nak kata. rasa byk kali dah aku mcm nak tercium keta org. Tapi alhamdulillah now agak OK skit. Aku blajo menghayati radio. Aku mmg buta muzik. Buta radio. Aku slalu x tau lagu apa, lirik pasal apa, siapa nyanyi wlpun bbrapa kali dgr lagu tuh!...tapi itula aku...slow sikit bab lagu2 nih. tapi bab mnegkritik. hah bagilah kat aku. Aku perlukan ketekunan mndgr baru aku tau butir lagu. Itu lagu melayu. ini plak lagu omputeh...jauh. Yg aku tau Era 103.3 dan rasa nak tukar halwa telinga western tukar ke Fly.fm 95.8...itu ajer and hanya dgr radio waktu bw keta jer. Kalo hsbnd yg bw keta langsung ntah ke mana. Yea la masa tu dah tentu buah2 ati Mak ada bersama. Layan anak2 ajer ler. Selalunya aku akan suh hsbnd tutup jer radio. Borak2 lagi best. Macam2 crita. Eh! bukan ke aku slalunya tido.

Nampaknya aku akan kekalkan naik kereta buat masa ni...w/pun dgn Perdana aku sekiranya ketiadaan kancil sbb now dah prgnant 11 weeks. Mmg x larat naik tren. Masa yg 2nd baby pun aku drive. Hinggalah saat2 akhir. Nasib baik pg sblm p keja tuh pecah air ketuban. Kalo x mmg nak bersiap2 p kerja. Semoga Allah pemudahkan juga kelahiran anak yg ketiga ini. Amin.

Wednesday, February 13, 2008

jim...ha...kho

Sebulan lagi iffah cukup 3 tahun. Cerita pasal iffah mengaji. Sebenonya iffah tak start lagi mengaji dengan Mak tapi bila kita mengaji tu dia nak juga ambik Iqra’ and nak cuba2 ngaji. Adala iffah hafal sikit alif…baa..taa..kat nursery…ikut-ikut cikgu ajar. ABC pun dah pandai baca sampai abis..tapi hafal lagu la tak kenal lagi pun hurufnya. Yang dia kenal cuma huruf alif dan baa, huruf A, B dan O…

Satu hari 2 minggu lepas masa tgh layan dia ngaji. Dah abis baca ‘a’, ‘ba’, ‘ta’, ‘tha’…

Mak : “a...ba...ta...tha...”. Baca cara iqra’ kan kita terus bunyi jer.
Iffah : “a...ba...ta...tha...” . Iffah baca and follow jer..senang jer huruf awal2 bagi dia. Agaknya lah..
Mak :”ja…”
Iffah : “ja…”
Mak : “ha..”
Iffah : “salah! ja..”
Mak : “bunyinya ha… cuba tengok ni, kan tak der titik. Kalau ja ada titik kat tengah-tengah”
Iffah : blurr.

Aku ulang sekali lagi
Mak : “Kalau ja ada titik kat tengah, kalau ha tak der titik. Betul tak?”
Iffah : Angguk-angguk tanda paham.
Mak :”ja…”
Iffah : “ja…”
Mak : “ha..”
Iffah : “ha..”

Terleka kejap layan yusuff. Then iffah buka muka surat seterusnya yang menunjukkan huruf baru pulak iaitu huruf kho. Tiba-tiba dia tergelak sungguh2 (gelak besar).

Mak : “kenapa iffah?”
Iffah : “hahaha..titik dia kat atas

Aku pun macam pecah perut gelak. Tapi lepas tuh cover and xplain kat dia apa sebenornya huruf tu.

Kekadang tu dok sorang2 tersenyum gak. Teringat cerita Panglima Bujang Lapok. Masa cikgu ros tengah ajar kat sekolah buta huruf. Ajis kata “Kalo jim titik kat tengah2…yang ni pulak jim titik dia kat atas…haaa…jim pakai toncet cikgu”