Thursday, August 11, 2011

Basikal Raleigh Ku Dijumpai Selepas 20 Tahun

Mengimbau kembali kenangan berbasikal dengan kawan-kawan masa zaman sekolah memang seronok. Seronok tak hingat. Sampai lupa keselamatan diri. Bawa basikal lepas tangan. Jatuh basikal terkoyak lutut tu jangan cerita la. Terkoyak kain baju raya pun pernah. Ingat sangat la baju-pepel-bunga-kecik-kain-plain itu.

Kayuh basikal dari Sg.Abong ke Sekolah Dato' di Jalan Tunku Bendahara melalui Bakri Batu 2 atau Pesta.
Bila lalu kawasan Pesta (orang Muo taula Pesta kat mana kan?), yang sekarang ni jalannya sibuk. Macam tak percaya je dulu penah lalu situ naik basikal. Kayuh basikal 5km selamba je. Itu dari Sg.Abong. Yang dari Parit Buaya macam Ijan Bako atau Telek (Rizal Talib adik kenalan PLV ku Dayang Nurul Nahar) lagi la jauh. Masa tu tak de lagi  sekolah menengah dekat-dekat situ. Tapi kalau sekarang tak tau la parents benarkan ke tidak anak-anak kayuh basikal sendiri ke sekolah di laluan-laluan sibuk camtu. 

Ermm...sampai ke Tanjung pun boleh naik basikal tu. Aktiviti PBSM. hehe.

Ok bercerita pasal
'Basikal Raleigh Ku Dijumpai Selepas 20 Tahun'
  



Ha! Ini dia....tadaaa!!!

Raleigh Roamer : Sumber SINI

Macam inilah basikal yang dibeli oleh arwah Abah tanpa kerelaan hati. Nak cakap tak berani. Anak yang baik kan...Hajat dihati nak basikal Aventee macam Angah kakakku ataupun Ain classmateku ataupun Mak Bedah selang sebuah rumah. Basikal ni aku suka sebab dia Raleigh. Materialistik. Glemer tu. *Tipu*. Masa tu yang aku cuma tahu mesin jahit mak aku jenama Raleigh macam basikal aku juga. Dan basikal besor pun jenama Raleigh.

Tapi yang aku tak suka tu handle dia tu. Macam Chopper. Tapi bila tangok balik macam lawa pulak. (hahaha...Tak jadi tukar la Ain..).

Tak sangka pulak boleh jumpa semula dengan bantuan PakCik Gugel sayangku. Sebab sebelum ni biasa gak minta bantuan PakCik Gugel tapi tak mengena la. Yang selalu dijumpai dalam Gugel seperti.........

Jom lumba!

Raleigh Twenty a.k.a Shopper macam Aventee pun ado!
 
Lagi Raleigh Shopper

Raleigh Chopper Paling Famous kan? Tapi tak boleh bonceng!
Zaman tu banyak budak-budak lelaki kasi TUKAR basikal biasa ke Basikal Chopper. Termasuk lah En.Suami ku. Mungkin itu salah satu sebab tak suka handle dia. Ai kan gegurl. Ye ke? Ermm jangan mimpi la nak tengok ke-gegurl-lan si Hawa.

Alhamdulillah...ada juga basikal.

 Dan ini pulak basikal idaman sejak 2-3 tahun lepas. Tapi hajat belum kesampaian. Basikal besor sekarang ni kan cantik-cantik. Eh...dah macam boleh join Rafiee-adikku-sipeminat-tegar-basikal. Boleh feeling ala-ala winter sonata gitu...hak..hak..


Raleigh Elegance. Sumber SINI

Sumber SINI

Entry ini adalah cetusan idea lepas borak-borak dgn member kat FB seperti Kak Yusniza, Nurul Ain, Siti Noraishah dan Lily Azura Hangsor. Kredit to Lily Azura Hangsor sebab dia la cetuskan cerita pasal basikal ni.

klik Bior Teghang


Anak-anak nak berbasikal ke sekolah? Ermmm....
Amacam boleh bagi ke?



Thursday, July 28, 2011

Penangan Durian Yang Anda Tak Pernah Tahu

 
Nak tahu kenapa anda tak penah tahu?
Memang anda tak pernah tahu...sebab yang kena itu adalah 


K-A-M-I!!!!!!

sumber gambar dari SINI


Pada 16 Julai 2011 yang lalu, kami sekeluarga balik kampung En.Suami di Parit Jawa, Muo. Nak jadi cerita, park kereta depan rumah. Biasalah keluarga besar (13 orang adik beradik). So banyak la kereta depan rumah. Dalam mencari ruang yang sesuai-redup-lagi-selamat, maka En.Suami telah terlupa bahawa sekarang ni sedang musim durian-yang-sedang-menanti-dirinya-gugur-ke-bumi.....
 .
.
.
.
.
.

tadaaaa!!!!!!!!!!

Ni la dia penangan durian!!!!
 Terus mencari Dr.Cermin. Tapi Dr.Cermin tak boleh repair...so ganti dia boleh buat.

Bukan senang nak posing cenggini!!!
 
dan juga begini!!!!
Bila tiba musim durian ni. Pagi sarap durian dulu baru sarap benda-benda lain. Lunch pun durian dulu...ekeke...dinner pun durian dulu...hahaha...Siapa tak makan durian...dilang satu nikmat dunia...Boleh gitu?

P/S: Itu budak baju biru adalah budak-hantu-durian. Trademark dia sambil buat ibu-jari-lentik lalu berkata-kata  

 "bestnyeee atan uyan!!!!"

Amacam? Boleh makan sarap durian?

Monday, July 25, 2011

Sek Ren Agama Integrasi: Umur 6 Tahun Perlu Duduki Exam

Sekolah Rendah Agama Integrasi aka SRAI. Sekolah ni adalah sekolah JAIS. Umum memamg tahu la kan. Nak masuk sekolah ni kena duduki exam.

Sebagai emak, berdebor (+ sebak) juga nengok anak-anak umur 6 tahun terpaksa berjuang selama 1 jam untuk melayakkan diri ke sekolah berkenaan. Tiada bantuan dari guru. Tiada soalan yang tolong dibacakan. dan tidak boleh tanya guru. Kriteria penilaiannya adalah seperti Bahasa Melayu, English, Arab, Jawi dan Matematik.


Macam-macam dipesannya. "Jawab betul-betul ye"..."Nanti kalau nak kencing bagitau cikgu ye"...tapi yang paling lawak. Muka Iffah masa tu takut sangat. Mak tak penah tengok muka Iffah macam tu. Tapi kalau Iffah nak tahu Mak lagi takut....

Nak...nak bila Mama Afiq tanya..."Iffah buat latihan tak?". "Latihan apa?", kata Mak. "Eh! kan masa daftar haritu dia ada jual buku latihan, ada contoh-contoh soalan", kata Mama Afiq....Huh!! masa tu macam nak gugur jantung Mak. (haha kalut gila rupanya aku)....memang debor tahap dewa la...

Tenang Hawa...tenang...ini baru 6 tahun hokey...bukan darjah 6 ataupun SPM.

Selepas ujian pada 28 Mei 2011
280 org amik exam dan 134 yang layak

Nurin Iffah terpilih...tahniah ye Kakak!

 Teringat pada Emakku Pn.Khairani Mohd Sidik yang akan berpuasa bila anak-anaknya menduduki peperiksaan. Alhamdulillah.Terima kasih emak. Berkat doa Emak Abah. I love U Mak. I love U Abah.

Amacam?...Dah pernah rasa debor-debor anak amik exam? hik hik

Wednesday, July 13, 2011

Buah Asam Yang Ni Lagi BESAR.......

Kalau yang haritu  besar....tapi yang ni laaaaagi BESAR...

Ini adalah buah asam. Iyelah Ain  ....aku sedo yg aku pun panggil buah asam. Bak kata Ain org Muo kan panggil buah asam bukannya buah mangga...hahaha...tapi En.Suami sebut buah pelam la...Sg.Abong dgn Parit Jawa, Muo tu mcm jauh sgt pulak...lain pulak bunyi nya.


Handphone dan botol mineral menjadi 'saksi'

Tapi ketiga-tiga biji kami tak makan. Bagi orang. Semoga murah la lagi rezeki kami ye...Amin. Yang besar sangat tu bagi kat Pak Njang (adik bongsu Emak aka Opah) and yang dua biji lagi bagi kat Along. 


Ketika masih dipokok

Putik-putik baru sedang menonjolkan dirinya. Adakah ia akan BESAR mcm tu juga. 
Kita tungguuuuuu!!!!!!!!

Ada yang berkenan nak tempah????...hehehe




Monday, June 6, 2011

Mangga Besar Depan Rumah


Let the pictures do the talking....




Inilah dia mangga besar depan rumah. Pokoknya rendang aje, buahnya pun nak mencecah tanah......ada sebiji tu lebih besar daripada yang ini (gambar atas) tapi masih dipokok.

Cuma ada 5 biji sahaja mangga ni....1 bawa pergi Sarawak buat kerabu manggu..selambak satu mangkuk!!!......1 seperti gambar diatas dan 3 biji lagi masih di pokok dimana 1 daripadanya telah di book oleh Pak Njang (adik bongsu Emakku a.k.a Opah). Rasanya?...memang manis tapi ada masam-masam sikit baru ada feel makan mangga....

ALHAMDULLILLAH