Friday, August 13, 2010

Mabuk ke naik Cameron Highland? (CH Part 2)


Mabuk ke naik Cameron Highland?
Tak ... nak mengaku....

Tapi tak sampai muntah-muntah la. Bergelodak je perut ku ini. So kenalah berhenti sebentar mana-mana tempat yang sesuai. Ini kes naik dari Tapah la ni. Kalau anda pemabuk tegar, haruslah naik ke CH dari Simpang Pulai...ok?

Tapah -> Ringlet -> Tanah Rata -> Berincang -> Teringkap -> Kg. Raja -> Simpang Pulai/Lojing/Gua Musang

Check point #1
Singgah Sekejap di Lata Iskandar

Cantik jugak waterfall tu dan sejuk sudah pasti...
Beberapa saat selepas itu Iffah terjatuh dan kebasahan

Check point #2
Ditepi-tepi jalan sahaja kerana dah rasa macam tak cukup oksigen. Tiada gambar. Tak sempat nak feel2 gambar.


Check point #3
Tempat wajib kami singgah walau bukan dalam keadaan mabuk iaitu Cameron Bharat Plantations. Yang ni yang lama kedudukan dia tak silap hanya 10km ke arah Tanah Rata dari arah Ringlet. Satu lagi baru buka ke arah Simpang Pulai. Kat area2 Kg Raja.


Abang yang happy..sbb dia ingat dah sampai kut
Tak minum pun kat tea house tu.
Antara pic kat Ladang Tea Bharat
Lepas tu barulah kami sampai ke Tanah Rata dimana terletaknya rumah Fida, biras saya. Bertolak dari Shah Alam pukul 10 lebih dan sampai dalam kul 3pm. Makan2 dulu sementara menunggu Emy (suami Fida) bersama bapa mertua dan abang Iman sampai.


Dan layan la gambar2 di Ladang Tea Bharat yang kat Kg Raja ni...

Iffah dan Izzah sepupunya..nak menapak naik

Dah sampai atas takut pulak nak turun. Sebelah kiri tu tea house

Dan layan pulak gambar2 di Ladang Boh

Sedang menapak ke Tea House dan Kilang
Boh Tea Centre

Selamat datang...terima kasih..hehe

Pintu masuk

p/s : Masa perjalanan balik, Luqman muntah keluar macam air paip daa...sian tengok muka dia masa mula2 nak muntah...agaknya nak cakap tak tau..hehe
p/s/s: Dulu rasa macam tak mabuk pun, adakah faktor kereta? Umur? Eh mana mungkin...

Thursday, August 12, 2010

Kisah Budak 5 Tahun Puasa Penuh

........sehari.

Belum lagi sebulan.
Alhamdulillah.

Ini kisah sambungan Dia Pertama Kali Bangun Sahur

Kesian Iffah asyik tengok jam...
Tengahari emaknya telefon cikgu. Cikgu kata OK.
Petang amik Iffah kat Tadika dalam pukul 5.30. Cikgu kata OK.

Dalam kereta.

"Mak, Iffah nak minum air", kata Iffah. Sedih beb!
"Kejaaaap je lagi boleh buka", kata Emak.

"Mak, Iffah nak minum sikiiiiittt je", kata Iffah. Aduhaiii!
"Kalau macam tu bukan puasa la namanya", kata Emak dengan lembutnya tidak seperti biasa.

"Boleh tak Iffah nak minum susu", kata Iffah. Pulak dah.
"Sampai rumah nanti, masuk bilik, buka aircond, tengok tv, duduk diam-diam. Nanti azan baru kita makan", kata Emak dengan hati yang tabah la kononnya.

Pehh! macam tergoda jugak. Rasanya inilah godaan yang paling hebat sepanjang hidup dibulan Ramadhan.

Warkah buat Iffah:

Iffah...
sebenarnya Mak tak kisah kalau Iffah tak puasa penuh. Sian Mak tengok muka Iffah mencebek-cebek muka minta air. Tapi dah alang-alang Iffah boleh tahan, Abah nak suruh Iffah puasa aje. Boleh la ye?Nanti Emak & Abah bagi upah duit raya. Tapi lepas tu Mak amik balik buat bayar duit takaful Iffah.


Adakah emaknya perlu rasa bersalah?

Wednesday, August 11, 2010

Dia Pertama Kali Bangun Sahur

Dia pertama kali bangun untuk bersahur....
Dia adalah Nurin Iffah binti Ahmad Borhan yang berumur 5 tahun.

Tak tau la dapat puasa penuh hari ini ke tidak. Sampai tadika bagitau cikgu. Cikgu kata budak2 kat tadika ni memang akan dilatih puasa separuh hari. Tapi nanti cikgu try dia untuk 1 hari.

Susu dah standby kat tepi tu

Dia bangun dengan penuh semangat. Lepas makan nasi minum susu. Tapi susu habis separuh je. Kenyang nasi la tu agaknya. Lepas tu niat puasa bersama abahnya.

Adik Luqman pun bangun. Minum milo dan makan telur dadar.

Abang Yusuff tak bangun sebab dia tak puasa, baru 3 tahun. Luqman yang bangun. Tapi biasalah budak kecik memang suka kacau orang sahur. Inilah dia budak yang lahir pada 20 Ramadhan tahun 2008. Ingat lagi masa tu. Sahur beria-ria masak ayam goreng kunyit. Makan sahur pun makan banyak, masa solat subuh rasa contraction, pergi hospital, terus masuk labor room pukul 9 dan pukul 10 bersalin.

Ayam Tomato, Telur Dadar dan seciput Sayur
Inilah menu bersahur kami yang pertama tahun ini. Telur dadar aje yang baru digoreng oleh saya. Ayam tomato dan sayur adalah lauk malam tadi dimasak oleh suami saya.

Selamat menjalani ibadat di bulan ramadhan yang mulia ini.

Tips: Kalau nak raya yang best, amalan dibulan Ramadhan kenalah best

Monday, August 9, 2010

Tiket i-City kini RM10

Mula-mula pergi Nov 2009 masa tu FOC. Pokok yg kat pic no.2 tu cuma ada 8 je.

Kali ke-2 masih FOC masa Chap Goh Mei tengok bunga api dan naga.

Kali ke-3 pergi kena RM1 parking. Pergi kat night market and tgk bola kat screen besar.

Kali ke-4 pergi kena RM2 jalan ke sana sebab bawa Cila (adik) dan tak bawa kamera serta memakai baju tido yang serabai.

Kali ke-5 pergi malam tadi, kena RM10 bawa Ijah (adik ipar) dan Cu (mak sedara suami) dan nasib baik Ijah ingatkan bawa kamera yang tak berapa canggih ni.


Menurut gadis ticket itu RM10 bermula awal Ogos
RM10 itu adalah cash coupon. Redemption at F&B outlets dine-in only and not exchangeable for cash. Termasuk ada contest untuk MERDEKA. Untuk maklumat lanjut http://www.i-city.my/ atau 03-55218800.

Kenapa banyak kali sangat pergi?
-sebab ia sekampung dengan ku iaitu di seksyen 7, Shah Alam

Best sangat ke?
-best jugak la sebab kat kampung aku je yang ada i-City ni...kampong korang ado? ekeke...
(hakikatnya penulis hanya berasal dari Kampung Tua Semanggol Perak)

So...layan la gambar!!!


cantik juga kan? 
Camni la antara lampu2 tu kalau dari dekat
Lampu2 tu bukannya pokok tapi pokok buatan.
Dari jauh memang cantik
Selain dino, ada tiger, gajah, zirafah, kuda, kuda laut dan bird pun ada
Iffah bersama Tok Cu (Adik atuknya) dan Busu Ijah (adik abahnya)
Kami
Merak yang sedang berbangga!
Iffah dan panda..bulat! Serupa la!
Kaktus
Gambar2 kat pokok oren ini cantik-cantik

Untuk maklumat lanjut http://www.i-city.my/ atau 03-55218800.


update: RM10 untuk satu kereta. Thanks Najah kerana bertanya...hehe

Wednesday, August 4, 2010

Tempat Paling Menarik di Cameron Highland (CH Part 1)

.....tapi bagi saya la.


Ini edisi jom jalan2 pada 16-18 Julai 2010 yang lalu. Penginapan kali ini di kuarters kerajaan kerana biras saya berkerja sebagai PTD di sana. Alhamdulillah hehe...

Ianya tempat wajib di CH kalau kami berkunjung ke sana. Baru empat kali ke CH sebenarnya. Sampai nyonya tu pun dah kenal kami (me, hubby and my SILs)

Special sangat ke? Dimanakah lokasinya?

Cuba tengok belakang! Betul-betul kat tepi tebing!
Masa anak dua (tahun 2007) pun penah pose cenggini kat sini masa tu pergi dengan Mamad (adik bongsu) dan Mak...Inilah tempat di CH yang memang saya tunggu2 untuk bergambar.
Bagi saya ianya sungguh special. Tak kisah la kalau korang rasa ..tak special pon!..hahaha

Nak letak nama..tapi ia takde nama
Lokasinya dari Tanah Rata/Brincang ianya depan sikit aje dari Equatorial. Betul-betul dekat selekoh anda akan nampak kedai ni. Dia satu-satu je kedai disitu dan takde kedai-kedai lain yang bersebelahan dengannya.


Bakul hijau tu dari bawah, guna takal bawak naik sayur
Masa kami sampai stok sayur dah kurang...so nyonya tu call pekerja dia kat bawah untuk naikkan sayur guna bakul dan takal itu. Memang special..ha tengok!...special kan? (ala setuju la...cakap la special)

Sayur yang dipetik baru sampai dari bawah
Tak taula apa nama nyonya ni. Lain kali kalau saya pergi sini, saya nak tanyalah apa nama nyonya tu.

Broccoli fresh from farm!
Carot juga fresh from farm!
Water cress farm yang kita akan nampak dari atas...cool!

Suka sangat tengok permandangan ini daripada atas. Memang cool la. Ada orang suka tengok bunga tapi tengok sayur macam lagi best.

At water cress farm. We can see from here pekerja tu petik sayur utk kami..
Okla setakat ni dulu Part 1 yang saya rasa amat special sebab tu ia jadi Part 1. Nanti sambung lagi cerita di ladang teh, ladang strawberi, ladang pisang kaki, air terjun lata iskandar dan kisah tanah CH yang gondol. Patutla Karam Sigh Walia marah sangat!!!! huhu..


.