Monday, July 25, 2011

Sek Ren Agama Integrasi: Umur 6 Tahun Perlu Duduki Exam

Sekolah Rendah Agama Integrasi aka SRAI. Sekolah ni adalah sekolah JAIS. Umum memamg tahu la kan. Nak masuk sekolah ni kena duduki exam.

Sebagai emak, berdebor (+ sebak) juga nengok anak-anak umur 6 tahun terpaksa berjuang selama 1 jam untuk melayakkan diri ke sekolah berkenaan. Tiada bantuan dari guru. Tiada soalan yang tolong dibacakan. dan tidak boleh tanya guru. Kriteria penilaiannya adalah seperti Bahasa Melayu, English, Arab, Jawi dan Matematik.


Macam-macam dipesannya. "Jawab betul-betul ye"..."Nanti kalau nak kencing bagitau cikgu ye"...tapi yang paling lawak. Muka Iffah masa tu takut sangat. Mak tak penah tengok muka Iffah macam tu. Tapi kalau Iffah nak tahu Mak lagi takut....

Nak...nak bila Mama Afiq tanya..."Iffah buat latihan tak?". "Latihan apa?", kata Mak. "Eh! kan masa daftar haritu dia ada jual buku latihan, ada contoh-contoh soalan", kata Mama Afiq....Huh!! masa tu macam nak gugur jantung Mak. (haha kalut gila rupanya aku)....memang debor tahap dewa la...

Tenang Hawa...tenang...ini baru 6 tahun hokey...bukan darjah 6 ataupun SPM.

Selepas ujian pada 28 Mei 2011
280 org amik exam dan 134 yang layak

Nurin Iffah terpilih...tahniah ye Kakak!

 Teringat pada Emakku Pn.Khairani Mohd Sidik yang akan berpuasa bila anak-anaknya menduduki peperiksaan. Alhamdulillah.Terima kasih emak. Berkat doa Emak Abah. I love U Mak. I love U Abah.

Amacam?...Dah pernah rasa debor-debor anak amik exam? hik hik

Wednesday, July 13, 2011

Buah Asam Yang Ni Lagi BESAR.......

Kalau yang haritu  besar....tapi yang ni laaaaagi BESAR...

Ini adalah buah asam. Iyelah Ain  ....aku sedo yg aku pun panggil buah asam. Bak kata Ain org Muo kan panggil buah asam bukannya buah mangga...hahaha...tapi En.Suami sebut buah pelam la...Sg.Abong dgn Parit Jawa, Muo tu mcm jauh sgt pulak...lain pulak bunyi nya.


Handphone dan botol mineral menjadi 'saksi'

Tapi ketiga-tiga biji kami tak makan. Bagi orang. Semoga murah la lagi rezeki kami ye...Amin. Yang besar sangat tu bagi kat Pak Njang (adik bongsu Emak aka Opah) and yang dua biji lagi bagi kat Along. 


Ketika masih dipokok

Putik-putik baru sedang menonjolkan dirinya. Adakah ia akan BESAR mcm tu juga. 
Kita tungguuuuuu!!!!!!!!

Ada yang berkenan nak tempah????...hehehe




Monday, June 6, 2011

Mangga Besar Depan Rumah


Let the pictures do the talking....




Inilah dia mangga besar depan rumah. Pokoknya rendang aje, buahnya pun nak mencecah tanah......ada sebiji tu lebih besar daripada yang ini (gambar atas) tapi masih dipokok.

Cuma ada 5 biji sahaja mangga ni....1 bawa pergi Sarawak buat kerabu manggu..selambak satu mangkuk!!!......1 seperti gambar diatas dan 3 biji lagi masih di pokok dimana 1 daripadanya telah di book oleh Pak Njang (adik bongsu Emakku a.k.a Opah). Rasanya?...memang manis tapi ada masam-masam sikit baru ada feel makan mangga....

ALHAMDULLILLAH 


Wednesday, May 11, 2011

Tragedi Ngeri Setiap Harijadi Anak-anakku

 Tragedi ngeri !!!

 Berebut-rebut nak potong...macam tak pernah jumpa kek pulak Si Kakak Iffah, Abang Yusuff dan Adik Luqman ni....Kalau Mak dulu memanglah...Opah dan Arwah TokWan tak pernah pun beli kek harijadi okay..

Tapi dah memang itu kebiasaannya...so memang no hal la...tak kisah pun takde kek...Budak-budak sekarang dah pandai meminta. Siap request tak nak syer...(Iffah dan Yusuff sama bulan....tiap2 tahun syer jer...hehe)



Kek cincang!!!

Tapi sebenarnya.....

Mak suka anak-anak Mak minta-minta kek harijadi....sebab menunjukkan anak-anak Mak dah cerdik!!!!

dan Mak juga suka anak-anak Mak cincang kek tu sebab menunjukkan anak-anak Mak happy!!!!

Abah & Mak Saaaaaaaayang Uols!!!







Kuching Mengeoww....first time Naik Katebang

Assalamualaikum....
lama tak update?
ermmm...

tak idea?
tak juga...banyak gambar utk dicerita.....tersimpan je..

sibuk?
iye..

so tak boleh nak kata apa la..
tak yah kata apa-apa.... :P

 Ala...cer citer cer citer?
Cerita sikit la...

Boarding Pass (Web Check-in)

Jumaat 13 Mei 2011 (wah!!! mcm tarikh keramat la pulak) ni nak ke Kuching sekeluarga kami 5 beranak, Opah, Cila (adikku) 3 beranak dan ibubapa mertuanya..dan lagi Iqa (adikku juga) 3 beranak....so kira berapa semua? 14 orang...

Kat Kuching duduk rumah Angah (kakakku)....nasib baik sempat sebab Julai 2011 suami Angah dah kena tukar ke semenanjung.....ekeke...Angah tengah cari tempat untuk mohon tukar...

Sangat-sangat excited sebab budak-budak 3 orang tu 1st time katebang....hehehe