Thursday, August 12, 2010

Kisah Budak 5 Tahun Puasa Penuh

........sehari.

Belum lagi sebulan.
Alhamdulillah.

Ini kisah sambungan Dia Pertama Kali Bangun Sahur

Kesian Iffah asyik tengok jam...
Tengahari emaknya telefon cikgu. Cikgu kata OK.
Petang amik Iffah kat Tadika dalam pukul 5.30. Cikgu kata OK.

Dalam kereta.

"Mak, Iffah nak minum air", kata Iffah. Sedih beb!
"Kejaaaap je lagi boleh buka", kata Emak.

"Mak, Iffah nak minum sikiiiiittt je", kata Iffah. Aduhaiii!
"Kalau macam tu bukan puasa la namanya", kata Emak dengan lembutnya tidak seperti biasa.

"Boleh tak Iffah nak minum susu", kata Iffah. Pulak dah.
"Sampai rumah nanti, masuk bilik, buka aircond, tengok tv, duduk diam-diam. Nanti azan baru kita makan", kata Emak dengan hati yang tabah la kononnya.

Pehh! macam tergoda jugak. Rasanya inilah godaan yang paling hebat sepanjang hidup dibulan Ramadhan.

Warkah buat Iffah:

Iffah...
sebenarnya Mak tak kisah kalau Iffah tak puasa penuh. Sian Mak tengok muka Iffah mencebek-cebek muka minta air. Tapi dah alang-alang Iffah boleh tahan, Abah nak suruh Iffah puasa aje. Boleh la ye?Nanti Emak & Abah bagi upah duit raya. Tapi lepas tu Mak amik balik buat bayar duit takaful Iffah.


Adakah emaknya perlu rasa bersalah?

14 comments:

  1. kak, syg pulak kan nk buka sdgkan dh kul 5.30..kalo tgh hari ke tk pe la kan.. ok la ajr dia pestime posa.. nnti kalo dia tak larat buka jela..ajar rasa camne berposa kan kan..cian iffah..

    tak salah la kak, lgpon nk ajar anak berpuasa..dh mmg itu je caranya..kalo tak mmpu sgt sepenuh hari sekerat hari pon jadi la..hehehe

    ReplyDelete
  2. fiza...tu la kalo tghari, mau mak dia cair. haha

    ReplyDelete
  3. alaa kesiannya..dulu2, ms aku lima tahun, mak aku suh pose separuh2 ajer..tp bila dah 6 tahun, aku puasa penuh dah :) kalo nak didik dia, biarlah dia pose separuh2 dulu..hari kedua, tambah lagi sejam ker, dan sampai 30 hari, mesti dah dekat 30 hr tu dia boleh pose penuh :)

    ReplyDelete
  4. tahniah iffah....keep its up k...

    ReplyDelete
  5. Iffah!!waa..aunty sangat kagum. aunty dulu masa 5 tahun, hehe..malu la nak citer.

    takpe, dah betul dah caranya ni. kita memang kena train anak kita pun. elok macam ni , cakap elok2 kat dia. harap2 Iffah dapat penuh sebulan. insha' Allah!

    ReplyDelete
  6. eliss...betul-betul cara mcm tu pon bagos juga..aku pon dulu mak aku ajar camtu..lagila 6 thn aku baru belajar pose..

    najah..tenkiu auntie najah..hehe

    Nia...masa mak dia 5 thn...bukan sehari..separuh pon tidak..haha..insyaallah..

    ReplyDelete
  7. bagus la iffah...n mak nya pun sgt tabah denga anak minta susu ..hehehe kalau lin pun, harus goyah~ iffah is just 5..n dah bole posa sehari..didi tu, dia ckp, dia posa..tp balik kinder, nak nasi..then sambung posa..hehehe tp dia baru 4 thn..biar la dulu :)

    so, ready jela duit raya utk iffah ye mak ye~ :):):)

    ReplyDelete
  8. Lin..bagos juga didi sebut2 juga pasal pose ..ala lgpun baru 4 thn...haha duit raya eh...

    ReplyDelete
  9. salam ziarah mrs boan..
    sayu pulak bila tngok anak2 nk mintak susu kan..
    tp tahniah untuk iffah kerana berjaya puasa :)

    ReplyDelete
  10. Bunga..memang sayu la bila anak minta susu, lg pulak hisap botol lagi...huhu..tenkiu ye bunga..

    ReplyDelete
  11. wahhh...tahniah2...
    tp mmg sian tgk budak2 letih pose kan...

    ReplyDelete
  12. bagi duit raya lebih sket kk iffah taun ni.sian tgk die

    ReplyDelete
  13. eT and Tla...betulla mmg kesian. Tapi kalau dah 7 thn ke atas...no more kesian-kesian ..hehe.. Dapat hari pertama dan kedua je. Harini hari ke-3 dia tak puasa.

    ReplyDelete
  14. fuyoo..blog dh femes..byk komen.

    ReplyDelete