
Ini budak memang hantu inai. Sama dgn aunty Suharni Saidin. Kalo cuti semester je, Si Su tu balik mesti tempek inai. Lg satu bila nk raya. Dia sure punya tempek.
Siapa yg rajin melayan? Tentunya si opah bukan si emak. Semalam masa pergi buka puasa (1 ramadan) kat umah Iqa di Bukit Damansara, sempat tu opah tumbuk daun inai. Pakai dr pukul 6 sampai pukul 8.30. Iffah tak puasa pun.
Menu? Bihun, nasi putih and nasi minyak along.

Alhamdulilah akhirnya Luqman direct breastfeed. 8 hari dia tak mau bf. Pukul 12.50noon 31 Julai 2009 tadi sejarahnya. Ni gambar dia tertido selepas 1 jam 'membalas dendam'.
Apa yg berlaku 8 hari lalu khamis jam 8.00pm pd umur luqman bru masuk 10mo, mak telah trtampar pipi dia kerana menggigit. Sejak dr tu dia x mau langsung nenen. Atau mungkin lain2 sbb spt mak makan BBQ kambing mlm sblmnya? Ia memberi kesan pada rasa susu.... Or nk tumbuh gigi yg ke 5 nya?
Selama 8 hari ni. Luqman mengamuk, kurus, terpaksa bg formula milk, mensua nenen pdnya lalu digigit, emaknya kesakitan spt nak hantuk2 kepala kt dinding, tekanan drh maknya rendah (girl yg check tu tnya...'akak stress ke?')... Oo stres rupanya aku. Tapi itulah satu2 situasi stress yang amat dibanggakan kerana si emak masih menaruh harapan utk anaknya bf kembali.
Insyaallah ni antara tips yg boleh dikongsi bersama:-
1) ambil masa lepak dgn anak. Cthnya cuti selama 5 hari. Anak hndaklah dijaga sendiri bkn hntr nursery (mcm slalu buat je bila cuti? Hehe).
2) keep pumping and bg ebm dgn botol. Bila susu x abis bg dgn straw. Luqman dh pandai guna straw tau! Mmg susah sbb biasa pengasuh yg bg kan? Bak kata mama ealyie. Sbg mak kena kreatif.
3) ketika lepak dgn anak, selalu2 'selak' dan cuba sua2kannya pada anak. Walaupun dia x mau. Gigit! Sakit! Lalu si emak terkilan dan akan berasa sedih. Namum jgn putus asa. Tips skin-to-skin ini dari Harita ibu kepada Umar Rayyan.
4) akhir skali sudah pasti doa pada Allah. Insyaallah.
Luqman...Luqman... Jangan mcm-mcm lg ye.. Letihnya.
Tamatlah coretan emak yg sdg berbunga riang. Hehe x bgn lg Luqman...

Habis sudah kursus yg telah dilalui selama 3 bln. Gambar diambil ketika majlis penutup di KSM, Putrajaya pada 24 Julai 2009. Dari kiri Tilla, Najah, Dora the explorer and Reen.
Tapi perjuangan kita belum selesai.... c u.

Mak kat dapur, kakak datang bgtau yg abg main bedak dalam bilik.
Rasa nak marah pun tak jadi tengok muka si adik. Satu badan abis.
Cepat2 amik gambar and mandikan si adik. Walaupun kakak kata abg yg buat tapi maknya tau, ini adalah aktiviti pakatan bersama kakak and abg utk menggulingkan si adik. Setelah dipaksa, si kakak mengaku terlibat sama.
Grrrr...

'fridge magnet pangkor satu!'
Itulah sms yg dihantar kepada Cila (my sis) yg kini berada di Pangkor berkursus induksi selama 2 minggu. Good luck 4 ur exam pada 24hb. Aku pulak 25hb. Hee kebetulan pulak saing induksi.
SMS dihantar dgn harapan dpt lah fridge magnet dr Pangkor. Dua minggu lepas lupa nak kirim fridge magnet masa along n famili n opah pegi Sarawak.
Antara koleksi yg ada dr London, Vietnam, Barcelona, Madrid and tentunya Malaysia Negaraku Yang Tercinta. Dan teristimewa Upin,Ipin dan Kak Ros.
So kalau ada kawan-kawan yg nak bagi souviner boleh la bg fridge magnet ye!! Hee... Byk sangat dah keychain, and kalo bole nak adjust keychain2 tu jadikan fridge magnet. Nak guna sayang. Semua dr kawan tmpt kerja lama...
Nampaknya selain koleksi didalam fridge (ebm la tu), diluar fridge pun ada manfaatnya.
Lepas ni bole la buat karangan 'aku sebuah peti ais' pulak. Kesinambungan 'aku sepasang swiming suit'.
Ok dah la.