Mrs.Boan memang dikenali seorang yang tidak pandai menghayati lirik lagu. Setiap lagu yang didengarnya, liriknya umpama ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’. Kadang-kadang satu-satu lagu dah popular, sedap didengar namum apakah jalan ceritanya….dia pun tak tahu…dalam hati tiada tamankah?...
Bila Anna Rafali menang AJL 25 malam tadi, dia tertanya-tanya apa istimewanya lagu Tolong Ingatkan Aku itu? Bukan main tekun lagi dia mendengar lirik lagu itu ketika Anna Rafali menyanyikan semula. Sifu @ M.Nasir sebagai ketua juri memang suka lagu-lagu puitis ni.
…. dan satu rangkap yang telah menarik perhatian Mrs.Boan adalah
'Mari padamkan buku tiga lima'
![]() |
| sumber gambar here |
Ingat lagi tak buku tiga lima (Buku 555)?...hikhik ada jual lagi ke? Kalau dulu-dulu harganya 5sen kan? Buat tulis apa? Macam-macam kegunaannya. Tulis no. telefon rumah kawan-kawan, biodata dan macam-macam lagi la.
Lagi satu Buku Tiga Lima memang sinonim dengan perkataan hutang
Hutang? Tak lah...masa kecik-kecik mana ada hutang. Sekarang banyak hutang bank dan kerajaan. Rumah. Kereta. Alhamdulillah semua tu ada insurans. Kalau ditakdirkan kembali ke rahmatullah awal. Semua tu tiada masalah. Yang bermasalahnya adalah hutang-hutang yang menyusahkan ahli keluarga yang tinggal. Contohnya hutang dengan kawan atau kad kredit. Alhamdulillah tiada hutang kad kredit. So, sila lah tuntut sekiranya saya ada hutang yer kawan-kawan? Hutang kawan-kawan (sekiranya ada), saya dah halalkan. (huhu..aku ada hutang dgn suami Alongku..tunggu duit KWSP ye...ekeke).
Doa Supaya Dapat Membayar Hutang
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
Amin.

